Almanak Astronomi 2019

Almanak Astronomi 2019

Almanak Astronomi 2019 ini merupakan himpunan fenomena Astronomi yang menarik untuk dicerap atau diamati untuk sepanjang tahun 2019. Ia telah dikira dan disesuaikan waktu dan tarikh kejadian kepada waktu Malaysia dan sekitar Asia Tenggara. Anda tidak perlu membuat pertukaran tarikh dan waktu lagi. Majoriti daripada fenomena-fenomena ini mudah untuk dicerap dengan mata kasar dan tidak memerlukan sebarang alat. 

Bagi AA2019 ini, ada beberapa fenomena seperti fenomena gerhana matahari, gerhana bulan dan transit, yang berlaku tetapi tidak dapat dilihat di Malaysia. Namun, saya masukkan sekali di dalam almanak ini sebagai panduan bagi anda yang mungkin berminat untuk mencerapnya di lokasi berkaitan.

Star Rating

Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, saya meletakkan rating ★ atau ★★  kepada beberapa fenomena tumpuan yang saya rasakan menarik untuk dicerap, samada di langit, mahupun menerusi live streaming di internet.

  • ★ – fenomena yang menarik dan penting untuk diberi perhatian.
  • ★  – fenomena yang sungguh menarik dan amatlah rugi jika anda tak tengok! Wajib berusaha untuk pergi tengok!

Waktu.

Kebanyakan fenomena di dalam AA2019 menggunakan waktu solat sebagai titik rujukan. Ini bertujuan memudah penggunaan bagi anda yang berada di kawasan longlitud yang berlainan daripada saya di Kuala Lumpur. Jika saya letak “Lihat timur pada jam 6.30 pagi”… ini mungkin sesuai untuk lokasi saya di semenanjung, tetapi bagi rakan-rakan di Sabah contohnya, jam 6.30 pagi dah terang benderang!

Oleh itu, saya cuba standardkan waktu dengan menggunakan ayat seperti “1 jam SELEPAS Maghrib” atau “3 jam SEBELUM Subuh”. Dari situ jika waktu Subuh anda ialah 4.30 pagi.. maka fenomena yang dinyatakan sebagai “3 jam SEBELUM Subuh” tu.. boleh dikira menjadi 1.30 pagi di lokasi anda.

Untuk rakan-rakan pengguna lain yang tidak begitu memahami pukul berapakan waktu solat yang dirujukkan tadi, secara ringkasnya adalah  seperti di bawah:

  • Subuh – Ketika kita sudah dapat lihat cahaya matahari secara samar-samar buat kali pertama. Secara amnya ia berlaku 1 jam 10 minit SEBELUM matahari terbit. Dalam perisian astronomi ia dikenali sebagai Astronomical Dawn
  • Maghrib – Ketika waktu matahari terbenam.
  • Isya‘ – Ketika hilang sepenuhnya cahaya samar-samar matahari yang masih kelihatan selepas Maghrib tadi. Secara amnya ia berlaku 1 jam 10 minit SELEPAS matahari terbenam. Dalam perisian astronomi ia dikenali sebagai Astronomical Dusk.

Cara Pengiraan AA2019

Kiraan asas AA2019 dibuat menggunakan CalSkyOccult 4.3.2.0, International Meteor Organization, Timeanddate.com,  Sky Safari 6 Pro  dan Cartes du Ciel, . Fenomena yang dimasukkan di sini mengikut kesesuaian dan kebolehnampakkan dari langit Malaysia dan Asia Tenggara.

Disebabkan terlampau banyak fenomena langit yang boleh disenaraikan, maka adalah hampir mustahil untuk mengumpulkannya dalam satu diari yang padat dan ringkas. Maka, saya telah membuat tapisan dan hanya memilih fenomena langit yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu dan boleh dikatakan menarik perhatian orang awam dan level umum.

Hakcipta/Copyright

Maklumat-maklumat di dalam Astronomi Almanak 2019 ini boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja, menerusi medium elektronik (sama ada laman web, media sosial atau aplikasi mesej telefon), dengan syarat:

  • Tiada perubahan dibuat dari maklumat asal
  • Disertakan sekali pautan asal ke page ini ( http://falakonline.net/aa2019) dengan menyatakannya sebagai sumber rujukan. Saya dapati ada beberapa kes untuk AA2017 dan AA2018 yang lepas di mana, maklumat telah diambil dari sini tetapi tiada langsung dinyatakan daripada mana sumbernya. 

Anda dibenarkan mencetak AA2019 untuk kegunaan sendiri.

