Hope telah berjaya masuk ke dalam orbit Marikh!

Berita Misi Angkasa

Sukses! Prob dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) bernama Al Amal atau Hope, telah berjaya masuk ke dalam orbit planet Marikh tengah malam tadi (waktu Malaysia).

Ini secara rasminya telah menjadikan UAE negara ke-5 dalam dunia yang telah berjaya menghantar misi angkasa ke planet Marikh. UAE juga menjadi negara Arab pertama melakukan demikian.

Isyarat yang diterima di pusat kawalan sekitar jam 12:08 tengah malam tadi waktu Malaysia, menyusul selepas semua yang berada di sana, termasuk yang menyaksikan di dalam siaran live, menunggu penuh debaran selama lebih kurang 30 minit untuk menunggu samada prob ini berjaya atau tidak di dalam fasa memasuki ke dalam orbit Marikh secara autonomous.

Boleh ulang tayang kembali saat-saat bersejarah tersebut di bawah. Jika nak terus lompat ke momen isyarat diterima, boleh terus ke minit ke-39 video ini.

Kegembiraan dan kelegaan jelas di muka para jurutera di pusat kawalan tersebut apabila isyarat diterima tepat pada waktunya.

Saat-saat kelegaan bagi pasukan misi Hope awal tengah malam tadi.

Kita kena faham, isyarat dari lokasi Hope di Marikh ini mengambil masa 11 minit untuk sampai ke Bumi. Maka itu, adalah mustahil untuk mereka mengawal setiap instrumen secara real time. Prob ini bergantung sepenuhnya kepada arahan dan koding di dalam komputernya, untuk melakukan proses tekan brake dan masuk ke dalam orbit Marikh dengan sendirinya.

Senario ini sama sahaja dengan apa yang akan ditempuhi oleh prob China, Tianwen-1 dan prob NASA, Preseverance nanti.

Perjalanan Hope ke planet Marikh mengambil masa selama 200 hari. Misi ini tidak mempunyai perayau, maka ia tidak akan ada instrumen di permukaan Marikh. Sebaliknya ia akan menumpukan sepenuhnya kepada misi di dalam orbit dengan mengkaji atmosfera, cuaca dan musim planet merah ini.

Prob Hope ketika berada di Mohammed bin Rashid Space Centre

3 alat yang penting yang akan melakukan cerapan ini ialah:

  1. Emirates Exploration Imager (EXI) – sebuah kamera yang merakam imej beresolusi tinggi
  2. Emirates Mars Infrared Spectrometer (EMIRS) – mengkaji corak suhu, ais, habuk dan wap air yang wujud di dalam atmosfera Marikh.
  3. Emirates Mars Ultraviolet Spectrometer (EMUS) akan mengkaji lapisan atas atmosfera Marikh, dan kesan hidrogen dan oksigen yang terlepas ke angkasa.

Pasukan yang hebat.

Misi Hope ini merupakan kerjasama dengan UAE bersama-sama dengan University of Colorado, Boulder; the University of California, Berkeley; dan Arizona State University.

Pengerusi Agensi Angkasa UAE, Sarah Yousif Al-Amiri

Selain itu, fakta yang menakjubkan juga ialah 80% daripada ahli pasukan misi Hope ini terdiri daripada wanita! Malah Sarah Al-Amiri, Pengerusi Agensi Angkasa UAE dan Emirati Minister of State for Advanced Sciences baru berusia 34 tahun!

Muda lagi tu…!

Misi Hope ini merupakan langkah pertama kepada satu lagi misi besar UAE dalam penerokaan angkasa lepas. Satu lagi misi dalam perancangan, Rashid, akan cuba menghantar sebuah perayau ke permukaan Bulan pada tahun 2024.

Lagi satu misi besar ialah rancangan untuk membina penempatan manusia yang tidak didiami yang pertama di Marikh pada tahun 2117, yang mana robot-robot akan dihantar ke planet merah ini dan membina penempatan terlebih dahulu.

Buat masa ini kita terus tumpukan fasa-fasa seterusnya dalam misi Hope ini dan lihat apakah penemuan menarik yang bakal ditemui nanti!

Tahniah Pak Sheikh!

1 1 vote
Article Rating
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments