Skip to toolbar

Ringkasan 13 April 2020

Komet baru, ISS lintas lagi, podcast mengenai Hubble dan foto awan di Zuhrah

Sekitar jam 9 pagi tadi, saya dapati akhirnya minorplanetcenter telah pun memberi nama rasmi kepada komet SWAN01, iaitu C/2020 F8 (SWAN). Namun saya dapati jika anda mengemaskini data-data komet di dalam aplikasi seperti SkySafari ataupun Cartes du Ciel, ia masih belum dimasukkan di dalam fail MPC yang dimuat-turun. Mungkin esok kot.

Jadi buat masa ini, kita kena masukkan secara manual elemen orbit Komet SWAN ini di dalam aplikasi yang bersesuaian.

Di bawah ialah apa yang boleh didapati di laman web MPC yang dicapai pada jam 4 pm, 13 April 2020. Harus diingat elemen-elemen ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.


Orbital elements:
    C/2020 F8 (SWAN)                                                            
Epoch 2020 May 31.0 TT = JDT 2459000.5                                          
T 2020 May 27.59223 TT                                  Rudenko                 
q   0.4295541            (2000.0)            P               Q                  
z  +0.0000111      Peri.   68.33064     -0.38667804     +0.03006559             
 +/-0.0000000      Node   260.17022     -0.62816555     +0.72316900             
e   0.9999952      Incl.  110.69778     +0.67519489     +0.69001642    

Komet SWAN berada di langit selatan, waktu Subuh rendah di ufuk. Ia akan melungsuri ke arah utara sedikit demi sedikit tetapi tidak akan berada tinggi di langit. Mencabar jugak komet ni.

Sementara itu, sekali lagi ISS melintasi langit di Malaysia semalam. Ramai juga yang berjaya merakamnya. Saya hanya sempat melihatnya di celah-celah awan pada saat-saat ia menghilang. (Bawah)

Foto struktur ISS juga berjaya dirakam oleh Steye Keng Yin Fong di balai cerapnya. (Bawah)

Sementara Redzuan Tahar juga merakamnya dari Dengkil kalau tak silap.

Peminat Neil deGrasse Tyson, boleh dengar podcast terbaru beliau yang akan membincangkan legasi Teleskop Angkasa Hubble, yang kini sudah beroperasi 30 tahun dah! Lama tu!

Kalau tengok laman web utama Hubble, banyak program sambutan 30 tahun ini terpaksa ditangguhkan, gara-gara Covid-19. Jadi kita dengar podcast je la!

Akhir sekali planet Zuhrah yang tengah menjadi tumpuan peminat astronomi dunia. Jika anda follow beberapa akaun pencerap di twitter, didapati ramai yang sedang merakam awan-awan di atmosfera Zuhrah tu!

Bukan senang nak rakam, kerana ia memerlukan kombinasi jenis teleskop yang sesuai, serta penapis yang sesuai.

Foto oleh Craig Towell di bawah ini antara yang menarik perhatian saya!

 

Share this:
0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x