Anda tidak dibenarkan memindah dan mencetaknya ke dalam bentuk percetakan hard copy(seperti buku atau poster) bagi tujuan komersial atau edaran percuma kepada umumMELAINKAN sudah mendapat kebenaran bertulis/emel terlebih dahulu daripada penulis.

Penulis berhak menambah malumat-maklumat baru ke dalam AA2019 dari semasa ke semasa mengikut keperluan semasa. Ini merupakan sebuah Living Document.

Pengumuman penambahan atau pembetulan akan dibuat menerusi media sosial FalakOnline di Facebook dan Twitter.

Penghasilan AA2019 agak rumit dan perlukan penelitian terperinci. Oleh itu, saya harap dapat kerjasama di dalam menjaga hak intelektual penghasilan almanak yang dijana khas untuk langit kita di Malaysia dan sekitar Asia Tenggara ini.

Saya doakan agar anda dapat sedikit sebanyak manfaat daripadanya. Jika ada sebarang kesilapan atau mungkin pertambahan fenomena yang menarik yang saya terlepas pandang, saya alu-alukan feedback anda.

#tabarakallah

Januari 2019

2  ConjunctionZuhrah berada kurang 2 darjah dari Bulan. Arah timur, selepas Subuh.
2Superior ConjunctionZuhal di posisi superior conjunction pada jam 1:50 PM dan berada 0 deg 28 min dari Matahari.
3  ConjunctionMusytari berada 5.5 darjah dari Bulan. Rendah di ufuk timur, selepas Subuh.
4  Meteor★ Kemuncak Meteor Quadrantids ialah pada waktu siang pada jam 10 pagi waktu Malaysia. ZHR tidak konsisten. Berubah antara 60-200! Tiada gangguan cahaya bulan. Propek agak bagus. Waktu terbaik cerapan ialah menjelang beberapa jam ke waktu Subuh  4hb Jan.
5  ConjunctionBulan sabit tua berada 4 darjah dari Utarid. Amat rendah di ufuk timur, 50 minit selepas Subuh. Agak sukar dilihat dengan mata kasar.
6  Fasa BulanFasa Bulan Baru pada jam 9:29 AM
6Gerhana★ ★ Gerhana Matahari Separa. Tidak kelihatan di Malaysia. Hanya boleh dilihat di China, Jepun, Korea dan Rusia.
9   Apogee12:30 PM 406114 km 3 hari 3 jam selepas Bulan Baru
12, 13ConjunctionMarikh berada 8 darjah dari Bulan. Lilhat arah barat selepas Maghrib.
14  Fasa BulanFasa Sukuan Pertama 2:26 PM
17  Occultation★ ★ Bulan berada di dalam kawasan gugusan Hyades. Beberapa siri penghijaban bintang akan berlaku. Lihat selepas Maghrib hingga ke lewat tengah malam.
21  OccultationBulan akan menghijab keseluruhan gugusan Beehive. Namun, Bulan berada di dalam fasa penuh, dan menyukarkan penglihatan bintang=bintang itu nanti. Lihat selepas Isya’ hinggalah sekitar jam 2 pagi.
21Gerhana★ ★ Gerhana Bulan Penuh. Kemuncak pada jam 1:16 PM. Tidak kelihatan di Malaysia. Hanya di benua Amerika dan sebahagian Asia Barat, Eropah dan Afrika.
21  Fasa BulanBulan Penuh pada jam 1:17 PM
22  Perigee3:59 AM 357344 km  14 jam selepas Bulan Penuh 
23  ConjunctionBintang Regulus berada 5 darjah dari Bulan. Kelihatan lewat malam hinggalah ke Subuh.
27  ConjunctionBintang Spica berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas tengah malam hingga ke Subuh.
28  Fasa BulanFasa Sukuan Akhir pada jam 5:12 AM
30  ConjunctionBintang Antares, Musytari dan Bulan membentuk tiga segi seluas 10 darjah. Arah timur bermula sekitar jam 3 pagi hinggalah ke Subuh.
31  ConjunctionMusytari berada kurang 3 darjah di sebelah Bulan. Zuhrah pula berada 8 darjah ke timur Bulan. Lihat arah timur menjelang Subuh. Ketiga-tiga membentuk segitiga objek samawi yang cantik.

Februari 2019

1  ConjunctionZuhrah berada 3 darjah di sebelah barat Bulan. Lihat arah timur selepas Subuh.
2  ConjunctionZuhal berada kurang 4 darjah dari Bulan. Lihat arah timur rendah di ufuk selepas Subuh.
3  ConjunctionZuhal berada 8 darjah di bahagian barat Bulan. Lihat arah timur rendah di ufuk selepas Subuh.
5  Fasa BulanFasa Bulan Baru pada jam 5:04 AM
5  Apogee5:28 PM 406555 km  12 jam selepas Bulan Baru
10  ConjunctionMarikh berada 7 darjah di sisi timur Bulan. Lihat arah barat selepas Maghrib.
11  ConjunctionMarikh berada 9 darjah di sisi barat Bulan. Lihat arah barat selepas Maghrib.
13  ConjunctionBintang Aldebaran berada 8 darjah dari Bulan. Gugusan Hyades juga berada berhampiran. Kelihatan selepas Maghrib hinggalah ke tengah malam
13  Fasa BulanFasa Sukuan Pertama pada jam 6:26 AM
14  ConjunctionBintang Aldebaran berada 6 darjah dari Bulan. Gugusan Hyades juga berada berhampiran. Kelihatan selepas Maghrib hinggalah ke tengah malam
19  ConjunctionBintang Regulus berada kurang 3 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga menjelang Subuh.
19  Fasa BulanFasa Bulan Penuh pada jam 11:53 PM
19  Perigee★ ★ 5:07 PM 356761 km  6 jam sebelum Bulan Penuh (Bulan Penuh Perigee)
23  ConjunctionBintang Spica berada 9 darjah dari Bulan. Kelihatan lewat malam hinggalah ke Subuh.
26  Fasa BulanFasa Sukuan Akhir pada jam 7:29 PM
27  ConjunctionBintang Antares berada 8 darjah dari Bulan. Musytari pula berada 9 darjah dari Bulan. Ketiga-tiga objek ini membentuk segi tiga.
28  ConjunctionMusytari berada 4 darjah di sisi barat Bulan. Kelihatan lewat tengah malam hinggalah ke Subuh.

Mac 2019

1  ConjunctionBulan, Zuhal dan Zuhrah segaris. Arah timur sekitar Subuh.
2  ConjunctionZuhal berada kurang 3 darjah dari Bulan. Arah timur sekitar Subuh.
3  ConjunctionZuhrah berada kurang 2 darjah dari Bulan. Arah timur sekitar Subuh.
4  Apogee7:27 PM 406390 km  2 hari 4 jam sebelum Bulan Baru
7  Fasa BulanFasa Bulan Baru pada jam 12:05 AM
11  ConjunctionMarikh berada kurang 6 darjah dari Bulan. Arah barat selepas Maghrib hingga ke Isya
13  ConjunctionBintang Aldebaran berada kurang 3 darjah dari Bulan. Gugusan bintang Hyades berada berhampiran.
14  Occultation★ Bintang Zeta Tauri dihijab oleh Bulan. Sekitar waktu Isya
14  Fasa BulanFasa Sukuan Pertama pada jam 6:26 PM
17  OccultationGugusan bintang Beehive dihijab oleh Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga ke tengah malam.
18-19  ConjunctionBintang Regulus berada sekitar 8 darjah dari Bulan. Arah timur selepas Isya hingga ke lewat tengah malam.
20  Perigee3:48 AM 359380 km  1 hari 5 jam sebelum Bulan Penuh
21  Fasa BulanFasa Bulan Penuh pada jam 9:43 AM
21Ekuinoks5:59 AM. Matahari melintasi garisan Khatulistiwa dan menghala ke utara.
22  ConjunctionBintang Spica berada 7 darjah dari Bulan. Arah timur selepas Isya hingga ke Subuh di sebelah barat
26  ConjunctionBintang Antares berada 8 darjah dari Bulan. Bulan, Antares dan Musytari membentuk segi tiga. Lihat lewat tengah malam hingga ke Subuh
27  ConjunctionMusytari berada 3 darjah dari Bulan. Lihat lewat tengah malam hingga ke Subuh
28  ConjunctionMusytari, Bulan dan Zuhal berada segaris. Lihat lewat tengah malam hingga ke Subuh.
28  Fasa BulanFasa Sukuan Akhir pada jam 12:11 PM
29  ConjunctionZuhal berada 3 darjah dari Bulan. Lihat sekitar Subuh.
30  ConjunctionZuhal berada 9 darjah dari Bulan. Lihat sekitar Subuh.

