Peta dan Rajah penting Gerhana Matahari Cincin 2019 – sebarkan!

Di bawah ialah beberapa rajah panduan penting mengenai lokasi dan masa berlakunya Gerhana Matahari Cincin pada 26 Disember 2019 nanti.

Boleh muat turun satu per satu di bawah. Atau boleh juga muat turun format PDF dan imej di sini.

Waktu fenomena ini adalah berdasarkan kiraan laman web oleh ahli astronomer terkenal Xavier Jubier. Saya telah ringkaskan kepada minit terhampir (melainkan untuk lokasi Gerhana Cincin, yang mana saya perincikan kepada saat terhampir).

Jika lokasi anda tidak termasuk di dalam senarai ini, jangan risau, Terus ke laman web Xavier Jubier ini dan klik pada peta yang tertera. Waktu yang ditulis di laman web itu ialah Universal Time. Kita di Malaysia, perlu tambah 8 jam untuk dapatkan waktu tempatan kita.

InsyaAllah saya sediakan satu artikel lain untuk menggunakan maklumat gerhana daripada apps atau utiliti web lain.

Share this:

shahgazer

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

You may also like...