Gerhana Matahari Cincin 1 September 2016 – Malaysia tak nampak

Berita Fenomena Gerhana, Transit & Penghijaban Umum

Pada hari ini, 1 Sep 2016, akan berlaku fenomena Gerhana Matahari Cincin. Ia akan dapat dilihat merentasi benua Afrika hinggalah ke selatan Lautan Hindi.

ASE_20160901Anim

Fenomena gerhana cincin ini berlaku apabila Bulan berada tepat di hadapan Matahari, berdasarkan pandangan kita di Bumi.

Namun, disebabkan orbit Bulan ini elips, maka ada ketikanya ia sedikit hampir dengan Bumi, dan ada ketikanya ia jauh sedikit. Jika kebetulan ketika gerhana, ia berada jauh sedikit dari Bumi, maka jasad Bulan ini tidak berupaya menutup KESELURUHAN Matahari.

Apa yang akan dilihat ialah sebuah lingkaran cahaya berbentuk cincin, mengelilingi satu bulatan hitam di tengah-tengah.

Bulatan hitam itu ialah jasad Bulan, manakala lingkaran cahaya berbentuk cincin itu ialah saki baki jasad Matahari yang masih dapat dilihat ketika itu.

15092837235_87b593d6a4_k
Rupa bentuk gerhana matahari cincin yang dirakam oleh penulis ketika mencerapnya di bandar Newman, Australia Barat pada tahun 2013. Sumber

Suasana ketika persekitaran ketika fasa kemuncak gerhana cincin itu tidaklah menjadi gelap seperti gerhana penuh. Ia akan kelihatan redup sedikit. Walaupun begitu cahaya matahari masih terlalu terang dan berbahaya untuk dilihat dengan mata.

Pencerap masih memerlukan menggunakan penapis khas untuk melihat gerhana ini.

ASE_2016_GeneralCircumstances
Sumber Xavier M. Jubier

Malangnya, kita di Malaysia, tidak berpeluang menyaksikannya. Hanya beberapa kawasan kepulauan Indonesia, seperti di selatan Sumatera dan Pulau Jawa sahaja yang dapat melihat sedikit sahaja matahari yang tertutup (fasa cincin tidak kelihatan juga di sini).

screen 2016-09-01 at 9.30.18 AM
Garisan hijau menandakan had paling utara di mana jasad Bulan akan kelihatan menutupi sebahagian daripada matahari. Malaysia tidak termasuk dalam kawasan tersebut. Sumber Xavier M. Jubier

Gerhana di Tanah Suci

 

Gerhana kali ini dapat dilihat dari 2 buah kota suci umat Islam di Tanah Arab, iaitu Makkah dan Madinah.

Berdasarkan kiraan, bagi anda yang berada di Makkah ketika itu, matahari akan kelihatan tertutup sebanyak 3.4% sahaja, bermula dari jam 10.38 pagi, kemuncak pada 11.22 pagi dan tamat pada jam 12.08 tengahari. Semua waktu tempatan.

screen 2016-09-01 at 9.36.10 AM
Sumber Timeanddate.com

Bagi anda yang berada di Madinah, kesan gerhana lagi sikit. Matahari hanya akan tertutup sebanyak 0.16% sahaja, bermula dari jam 11.03 pagi, kemuncak pada jam 11.19 pagi, dan tamat pada jam 11.35 pagi.

screen 2016-09-01 at 9.40.31 AM
Sumber Timeanddate.com

Menurut Prof. Dr. Saidfudin Mas’udi yang berada di Makkah, beliau menasihatkan jemaah untuk datang seawal jam 9.30 pagi waktu tempatan untuk solat gerhana berjemaah di sana.

Bagi yang berminat untuk melihat fenomena Gerhana Matahari Cincin ini secara Live di internet, boleh sertai livefeed oleh Slooh.com di bawah.

screen 2016-09-01 at 9.59.49 AM

Wallahua’lam

0 0 votes
Article Rating
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments