Langit Minggu Ini 1 – 7 April 2019

Musytari sudah mula terbit sekitar tengah malam. 4 buah planet masih kelihatan berderet-deret pada waktu Subuh. Bulan lintas Zuhrah lagi sekali. Peluang merakam Earthshine. Munculnya hilal Syaaban!


1 April (Isnin)

Bulan paling jauh dari Bumi pada jam 8:15 AM pada jarak 405576 km. Momen ini berlaku 4 hari 8 jam sebelum Bulan Baru. Secara amnya pada Subuh ini, apabila kita memandang ke Bulan sabit tua, ia berada pada poin yang paling jauh untuk bulan ini.

Planet Zuhrah pula berada pada kedudukan bawah kiri dari Bulan.

Screenshot 2019-03-31 at 5.21.45 PM.jpg

Kedudukan Musytari akan akan melepasi garisan meridian, sekitar Subuh nanti.

Musytari akan terbit sekitar tengah malam. Ia merupakan planet yang akan mendominasi langit tengah malam hingga ke Subuh, buat beberapa bulan mendatang ini. Planet ini berada tepat pada garisan meridian (garisan yang merentasi titik utara dan selatan di langit) beberapa minit selepas Subuh.

Screenshot 2019-03-31 at 5.23.35 PM.jpg

Kedudukan satelit semulajadi planet Musytari apabila dilihat menerusi teleskop, pada jam 6 pagi hari ini.

Jika anda menggunakan binokular berkuasa agak tinggi, seperti 7X50 atau 10×50, anda akan dapat melihat deretan 4 buah satelitnya. Kalau tengok menerusi teleskop, bulan-bulan kecil ini akan kelihatan lebih jelas.


2 April (Selasa)

Screenshot 2019-03-31 at 4.58.34 PM.jpg

Kedudukan Zuhrah, Utarid dan Bulan pada Subuh ini.

Zuhrah berada 4 darjah dari Bulan. Kedua-dua objek yang terang ini mula terbit sekitar 1 jam sebelum Subuh. Walaupun pasangan ini tidaklah sedekat yang kita pernah lihat sebelum ini, ia tetap menjadi satu pemandangan yang indah.

Screenshot 2019-03-31 at 53340 PM

Lintasan Bulan dengan Zuhrah yang dirakam pada 16 Julai 2018. @shahgazer

Jangan lupa dengan Utarid. Ia akan berada di sebelah bawah kiri Zuhrah, dan kelihatan seperti sebutir bintang kecil sederhana terang. Cuba cari planet ini sekitar 20 minit selepas Subuh.

Disebabkan juga Bulan hampir dengan Zuhrah, pagi ini merupakan peluang untuk anda yang mempunyai teleskop berkomputer jenis GoTo, untuk mencerap planet Zuhrah di siang hari.

Guna kaedah di bawah. Ia merujuk kepada teleskop model Celestron Nexstar.

  1. ON telescope
  2. Pilih Solar System Alignment
  3. Masukkan Tarikh dan Waktu (Jika ditanya)
  4. Pilih MOON
  5. Halakan teleskop ke MOON menggunakan keypad. Laraskan fokus teleskop supaya Bulan jelas (tak blur)
  6. Tekan butang Center dan Align (Ikut arahan dalam Nexstar)
  7. Pastikan step berjaya dengan “ALIGNMENT SUCCESS” akan tertera
  8. Pilih Solar System Object
  9. Pilih VENUS, dan tunggu teleskop bergerak dan berhenti.
  10. Jika langit cerah, biru tak de awan, Zuhrah akan kelihatan seperti satu objek berbentuk agak bulat dan amat terang. Selalunya planet ini memang mudah untuk dilihat waktu siang.
  11. Hati-hati apabila melakukan cerapa di siang hari. JANGAN HALAKAN TELESKOP ANDA KE ARAH MATAHARI. IA AKAN MENYEBABKAN ANDA BOLEH JADI BUTA! Jika anda tidak ada kemahiran, saya cadangkan dapat panduan daripada balaicerap berdekatan.

3 April (Rabu)

Screenshot 2019-03-31 at 5.07.45 PM.jpg

Bulan berada hampir dengan Utarid pada Subuh ini.

Utarid pula berada 4 darjah dari Bulan pada Subuh hari ini. Secara pandangan mata kasar, Zuhrah bersama Utarid dan Bulan akan membentuk susunan segi tiga rendah di ufuk timur.

Bulan pada pagi ini berumur 27.4 hari. Bentuk sabitnya amat nipis. Kesannya ialah fenomena Earthshine akan mudah dilihat dan dirakam menerusi kamera dengan waktu dedahan yang panjang.


4 April (Khamis)

Bulan semakin lewat terbit pagi ini. Tumpukan perhatian anda kepada Utarid dan Zuhrah untuk beberapa hari mendatang ini. Kedua-dua planet ini akan kelihatan bergerak menghampiri satu sama lain.


5 April (Jumaat)

Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 4:52 PM hari ini. Disebabkan hari ini ialah 29 Rejab, maka pegawai Falak seluruh negara mula sibuk melakukan cerapan hilal Sya’ban.

Agak-agaknya cukup syarat ke hilal Sya’ban petang ini? Cuba guna Kalkulator Falak UniSZA untuk melakukan kiraan sendiri.


6 April (Sabtu)

Zuhrah dan Utarid semakin hampir pada jarak 7 darjah hari ini.

Pada waktu Maghrib, akan muncul pula hilal Sya’ban, rendah di ufuk timur. Cuba tinjau-tinjau hilal ini. Cantik dan halus mulus. Namun paling penting, ia menandakan tinggal sebulan sahaja lagi Ramadhan bakal menjelma! Alhamdulillah!

Screenshot 2019-03-31 at 5.15.53 PM.jpg

Hilal Sya’ban bakal menjelma Maghrib hari ini.


7 April (Ahad)

Subuh ini, teruskan pemerhatian anda terhadap Utarid dan Zuhrah. Adakah ia semakin hampir atau semakin menjarakkan diri antara satu sama lain?

Pada waktu Maghrib, Bulan sabit yang halus semakin tinggi dan mudah kelihatan. Sekali lagi, perhatikan kemunculan fenomena Earthshine yang indah itu.

Screenshot 2019-03-31 at 5.17.23 PM.jpg

Bulan sabit halus, menandakan 2 Sya’ban.

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...