Eksoplanet lebih besar daripada bintangnya telah ditemui… serius?

Berita Penemuan Terkini

Setelah kita tahu kewujudan phosphine di Zuhrah pada Isnin lepas, semalam ada lagi penemuan menarik dalam dunia astronomi. Sebuah eksoplanet ditemui mengelilingi sebuah bintang kerdil putih. Yang menjadikan ini unik ialah eksoplanet itu lebih besar daripada bintang yang diorbitnya!

mak aiii, macam tak logik je

Bintang kerdil putih adalah fasa terakhir bintang seperti Matahari apabila ia dah habis licin menggunakan kesemua gas hidrogen dan helium. Menurut perkiraan, Matahari kita akan menjadi kerdil putih lebih kurang 5 bilion tahun lagi.

Planet-planet yang berada berhampiran dengan Matahari, seperti Utarid, Zuhrah dan mungkin juga Bumi akan ditelan masuk ke dalam Matahari apabila bintang kita ini semakin tua dan menjadi gergasi merah.

alamak..!

Fasa gergasi merah ini amat kritikal kerana ketika itu Matahari membakar lebih cepat menggunakan saki-baki minyak yang ada di dalamnya.

Umpama minyak Ron97 dah habis kat dunia ni, dan kita terpaksa guna minyak diesel yang kotor tu

Apabila kesemuanya dah habis, lapisan luar Matahari akan dilepaskan keluar dan menjadi bentuk yang dikenali sebagai planetary nebula.

Nebula Dumbbell M27, contoh sebuah nebula planetary, saki baki atmosfera sebuah bintang yang dilepaskan keluar. Teras bintang asal menjadi bintang kerdil putih. @shahgazer

Apa yang tertinggal dalam Matahari selepas itu ialah sebuah objek kecil penuh dengan karbon dan oksigen dan semakin menyejuk. Saiz objek ini amat kecil dan menyamai saiz sebuah planet!

alahaii.. keciknya..ciann

Penemuan terbaru semalam adalah terhadap sebuah bintang kerdil putih bernama WD 1856+534 … ok,ok namanya tu tak de la sedap sangat, ia lebih kepada nombor katalog dia.. atau umpama nombor IC kita tu…

Bintang ini sangat kecil, dan dipercayai bersaiz 1.3% berbanding saiz Matahari kita…. besar mana tu?

Bila kita buat kira-kira, saiz bintang tu adalah sama dengan saiz Bumi!

alahai..keciknya…double ciann

Contoh saiz sebuah bintang kerdil putih berbanding dengan Bumi. Sumber.

Jika Matahari ini menjadi saiz sebegini, keseimbangan di antara planet-planet yang mengorbit Matahari akan menjadi hiruk-piruk kelam kabut! Ada planet yang ditendang keluar, ada yang mungkin tersadung ke dalam .. memang haru-biru la…

Di dalam kes bintang WD 1856 ini, apabila saintis mengkaji data yang diperolehi daripada teleskop angkasa TESS, mereka mendapati kecerahan bintang ini menjadi kelam dan terang setiap 1.4 hari.

Graf kecerahan bintang WD 1856 menunjukkan ia kelam dengan kadar lebih 50% setiap 1.4 hari. Sumber.

Metod ini adalah standard di dalam pencarian dan penemuan eksoplanet. Saintis tak nampak eksoplanet ini secara direct tetapi mereka dapat tahu kewujudannya dengan melihat kesan kehadiran jasad ini apabila ia melintas di hadapan bintangnya.

Umpama macam gerhana matahari la.. kita tak nampak bulan dekat sebelah matahari sebelum gerhana bermula, tetapi apabila bulan dah mula bergerak depan matahari barulah kita tau… oooo ada bulan rupanya di situ…

Menariknya dalam kes bintang WD 1856 ini ialah cahaya bintang ini pudar lebih daripada 50% daripada cahaya keseluruhannya.

bukan kaleng-kaleng gerhana ni!

Untuk menghasilkan penurunan kecerahan sebegini banyak, objek yang melintas depan bintang ini kenalah besar… TERSANGATLAH BESAR!

Malah, kiraan lanjutan mendapati ia merupakan eksoplanet gergasi yang bersaiz 7 kali ganda lebih besar daripada bintang WD 1856 yang diorbitnya itu!

Ilustrasi perbandingan saiz eksoplanet WD 1856b (kiri) dengan bintang kerdil putih yang diorbitnya (putih).
Grafik tak best oleh @shahgazer

Saiz sebegini boleh dikatakan sempadan antara planet yang paling besar dan kerdil perang (brown dwarf).

Bagaimana eksoplanet ini selamat apabila bintangnya menjadi kerdil putih tempoh hari ? Apakah nasib eksoplanet lain yang mungkin ada sebelum ini? Adakah masih selamat atau hilang ditendang keluar?

exoplanet Left group kot..

Penemuan ini adalah yang pertama di dalam kes eksoplanet yang lebih besar dari bintang ibunya . Ia menimbulkan persoalan menarik nasib planet seperti Musytari dan Zuhal, apabila Matahari menjadi kerdil putih nanti.

Kajian lanjut terhadap WD 1856 b (nama eksoplanet tadi) mungkin akan memberi jawapan ada hint yang lebih jelas.

Mungkin juga ada rakyat Malaysia yang akan turut terlibat sama dalam kajian dan penemuan ini nanti. That will be sungguh awesome! InsyaAllah.

Apa-apa hal, yang kita-kita ni jangan banyak complain, jom kita terus belajar, kaji, lihat, fikir dan zikir, lihat kejadian alam, langit dan bumi!


Rujukan dan Sumber

A White Dwarf’s Surprise Planetary Companion: First-of-Its-Kind Exoplanet Detected Around Dead Star

Tweet Dr. Jessie Christiansen

WD 1856+534 Overview

5 1 vote
Article Rating
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Menark sekali penerangan sifoo.. Hahah 🤣 Thanks!