Perayau terbaru Marikh, InSight dijadualkan mendarat awal minggu depan

Lakaran artis rupabentuk perayau InSight ketika ia berada di atas permukaan planet Marikh.
Credit: NASA/JPL-Caltech

Sebuah lagi pendarat, InSight, kepunyaan NASA dijadualkan akan mendarat di permukaan planet Marikh pada jam 4:00 pagi, 27 Nov 2018 depan, waktu Malaysia.

Nama InSight ini merupakan singkatan kepada Interior Exploration using Seismic Investigations, Geodesy and Heat Transport. Ia merupakan perayau pertama yang akan mengkaji bahagian dalam atau bawah permukaan planet Marikh. Lebih spesifik, ia akan menumpukan kepada keadaan di lapisan kerak, mantel dan teras planet merah ini.

Larakan artis menunjukkan stuktur dalaman planet Marikh

InSight dilancarkan pada 5 Mei 2018 lepas. Setelah menerobos angkasa raya selama lebih kurang 6 bulan, akhirnya ia akan sampai dan mendarat di kawasan yang agak ‘lapang’ yang bernama Elysium Planitia. Ini ialah kawasan yang tidak berbukit atau berbatu-batu, dan agak landai.

Satu perkara menarik mengenai cara ia mendarat ialah, sebaik sahaja ia masuk ke dalam lapisan atmosfera Marikh, satu deretan proses mekanikal yang kompleks akan berlaku selama 7 minit selepas itu. Pesawat yang membawa InSight ini akan diperlahankan secara drastik, bermula pada kelajuan 19,300 km sejam hinggalah menjadi sekitar 8 km sejam sahaja apabila ia mendarat di permukaan nanti.

Proses pendaratan ini akan dilakukan secara autonomous, iaitu tanpa sebarang intervensi daripada pengendalinya di Bumi. Ini disebabkan jarak Marikh dengan Bumi amat jauh, isyarat yang dihantar dan diterima kembali terpaksa mengambil masa 8 minit! 

Jurutera memanggil fasa “atmospheric entry, descent, and landing (EDL)  ini “seven minutes of terror”. PosSci ada menyediakan artikel yang agak terperinci mengenai fasa-fasa EDL ini.

Secara amnya, 

  1. InSight akan bergerak selaju 19,300 km sejam apabila memasuki atmofera Marikh.
  2. Perisa habanya akan mencecah suhu 1370 darjah celsius selama 3.5 minit. Suhu ini cukup panas hingga boleh mencarikan besi! Selepas itu ia akan mengeluarkan payung terjun untuk memperlahankan lagi kelajuannya. Ketika ini perisai haba ini akan dilepaskan.
  3. Kemudian, radar InSight akan mula menghantar isyarat ping ke permukaan, bagi mendapat tahu jarak terkini daripada permukaan. Selain itu kelajuannya juga akan dikira.
  4. 40 saat sebelum mendarat, InSight akan membuang semua peralatan tadi, dan jatuh secara bebas selama 1 minit. Ia akan berpusing jauh daripada kawasan jatuhnya perisai haba dan payung terjun , supaya tak tersangkut dengan badannya!
  5. Beberapa saat sebelum mendarat, InSight akan menyalakan penujahnya.

Samada proses ini akan berjaya atau tidak, kita sama-sama tunggu hasilnya nanti. 

Bagi yang berminat mengikuti pendaratan ini secara live, bolehlah menonton video strimnya di  NASA TV dan YouTubeJPL’s YouTube channel,  Ustream channel.  Selain itu, media sosial NASA seperti FacebookTwitterand Periscope akan dikemaskini juga.

InsyaAllah saya akan cuba kemaskini Twitter FalakOnline untuk status semasa.

Rujukan lain:

  1. For NASA’s InSight Mars Lander, All Systems Are Go for Monday Touchdown
  2. NASA’s new Mars lander is in for ‘seven minutes of terror’ on Monday
  3. MARS InSight Mission
Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...