April 2019

1  Apogee8:15 AM 405576 km   4 hari 8 jam sebelum Bulan Baru
2  ConjunctionZuhrah berada 4 darjah dari Bulan. Lihat sekitar Subuh.
3  ConjunctionUtarid berada 4 darjah dari Bulan. Zuhrah, Utarid dan Bulan membentuk segi tiga rendah di ufuk timur selepas Subuh.
5  Fasa BulanFasa Bulan Baru pada jam 4:52 PM
9  ConjunctionBintang Aldebaran berada 3 darjah dari Bulan. Marikh berada 4 darjah dari Bulan. Lihat selepas Maghrib hingga ke Isya
9  Occultation★ Gugusan Hyades akan dihijab oleh Bulan. Lihat selepas Maghrib hingga ke Isya
13  Fasa BulanFasa Sukuan Pertama pada jam 3:06 AM
15  ConjunctionBintang Regulus berada 3 darjah dari Bulan. Lihat selepas Maghrib hingga ke tengah malam.
17  Perigee 6:03 AM 364208 km  2 hari 13 jam sebelum Bulan Penuh
18, 19  ConjunctionBintang Spica berada 10 darjah dari Bulan. Lihat selepas Maghrib hingga ke tengah malam.
19  Fasa BulanFasa Bulan Penuh pada 7:12 PM
19  MeteorKemuncak Meteor Lyrids pada jam 8 pagi. Namun cahaya Bulan akan mengganggu. Prospek tidak bagus.
22  ConjunctionBulan, Musytari dan bintang Antares membentuk segi tiga. Lihat selepas Isya hingga ke Subuh.
23  ConjunctionMusytari berada 8 darjah dari Bulan. Bintang Antares berada 9 darjah dari Bulan. Ketiga-tiga objek ini membentuk segi tiga. Lihat selepas Isya hingga ke Subuh.
24  ConjunctionMusytari berada 5 darjah dari Bulan. Lihat selepas Isya hingga ke Subuh.
25  ConjunctionZuhal berada 8 darjah dari Bulan. Bulan, Zuhal dan Musytari sederet. Lihat menjelang tengah malam hingga ke Subuh.
26  ConjunctionZuhal berada 4 darjah dari Bulan. Lihat menjelang tengah malam hingga ke Subuh.
27  Fasa BulanFasa Sukuan Akhir pada jam 6:19 AM
29  Apogee2:21 AM 404576 km   6 hari 4 jam sebelum Bulan Baru

Mei 2019

2  ConjunctionZuhrah berada 8 darjah dari Bulan. Bulan, Zuhrah dan Utarid berada hampir segaris. Lihat 20 minit selepas Subuh rendah di ufuk timur. 
3  ConjunctionZuhrah berada 6 darjah dari Bulan. Utarid berada 5 darjah dari Bulan. Ketiga-tiga objek ini membentuk segi tiga. Lihat 20 minit selepas Subuh rendah di ufuk timur. 
4  ConjunctionUtarid berada 8 darjah dari Bulan. Bulan dalam fasa sabit tua yang amat nipis. Rendah di ufuk timur,. 50 minit selepas Subuh.
5  Fasa BulanFasa Bulan Baru pada jam 6:47 AM
7  Meteor★ Kemuncak Meteor Eta Aquariids sekitar jam 4:00 pagi. ZHR=40. Tiada gangguan cahaya Bulan. Prospek bagus. Waktu terbaik cerapan ialah selepas tengah malam hingga ke Subuh 7hb Mei ini.
7  ConjunctionBintang Aldebaran berada 8 darjah dari Bulan. Marikh berada 8 darjah dari Bulan. Ketiga-tiga objek ini sederet. Rendah di ufuk barat, bermula Maghrib hinggalah sekitar Isya.
8  ConjunctionMarikh berada 6 darjah dari Bulan. Rendah di ufuk barat, bermula Maghrib hinggalah sekitar Isya.
12  ConjunctionBintang Regulus berada 4 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Isya’ hingga lewat tengah malam.
12  Fasa BulanFasa Sukuan Pertama pada jam 9:13 AM
14  Perigee 5:54 AM 369015 km  4 hari 23 jam sebelum Bulan Penuh
16  ConjunctionBintang Spica berada 7 darjah dari Bulan. Lihat selepas Isya hingga ke Subuh.
19  ConjunctionBintang Antares berada 8 darjah dari Bulan. Kedua-dua objek ini bersama-sama dengan Musytari membentuk segi tiga. Kelihatan selepas Isya hingga ke Subuh.
19  Fasa BulanFasa Bulan Penuh pada jam 5:11 AM
20  Conjunction★ Musytari berada kurang 2 darjah dari Bulan. Kelihatan sejam selepas Isya hingga ke Subuh.
23  Conjunction★ Zuhal berada sekitar 1 darjah dari Bulan. Kelihatan sekitar tengah malam hingga ke Subuh.
26  Apogee9:28 PM 404133 km    7 hari 16 jam selepas Bulan Penuh
27  Fasa BulanFasa Sukuan Akhir pada jam 12:34 AM
28Istiwa Azam5:16 PM. Matahari tegak di atas Kaabah. Waktu yang sama untuk seluruh Malaysia.

Jun 2019

2  ConjunctionZuhrah berada 4 darjah dari Bulan. Rendah di ufuk timur sekitar 30 minit selepas Subuh.
3  Fasa BulanFasa Bulan Baru pada jam 6:02 PM
4  ConjunctionUtarid berada 5 darjah dari Bulan sabit muda. Rendah di ufuk barat selepas Maghrib.
5  ConjunctionUtarid berada 10 darjah di bawah Bulan. Marikh pula berada 3 darjah dari Bulan. Rendah di ufuk barat selepas Maghrib.
8  ConjunctionBintang Regulus berada 7 darjah dari Bulan. Lihat selepas Maghrib hingga selepas Isya.
8  Perigee7:23 AM 368506 km  4 hari 13 jam selepas Bulan Baru
9  ConjunctionBintang Regulus berada 9 darjah dari Bulan. Lihat selepas Maghrib hingga ke Isya.
10  Fasa BulanFasa Sukuan Pertama pada jam 2:00 PM
10Oposisi/ IstiqbalMusytari berada bersetentang dengan Matahari pada jam 11:14 PM
12  ConjunctionBintang Spica berada 8 darjah dari Bulan. Lihat selepas Maghrib hingga selepas tengah malam.
16  ConjunctionBintang Antares berada 9 darjah dari Bulan. Musytari pula berada 4 darjah dari Bulan. Lihat selepas Isya hingga ke Subuh.
17  ConjunctionMusytari berada 10 darjah dari Bulan. Lihat selepas Isya hingga ke Subuh.
17  Fasa BulanFasa Bulan Penuh pada jam 4:32 PM
19  ConjunctionZuhal berada 4 darjah dari Bulan. Lihat 1 jam selepas Isya hingga ke Subuh.
20  ConjunctionZuhal berada 9 darjah dari Bulan. Lihat 2 jam selepas Isya hingga ke Subuh.
21Solstis Musim PanasMatahari berada di atas garisan Sartan menandakan kemuncak musim panas di hemisfera utara dan kemuncak musim sejuk di hemisfera selatan.
23  Apogee3:52 PM 404548 km    5 hari 23 jam selepas Bulan Penuh
25  Fasa BulanFasa Sukuan Akhir pada jam 5:48 PM
30  ConjunctionBulan berada kurang 10 darjah dari kluster Seven Sisters dan kluster Hyades. Ufuk timur selepas Subuh.

Julai 2019

1  ConjunctionBintang Aldebaran dan kluster Hyades berada 5 darjah dari Bulan. Rendah di ufuk timur selepas Subuh.
3  Fasa BulanFasa Bulan Baru pada jam 3:17 AM
3Gerhana ★ ★ Gerhana Matahari Penuh. Kemuncak pada jam 3.22 AM. Tidak Kelihatan di Malaysia. Hanya di Amerika Selatan sahaja.
4  ConjunctionUtarid dan Marikh berada 4 darjah dari Bulan sabit muda. Amat rendah di ufuk barat selepas Maghrib. Ketiga-tiga objek ini membentuk segi tiga.
5  Perigee12:56 PM 363727 km   2 hari 9 jam selepas Bulan Baru
6  ConjunctionBintang Regulus berada 5 darjah dari Bulan. Ufuk barat selepas Maghrib hinggalah sekitar Isya.
9  ConjunctionBintang Spice berada 10 darjah dari Bulan. Lihat selepas Maghrib hingga ke tengah malam.
9  Fasa BulanFasa Sukuan Pertama pada jam 6:56 PM
10Oposisi/ IstiqbalZuhal berada bersetentang dengan Matahari pada jam 12:52 AM
13  ConjunctionMusytari berada 4 darjah dari Bulan. Sementara bintang Antares berada 8 darjah dari Bulan. Ketiga-tiga objek membentuk segi tiga. Lihat selepas Maghrib hingga menjelang Subuh.
14  ConjunctionMusytari berada 10 darjah dari Bulan. Lihat selepas Maghrib hingga menjelang Subuh.
15  ConjunctionZuhal berada 8 darjah dari Bulan. Lihat selepas Maghrib hingga ke Subuh.
16  ConjunctionZuhal berada 4 darjah dari Bulan. Lihat selepas Maghrib hingga ke Subuh.
16Istiwa Azam5:28 PM. Matahari tegak di atas Kaabah. Waktu yang sama untuk seluruh Malaysia.
17  Fasa Bulan★★ Fasa Bulan Penuh pada jam 5:39 AM.  
17GerhanaGerhana Bulan Separa dari jam 4:01 am hingga 6:59 am. Kemuncak pada jam 5:30 AM
21  Apogee8:02 AM 405478 km    4 hari 2 jam selepas Bulan Penuh
25  Fasa BulanFasa Sukuan Akhir pada jam 9:20 AM
27  ConjunctionGugusan bintang Seven Sisters berada 9 darjah dari Bulan. Lihat lewat tengah malam hingga ke Subuh.
28  ConjunctionBulan berada di dalam kawasan gugusan bintang Hyades. Bintang Aldebaran berada kurang 3 darjah dari Bulan. Lihat menjelang Subuh arah timur.
30  Meteor★ Kemuncak meteor Southern Delta Aquariids. ZHR=25. Tiada gangguan cahaya bulan. Prospek bagus. Mulakan cerapan selepas tengah malam hingga ke Subuh 30hb Julai ini.
31  ConjunctionUtarid akan berada 5 darjah dari Bulan sabit tua yang amat halus. Lihat 20 minit selepas Subuh rendah di ufuk timur.

