Qibla Finder tepat?

(Berikut merupakan salinan catatan ringkas dari facebook saya mengenai isu ketepatan aplikasi Qibla Finder)

Baru-baru ini telah muncul lagi satu apps mencari arah kiblat, Qibla Finder [1] oleh Google. Dengan menggunakan antara-muka yang minimalist dan ringkas, ia amat comel dan ‘mudah’ digunakan.

Cuma ada masalah sikit…

Seperti mana pernah hangat dibincang seminggu dua lepas [2] mengenai ketepatan aplikasi mobil yang membantu mencari arah kiblat, isu di sini MASIH SAMA iaitu,

1. Aplikasi Qibla Finder tetap bergantung kepada ketepatan Internal Compass di dalam peranti tersebut.

2. Internal compass ini juga tetap akan terpengaruh dengan sebarang gangguan luar seperti mana kompas-kompas yang menggunakan medan magnet bumi sebagai panduan. (walaupun sudah di-calibrate setepat yang mungkin)

Saya melakukan ujikaji ringkas tadi dan mendapati:
1. Kiraan tandaan arah kiblat yang dibuat TIDAK KONSISTEN, berubah-ubah.
2. Walaupun bubble location Kaabah itu belum masuk ke kawasan bulatan tengah-tengah, aplikasi ini terus calculate dan menyatakan ITULAH arahnya, padahal kedudukan handphone terpesong.

Selain itu, aplikasi ini tidak memberitahu nilai AZIMUTH arah Kiblat. Bagi saya, nilai ini amat penting untuk kita boleh buat cross-check dengan aplikasi lain atau kiraan kita sendiri. Dalam kes Qibla Finder, kita TIDAK ADA CARA nak VERIFY nilai azimuth kiraannya betul atau tidak.

Saya kepilkan paparan video yang dirakam dari telefon bimbit saya ketika menggunakan Qibla Finder ini sebagai rujukan tuan puan semua.

(jika tiada paparan video di bawah, sila klik terus di sini)

Kesimpulannya.

1. kita harus kena terus BERHATI-HATI ketika menggunakan aplikasi carian arah kiblat yang melibatkan internal compas peranti mobil.
2. Kita harus tambah ilmu dan belajar KEPELBAGAIAN cara pengiraan arah kibat dari guru-guru Falak, buku-buku trigonometri, supaya boleh tabayyun dan jangan guna satu sumber aje.

Wallahua’lam.

#tabarakallah

[1] https://qiblafinder.withgoogle.com/intl/en/desktop
[2] https://www.facebook.com/shahgazer/posts/10211965452003991?pnref=story

 

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...

Skip to toolbar