Teleskop Radio FAST di China sudah mula beroperasi

135712657_14748060826091n

Foto yang dirakam pada 24 Sep 2016 menunjukkan kedudukan FAST di celah-celah lembah di kawasan pergunungan Pingtang. Credit Xinhua/Ou Dongqu.

Teleskop radio terbesar di dunia sudah mula beroperasi. Teleskop yang bernama The Five-hundred-meter Aperture Spherical Telescope atau FAST, yang bina di Pingtang, China mempunyai diameter selebar 500 meter, iaitu 195 meter lebih besar daripada teleskop radio di Arecibo, Puerto Rico.

Teleskop ini mengesan isyarat berfrekuensi radio (bukan cahaya) dan bakal digunakan dalam kajian terhadap bintang berjenis pulsar,  interaksi molekul-molekul di angkasa lepas, dan juga cuba mengesan ‘isyarat’ dari ‘makhuk asing’ jika ada.

Ok tujuan yang ketiga tu agak ekstrem, tetapi andaikata isyarat yang dipancar oleh ‘tamadun lain di angkasa’ itu dalam frekuensi radio, maka FAST berupaya mengesannya.

Bagi saya, yang lebih penting ialah tujuan pertamanya, iaitu pulsar. Bintang jenis pulsar ini merupakan saki baki teras sebuah bintang yang lebih besar daripada matahari, yang mana bintang itu dah sampai ke penghujung hayatnya, lalu ia ‘runtuh’ ke dalam menjadikan terasnya amat padat, berat dan berputar amat-amat laju.

Putaran pulsar ini boleh dikesan daripada bumi, jika teleskop yang digunakan itu cukup sensitif. FAST memang direka cipta untuk tujuan ini.

Saiz FAST sungguh besar, dan ketika proses pembinaannya yang berkos 180 juta dollar, seramai 8000 orang penduduk sekitar terpaksa dipindahkan jauh daripada fasiliti ini.

Ini adalah kerana, FAST mencerap menggunakan signal radio. Bumi kita ini bersepah dan bersimpang-siur dengan isyarat radio. Maka, sesebuah teleskop radio seperti FAST perlu berada di kawasan radio silence yang dikenali sebagai Radio Quiet Zone (Terima kasih Dr. Roslan) . Berdasarkan laporan Xinhua News, kawasan sejauh 5 km di sekeliling balai cerap ini harus ‘bebas dan senyap’ dari sebarang unsur isyarat radio dari Bumi. Pelawat yang datang ke sini perlu tutup telefon bimbit!

Sorry, no instagram here! 🙂

Jika anda berminat dengan teknologi dan konsep disebalik pembinaan FAST ini, boleh didapati di SINI

Seperkara yang menarik ialah, pembinaan ini bermula pada tahun 2011, 17 tahun selepas kertas kerja cadangan dibuat oleh ahli astronomi China.

Ujian awal FAST berjaya mengesan isyarat daripada sebuah pulsar yang berada sejauh 1351 tahun cahaya daripada Bumi.

Kita sama-sama tunggu apakah penemuan baru yang berjaya ditemui oleh FAST.

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...