Ogos 2019

1  Fasa BulanFasa Bulan Baru pada jam 11:12 AM
2  Perigee3:10 PM 359397 km 1 hari 3 jam selepas Bulan Baru
6  ConjunctionBintang Spica berada kurang 8 darjah.  Kelihatan selepas Maghrib hingga selepas Isya.
8  Fasa BulanFasa Sukuan Pertama pada jam 1:32 AM
9  ConjunctionMusytari berada kurang 7 darjah dari Bulan. Sementara bintang Antares berada kurang 8 darjah dari Bulan. Ketiga-tiganya membentuk segi tiga. Lihat selepas Maghrib hingga lewat tengah malam.
10  ConjunctionMusytari berada 7 darjah dari Bulan. Lihat selepas Maghrib hingga lewat tengah malam.
12  Conjunction★ Zuhal berada 2 darjah dari Bulan. Lihat selepas Maghrb hingga menjelang Subuh.
13  Meteor★ Kemuncak Meteor Perseids antara jam 10 pagi hingga 11 malam. Prospek sederhana bagus kerana fasa Bulan menghampiri purnama. Peluang cerapan agak singkat iaitu sekitar 1-2 jam sebelum Subuh 13hb Ogos.
15  Fasa BulanFasa Bulan Penuh pada jam 8:31 PM
17  Apogee6:51 PM 406243 km 1 hari 22 jam selepas Bulan Penuh
23  Fasa BulanFasa Sukuan Akhir pada jam 10:58 PM
24  ConjunctionGugusan bintang Seven Sisters berada 9 darjah dari Bulan. Gugusan Hyades dan bintang Aldebaran pula lebih hampir dengan Bulan, iaitu dalam lingkungan 5 darjah sahaja. Lihat selepas tengah malam hingga ke Subuh.
25  ConjunctionGugusan bintang Hyades dan bintang Aldebaran berada dalam lingkungan 10 darjah dari Bulan. Lihat selepas tengah malam hingga ke Subuh.
30  Fasa BulanFasa Bulan Baru pada jam 6:38 PM
30  Perigee11:59 PM 357175 km   5 jam selepas Bulan Baru

