21 Ogos 2017 – Gerhana Matahari Penuh di Amarika

Pada sekitar lewat pagi dan tengahari, 21 Ogos 2017, seluruh negara Amerika Syarikat akan mengalami Gerhana Penuh Matrahari, Ini merupakan kali pertama sejak 99 tahun, bayang-bayang bulan melintasi dari pantai timur ke pantai barat negara Amerika Syarikat, Disebabkan ini, ia dikenali dengan nama The Great American Eclipse.

Lintasan bayang-bayang bulan merentasi negara Amerika Syarikat. Kredit: Ernie Wright/NASA/Goddard/SVS

Gerhana matahari berlaku apabila Bulan berada segaris dengan Matahari, menyebabkan sebahagian daripada jasad Matahari akan terlindung. Pada kawasan-kawasan tertentu, Bulan akan sepenuhnya menutup Matahari dan menghasilkan Gerhana Matahari Penuh. Ketika ini siang akan menjadi gelap seketika (beberapa minit) sebelum kembali cerah.

Kali terakhir gerhana matahari penuh berlaku ialah di Indonesia pada tahun 2016 lepas.

Bagi anda yang terperasan, selalunya gerhana bulan dan gerhana matahari akan berlaku selang 2 minggu. Gerhana Bulan yang kita lihat tempoh hari berlaku pada 8 Ogos 2017, 2 minggu kemudian berlaku pula gerhana matahari.

Ini adalah disebabkan susun atur geometri orbit bulan  ketika ini berada pada satah yang sama dengan matahari, menyebabkan Bulan akan bergerak betul=betul tepat di ‘hadapan’ matahari.

Adakah ia boleh diihat di Malaysia?

Gerhana Matahari Penuh kali ini tidak dapat dilihat dari Malaysia, kerana ia berlaku pada sekitar tengah malam dan awal pagi 22 Ogos 2017 waktu Malaysia.

Adakah FO menyediakan live streaming?

FalakOnline tidak menyediakan live streaming (walaupun saya sendiri sekarang berada di US), tetapi banyak laman web telah menyediakan kemudahan tersebut. Artikel laman web Space.com bertajuk   Total Solar Eclipse 2017: Here Are the Best Live-Video Streams to Watch. ada menyediakan sebuah senarai yang lengkap mengenainya.

Dengar cerita Bos FO ada di US, bagaimanakah keadaannya sekarang?

Kumpulan kecil kami yang terdiri daripada Prof Madya Dr Baharrudin (UniSZA), Prof Dr. Rowi, Ustaz Ahmad Irfan (UMP) dan Ustaz Awangku (Labuan) dan saya sendiri(nampak mata je)

Okay, memang betul ketika ini saya bersama 4 orang lagi berada di Amerika Syarikat untuk mencerap fenomena gerhana matahari penuh ini. Kami berada di sekitar negeri Oregon. Secara amnya, penduduk di sini memang sudah bersedia dengan bermacam-macam cara untuk fenomena ini. Dikhabarkan bandar-bandar kecil yang berada tepat di dalam laluan gerhana penuh sedang menerima jumlah pengunjung dan pelancong yang berpuluh kali ganda lebih ramai daripada penduduk asal bandar tersebut!

Paling merisaukan kami di sini ialah keadaan trafik di mana, pihak berkuasa tempatan menasihatkan pengunjung untuk datang awal dan dijangka akan berlaku kesesakan lalu lintas paling teruk di dalam sejarah Amerika Syarikat!

Namun setakat tinjuan kami semalam (Sabtu), keadaan jalan raya masih lengang dan selesa. Adakah berita kesesakan jalan raya ini sengaja diperbesar-besarkan? hmmmm…

Pemandangan dari rumah sewa kami, lebih kurang 130km dari lokasi cerapan.

Cuaca juga agak tidak menentu. Beberapa minggu sebelum kami ke sini, terdapat banyak kes kebakaran hutan yang berlaku dan asap serta jerebu menyelubungi kawasan lokasi cerapan kami, Namun apabila sampai, Alhamdulillah kebarakan sudah berkurangan dan tidak kelihatan sebarang kesan pada sekitar kawasan kami berada.

Tapak cerapan kami, InsyaAllah

Tinjauan jalan raya semalam (Sabtu petang waktu US) juga selesa, walaupun apabila kami singgah di beberapa lokasi ‘best’, kami dapati ramai juga orang lain berhenti untuk buat demikian!

Buat ketika ini, kami berada dalam peringkat akhir persediaan cerapan. Ada beberapa rakan lain juga berada di negara ini untuk turut sama mencerap fenomena ini. Masa agak suntuk, jadi saya mohon maaf jika tidak dapat berkongsi pengalaman dengan panjang lebar buat masa ini. Lepas dah balik Malaysia rasanya baru dapat bernafas lega sikit!

Doakan agar kami diberi langit yang terang dan bebas dari awan, serta kekalutan kesesakan jalan raya esok!

Untuk dapatkan berita terkini dan ringkas, sila follow twitter saya @shahgazer  

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...

  • Ibnu Ibrahim

    Assalammualaikum…semoga tuan2 semua dipermudahkan semua urusan.Kalau bolih kita diMalaysia nak nengok video nanti…sampaikan salam kepada rakan2 tuan disana…

Skip to toolbar