Skip to toolbar

Ringkasan 12 April 2020

Lyrids, ISS ghaib, BepiColombo, Komet ATLAS, Bulan warna-warni, Asteroid 2020GH

Meteor Lyrids akan kembali memuncak pada 21-22 April 2020 nanti. Kalau kita tengok dalam Almanak Astronomi, Bulan berada di dalam fasa Bulan Baru. Ini bermakna langit akan gelap dan sesuai untuk dicerap! Tunggu nanti saya sediakan artikel lengkap. Awal lagi pun ni!

Semalam, ISS telah ghaib dari pandangan. Fenomena ini telah menarik perhatian ramai pencerap Astronomi tempatan. Malangnya saya di KL ni, cuaca di ufuk barat ada sedikit awan nipis dan menyukarkan pandangan mata kasar. Cuba lihat beberapa siri komen menarik oleh warga FO di Facebook.

Siang semalam, prob BepiColombo telah bergerak melintasi Bumi dalam usaha mencuri tenaga graviti Bumi untuk bergerak lebih pantas ke planet Utarid. Ketika lintasan ini berlaku, malangnya di Malaysia ia berlaku pada waktu siang. Tapi yang menarik ialah foto dari kamera prob tersebut yang berjaya merakam Bumi ketika ia melintas.

Sementara itu, komet C/2019 Y4 ATLAS kini memang jelas dalam proses menuju kehancuran! Beberapa pencerap langit telah merakam komet ini dan didapati nukluesnya sudah berpecah menjadi 3 bahagian! Peter Birtwhistle telah merakamnya semalam dan mendapati ada perbezaan dari segi kelajuan fragmen komet itu.

Igor Smolic pula mendapati ada 5 fragmen atau pecahan menerusi rakaman beliau menggunakan teleskop di Serbia.

Pencerap tegar kita di Sabah, Emma Zulaika telah merakam foto Bulan yang berwarna-warni pada 9 April 2020 lepas. Bukanlah nak kata Bulan tu bertukar menjadi ‘pink’, tapi hakikatnya permukaan Bulan sememangnya bukan sedakar kelabu dan hitam je. Ia ada warna, dan warnanya menggambarkan mineral di kawasan tersebut. Awsome shot Emma and hubby!

Benarkah al-Marhum Sheikh Al-Banna al-Sa’ati menyatakan penyakit waba’ akan terangkat pada bulan Mei apabila terbitnya bintang Thurayya di awal pagi berdasarkan hadith Imam Ahmad? Didapati ada para asatizah mengaitkan hadith berkenaan dengan isu covid-19. Sejauh mana kebenarannya? Al Fadhil Ustaz Dr. Ahmad Irfan dari UMP telah menyediakan satu penerangan yang amat jelas dan mudah faham. Jazakallah Ustaz.

Sementara itu, ada sebuah asteroid 2020GH yang bersaiz 25 meter yang akan melintasi Bumi pada jarak 0.89 kali jarak Bumi ke Bulan, pada 15 April 2020 sekitar jam 9:02 am waktu Malaysia. Jangan risau..tak langgar. Sila baca dan faham betul-betul jarak tu. ๐Ÿ™‚

Nota: InsyaAllah saya akan cuba kerapkan ringkasan berita Astronomi ini setiap hari menerusi kategori baru “Ringkasan”. Jika ada ulasan yang lebih mendalam diperlukan, saya akan cuba siapkan menerusi artikel rasmi di laman web FalakOnline.

Share this:
0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x