Penemuan planet baru hanya 4.2 tahun cahaya dari Bumi? Ye ke?

Gliese_667_Cc_sunset-580x387

Lakaran artis menunjukkan keadaan senja di eksoplanet baru (jika wujud) di dalam sistem bintang Alpha Centauri. Credit ESO/L. Calcada

Proxima Centauri, bintang terhampir dengan matahari. Ia merupakan salah satu daripada 3 buah bintang yang saling mengorbit di dalam satu sistem bintang yang sama. Kedudukan pada jarak hanya 4.2 tahun cahaya daripada Bumi, menjadikan ia satu ‘destinasi’ menarik untuk pergi melawat… jika ada planet di sana.

Namun, sejak berpuluh-puluh tahun dan dengan kiraan mencecah hampir 1500 buah eksoplanet (planet yang mengorbit bintang selain matahari),sistem bintang Proxima Centauri ini masih degil dan tidak menunjukkan sebarang tanda ia mempunyai planet.

Sehingga beberapa hari lepas!

Pada awal bulan Ogos 2016 ini, satu sumber yang tidak diketahui telah mengatakan pihak European Space Agency (ESO) telah menemui planet yang bergerak di dalam zon boleh hidup, di sekitar bintang Proxima Centauri.

Menurut sumber itu lagi, ESO di jangka akan mengumumkan ‘penemuan’ ini hujung Ogos ini nanti. Namun, pihak ESO tidak memberi sebarang komen mengenai kenyataan dari ‘sumber yang tidak diketahui’ itu. Jadi, persoalan mula timbul dari sudut kredibiliti berita yang diterima.

Mengejutkan, pada 22 Ogos lepas, ESO telah mengumumkan akan membuat satu sidang akhbar pada hari ini (24 Ogos 2016) mengenai ‘berita tersebut’.

Tiada kenyataan rasmi mengenai tujuan sidang akhbar itu, tetapi komuniti astronomi dunia sibuk membuat pelbagai andaian dan majoritinya berpendapat ESO akan membuat satu pengumuman yang berkaitan dengan ‘planet’ itu.

Penemuan seumpama ini terhadap sistem bintang Proxima Centauri ini bukanlah kali pertama. Pada tahun 2012, ESO yang menggunakan sistem yang dikenali sebagai High Accuracy Radial Velocity Planet Searcher (HARPS) di Balai Cerap La Silla, telah membuat pengumuman hampir serupa. Ketika itu, ‘planet’ yang ditemui itu mengeliligi bintang pasangan Proxima Centauri, bernama Alpha Centauri B. Namun, setelah kajian susulan dibuat terhadap data yang diambil, ahli astronomi masih was-was dengan penemuan ini.

Buat pengetahuan umum, bintang Proxima Centauri ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana ia begitu kelam. Tetapi kita boleh lihat ‘kakaknya’ iaitu bintang Alpha Centauri (atau kadang-kadang dipanggil Rigil Kentaurus) di langit sebelah selatan. Dalam bulan Ogos ini, bintang Alpha Centauri kelihatan semakin rendah di barat daya.

screen 2016-08-24 at 8.31.01 AM

Kedudukan bintang Rigil Kentaurus (Alpha Centauri) dari langit Malaysia, sekitar 40 minit selepas Maghrib. Simulasi Sky Safari 5 Pro

Sebuah artikel dalam Der Speigel memetik satu sumber yang mengatakan planet ini bukan sahaja earth-like tetapi ia juga berada dalam kawasan zon boleh hiduo (habitable zone). Maka, besar kemungkinan ia akan mempunyai air di permukaannya atau atmosfera yang membolehkan ‘kehidupan’ wujud.

Namun, semua ini mustahil untuk kita tahu dengan tepat dan konklusif. Dipercayai teleskop angkasa generasi baru, seperti James Webb Space Telescope dan Transiting Exoplanet Survey Satellite (TESS) mempunyai keupayaan untuk melihat ‘kesan-kesan kehidupan’ dengan lebih direct.

Walau apa pun, masih terlalu awal dan tidak comel untuk kita buat sebarang spekulasi pada saat ini. Tidak banyak maklumat terperinci yang ada di tangan.

So…rilex bro! No hoax please!

Sidang akhbar ESO dijangka bermula pada jam 25 Ogos 2016, 2 PAGI, waktu Malaysia!! ‘

Lambat tidur la nampaknya!

Sumber: http://www.universetoday.com/130419/eso-announcement-address-reports-proxima-centauri-exoplanet/

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...