September 2019

2  ConjunctionBintang Spica berada 7 darjah dari Bulan. Rendah di ufuk barat selepas Maghrib hingga ke selepas Isya.
2Superior ConjunctionMarikh di posisi superior conjunction pada jam 7:24 PM. Jarak dari Matahari 1 deg 4 min.
5  ConjunctionBulan, Musytari dan bintang Antares membentuk segi tiga. Lihat selepas Maghrib hingga menjelang tengah malam.
6  ConjunctionMusytari berada 3 darjah dari Bulan.  Lihat selepas Maghrib hingga tengah malam.
6  Fasa BulanFasa Sukuan Pertama pada jam 11:11 AM
8  Conjunction★ ★ Zuhal berada kurang 1 darjah dari Bulan! Menjelang 2 jam selepas Isya, kedua objek ini amat hampir, iaitu kurang 1/2 darjah sahaja! Lihat selepas Maghrib hingga tengah malam.
10Oposisi/ IstiqbalNeptune berada bersetentang dengan Matahari pada jam 3:07 PM
13  Apogee9:33 PM 406377 km  15 jam sebelum Bulan Penuh
14  Fasa Bulan★ ★ Fasa Bulan Penuh pada jam 12:35 PM. (Bulan Penuh Apogee)
20  ConjunctionGugusan bintang Seven Sisters berada 8 darjah dari Bulan, manakala gugusan Hyades dan bintang Aldebaran berada dalam lingkungan 10 darjah dari Bulan. Lihat selepas tengah malam hingga ke Subuh.
21  ConjunctionGugusan Hyades berada dalam lingkungan 8 darjah dari Bulan. Bintang Aldebaran berada kurang 5 darjah dari Bulan. Lihat selepas tengah malam hingga ke Subuh.
22  Fasa BulanFasa Sukuan Akhir pada jam 10:43 AM
23Ekuinoks3:50 PM. Matahari melintasi garisan Khatulistiwa dan bergerak ke selatan.
24  ConjunctionPasangan bintang Castor dna Pollux berada dalam lingkungan 10 darjah dari Bulan. Lihat menjelang Subuh.
25  ConjunctionGugusan bintang Hyades berada kurang 2 darjah dari Bulan. Lihat menjelang Subuh.
26  ConjunctionBintang Regulus berada 8 darjah dari Bulan. Rendah di ufuk timur selepas Subuh.
28  Perigee10:28 AM 357802 km  15 jam sebelum Bulan Baru
29  ConjunctionZuhrah berada 5 darjah dari Bulan (anak bulan). Rendah di ufuk barat. Lihat selepas matahari terbenam hingga 20 minit selepas Maghrib.
29  Fasa BulanFasa Bulan Baru pada jam 2:27 AM
30  ConjunctionUtarid berada 7 darjah dari Bulan. Rendah di ufuk barat. Lihat selepas matahari terbenam hingga sekitar 1 jam selepas Maghrib.

Oktober 2019

3  ConjunctionMusytari berada 6 darjah dari Bulan, manakala bintang Aldebaran berada 8 darjah dari Bulan. Ketiga-tiga objek ini membentuk segitiga. Lihat selepas Maghrib hinggalah menjelang tengah malam.
5  ConjunctionZuhal berada kurang 5 darjah dari Bulan. Ketiga-tiga objek ini membentuk segitiga. Lihat selepas Maghrib hinggalah menjelang tengah malam.
6  ConjunctionZuhal berada kurang 8 darjah dari Bulan. Ketiga-tiga objek ini membentuk segitiga. Lihat selepas Maghrib hinggalah tengah malam.
6  Fasa BulanFasa Sukuan Pertama pada jam 12:48 AM
11  Apogee2:30 AM 405901 km  3 hari 2 jam sebelum Bulan Penuh
14  Fasa BulanFasa Bulan Penuh pada jam 5:10 AM
18  ConjunctionGugusan bintang Hyades berada dalam lingkungan 5 darjah dari Bulan. Bintang Aldebaran berada 3 darjah dari Bulan. Lihat selepas Isya hingga ke Subuh.
21  ConjunctionPasangan bintang Castor dan Pollux berada dalam lingkungan 10 darjah dari Bulan. Lihat sekitar tengah malam hingga ke Subuh.
21  Fasa BulanFasa Sukuan Akhir pada jam 8:41 PM
22  MeteorKemuncak meteor Orionids. Namun cahaya bulan mengganggu. Prospek tidak bagus.
24  ConjunctionBintang Regulus berada 4 darjah dari Bulan. Lihat lewat tengah malam hingga ke Subuh.
26  Perigee6:42 PM 361314 km  1 hari 16 jam sebelum Bulan Baru
28  Fasa BulanFasa Bulan Baru pada jam 11:40 AM
28Oposisi/ IstiqbalUranus berada bersetentang dengan Matahari pada jam 3:59 PM
29  ConjunctionZuhrah berada 5 darjah dari Bulan, manakala Utarid berada 8 darjah dari Bulan. Ketiga-tiga objek ini sederet. Rendah di ufuk barat, selepas matahari terbenam hingga sekitar 30 minit selepas Maghrib.
30  ConjunctionZuhrah dan Utarid berada sekitar 10 darjah dari Bulan. Manakala bintang Aldebaran berada 8 darjah dari Bulan. Lihat selepas matahari terbenam hingga sekitar 30 minit selepas Maghrib.
31  ConjunctionMusytari berada kurang 3 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hinggalah 2 jam selepas Isya.

November 2019

1  ConjunctionZuhal, Bulan dan Musytari berada sederet merentasi lebih 20 darjah di langit barat selepas Maghrib hinggalah 2 jam selepas Isya.
2  Conjunction★ Zuhal berada 2 darjah dari Bulan. Lihat selepas Maghrib hingga 3 jam selepas Isya.
4  Fasa BulanFasa Sukuan Pertama pada jam 6:23 PM
7  Apogee4:38 PM 405059 km   5 hari 4 jam sebelum Bulan Penuh
11Transit★ Transit planet Utarid. Tidak kelihatan di Malaysia. Hanya di benua Amerika, Eropah, Afrika dan Asia Barat.
12  Fasa BulanFasa Bulan Penuh pada jam 9:37 PM
13  ConjunctionGugusan Seven Sisters berada 8 darjah dari Bulan. Gugusan Hyades dan bintang Aldebaran juga berada dalam lingkungan 8 darjah. Lihat selepas Isya hingga ke Subuh.
18  MeteorKemuncak meteor Leonids. Cahaya bulan mengganggu. Prospek tidak bagus.
20  ConjunctionBintang Regulus berada 4 darjah dari Bulan. Lihat selepas tengah malam hingga ke Subuh.
20  Fasa BulanFasa Sukuan Akhir pada jam 5:13 AM
23  Perigee3:56 PM 366720 km  3 hari 7 jam sebelum Bulan Baru
24  ConjunctionBintang Spica berada 8 darjah dari Bulan. Marikh juga berada 9 darjah dari Bulan. Ketiga-tiga objek ini membentuk segi tiga. Lihat sekitar Subuh rendah di ufuk timur.
25  ConjunctionMarikh berada 8 darjah dari Bulan. Utarid pula berada hampir 3 darjah dari Bulan. Rendah di ufuk timur 20 minit selepas Subuh.
26  Fasa BulanFasa Bulan Baru pada jam 11:07 PM
28  Conjunction★ Musytari berada kurang 1 darjah dari Bulan. Zuhrah pula berada 5 darjah dari Bulan. Rendah di ufuk barat selepas Maghrib hingga ke Isya.
29  ConjunctionZuhrah berada 8 darjah dari Bulan. Zuhal pula berada 6 darjah dari Bulan. Rendah di ufuk barat selepas Maghrib hingga ke Isya. 
30  ConjunctionZuhal pula berada 8 darjah dari Bulan. Rendah di ufuk barat selepas Maghrib hingga ke selepas Isya. 

Disember 2019

4  Fasa BulanFasa Sukuan Pertama pada jam 2:58 PM
5  Apogee12:10 PM 404445 km    7 hari 1 jam sebelum Bulan Penuh
10  ConjunctionGugusan bintang Seven Sisters berada 8 darjah dari Bulan. Gugusan Hyades pula berada sekitar 10 darjah dari Bulan. Lihat selepas Maghrib hingga menjelang Subuh.
11  ConjunctionGugusan Hyades berada 5 darjah dari Bulan. Bintang Aldebaran berada 3 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga menjelang Subuh.
12  Fasa BulanFasa Bulan Penuh pada jam 1:14 PM
14  Meteor★ Kemuncak Meteor Geminids antara jam 10 pagi (14hb) hingga 7 pagi (15hb ). Cahaya bulan mengganggu, tetapi prospek mungkin bagus kerana meteor ini semakin aktif setiap tahun. Mulakan cerapan menjelang tengah malam 14hb hingga ke Subuh 15hb.
15  ConjunctionPasangan bintang Castor dan Pollux berada dalam lingkungan 10 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Isya hingga ke Subuh.
16  ConjunctionGugusan bintang Beehive berada 3 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Isya hingga ke Subuh.
17  ConjunctionBintang Regulus berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan menjelangan tengah malam hingga ke Subuh.
19  Fasa BulanFasa Sukuan Akhir pada jam 12:59 PM
19  Perigee4:31 AM 370258 km    6 hari 15 jam selepas Bulan Penuh
21  ConjunctionBintang Spica berada 8 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas tengah malam hingga ke Subuh.
22Solstis Musim SejukMatahari berada di atas garisan Jadi menandakan kemuncak musim sejuk di hemisfera utara dan kemuncak musim panas di hemisfera selatan.
23  ConjunctionMarikh berada 4 darjah dari Bulan. Rendah di ufuk timur sekitar Subuh.
26  Fasa BulanFasa Bulan Baru pada jam 1:15 PM
26  Gerhana★ ★ Gerhana Matahari Cincin. Kemuncak sekitar jam 1:15 PM (bergantung kepada lokasi)
28  ConjunctionZuhrah berada 8 darjah dari Bulan. Rendah di ufuk barat selepas Maghrib.
28Superior ConjunctionMusytari berada di posisi superior conjunction dan berada pada sudut 0 deg 5 min dari Matahari
29  ConjunctionZuhrah berada 4 darjah dari Bulan. Rendah di ufuk barat selepas Maghrib.
Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...