Selamat tinggal Philae, jasamu dikenang

PhilaevorAufsetzen_header_630

Credit: DLR (CC-BY 3.0)

Akhirnya, robot peninjau Philae akan ditamatkan hayatnya.

Pada jam 5 petang, 27 Julai 2016 waktu Malaysia, alat komunikasi Electrical Support System Processor Unit (ESS) pada prob angkasa Rosetta akan dipadamkan. Apabila ini berlaku, tidak akan ada lagi komunikasi di antara Rosetta dan Philae buat selama-lamanya.

Philae merupakan sebuah robot peninjau yang ditugaskan untuk mengkaji keadaan sebuah komet bernama Comet 67P/Churyumov-Gerasimenko . Ia mendarat pada bulan November 2014 yang lalu, setelah 10 tahun perjalanan menuju ke komet ini, bersama-sama dengan prob angkasa Rosetta.

Namun, ketika usaha untuk mendaratkannya, alat ‘cangkuk’ yang bertujuan untuk mengikat Philae pada permukaan Comet 67P (yang mempunyai tarikan graviti yang amat lemah) tidak berfungi, ia telah melantun-lantun sebanyak beberapa kali sebelum ia ‘mendarat’ dalam keadaan mengiring di lokasi yang tidak diketahui, dan jauh daripada sinaran cahaya matahari.

Kali terakhir Philae berjaya dihubungi ialah pada bulan 9 Julai 2015. Walaupun sebelum ini, sudah  7 kali pasukan jurutera di Bumi berjaya berhubung dengannya, tetapi sejak dari tarikh itu, ia kembali senyap tanpa berita.

Jurutera di Rosetta Mission Operations Centre berpendapat, Philae sekarang mungkin sudah diselaputi dengan debu, menyebabkan panel solarnya tidak dapat di-caj sepenuhnya. Lebih memburukkan keadaan, ia berada di dalam kawasan permukaan yang terlindung daripada menerima sebarang cahaya matahari.

Kesudahannya memang sudah dijangka dari awal. Namun para saintis masih berupaya mengumpul data-data yang dikumpulkan sejumlah 60 jam, seperti merakam gambar, mengesan molekul-molekul di permukaan komet, serta cuba untuk mengetuk ke dalam batu-batu di sana.

 

Kini, Komet 67P sudah semakin menjauhi daripada matahari. Selain daripada Philae, prob utamanya, iaitu Rosetta pun dijadualkan akan menamatkan perkhidmatannya dalam masa 2 bulan lagi.

Selamat tinggal Philae. Jasamu dikenang… cewahh..

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...