Penjejak terbaru eksoplanet, TESS – akan dilancarkan esok pagi!

Teleskop angkasa, Transiting Exoplanet Survey Satellite (TESS) dijadualkan akan dilancarkan di atas roket Falcon 9 pada April 17, 2018 (waktu Malaysia) Kredit: NASA/Orbital ATK

Sebuah lagi teleskop angkasa akan dilancar pada hari awal pagi esok (waktu Malaysia) dari pusat perlancaran Cape Canaveral. The Transiting Exoplanet Survey Satellite (TESS) bakal termasuk di dalam kumpulan elit teleskop-teleskop angkasa lepas yang mengkaji eksoplanet, iaitu planet-planet yang mengelilingi bintang selain daripada matahari.

Jom bincangkan di Forum FalakOnline!

Misi TESS ini akan cuba memerhatikan lebih 200,000 buah bintang tercerah di langit, dengan harapan dapat menemui lebih banyak eksoplanet bersaiz seperti Bumi, sehinggalah sebesar Musytari.

Kaedah pencarian yang dilakukan oleh TESS serupa dengan apa yang sedang dilakukan oleh misi angkasa Kepler, iaitu dengan memerhatikan perubahan kecerahan yang akan menurun, bintang-bintang yang berpotensi dikelilingi oleh eksoplanet. Perubahan kecerahan ini berlaku apabila eksoplanet itu bergerak di hadapan bintang tersebut (transit), lalu menyebabkan sebahagian daripada cahaya bintang itu akan terlindung dari pandangan kita di Bumi.

Menurut NASA, misi TESS ini bukan sahaja bertujuan untuk menambahkan bilangan eksoplanet yang ditemui sehingga hari ini (lebih 3700 buah eksoplanet kesemuanya). Sebarang penemuan misi ini akan dikaji dengan lebih mendalam menerusi instrumen-instrumen yang akan datang, seperti  teleskop angkasa James Webb, yang dijadualkan akan dilancarkan pada tahun 2020.

Perlancaran TESS ini akan dilakukan oleh syarikat swasta SpaceX.  Jika anda sering mengikuti perlancaran yang dibuat oleh syarikat ini, pasti akan ternanti-nanti adakah ia akan berjaya mendaratkan roket-roket yang membawa TESS dengan selamatnya. Kali ini, SpaceX akan sekali lagi cuba mendaratkannya di atas kapal dron yang diletakkan di tengah-tengah lautan Atlantik!

Laman web Space.com akan menyiarkan perlancaran ini secara live di sini. Siaran ini akan bermula pada jam 6 pagi, 17 April 2018 waktu Malaysia!

Rujuk video penerangan mengenai TESS menerusi video di bawah:

 

Jom bincangkan di Forum FalakOnline!

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *