April 2015

  • 1 Apr 8 PM  Bulan di apogee (paling jauh dari Bumi)
  • 4 Apr 8 PM  Gerhana Bulan Penuh (Kelihatan di Malaysia & terbit ketika sedang gerhana)
  • 4-5 Apr Tengah Malam Bintang Spica hampir dengan Bulan
  • 9 Apr Subuh  Zuhal hampir dengan Bulan
  • 12 Apr 11 AM   Bulan Sukuan Akhir
  • 17 Apr 11 AM Bulan di perigee (paling hampir dengan Bumi)
  • 19 Apr 3 AM  Bulan baru (ijtimak)
  • 19 Apr Maghrib  Utarid & Marikh hampir dengan Bulan
  • 26-27 Apr Selepas Isya Musytari hampir dengan Bulan
  • 28 Apr Selepas Isya   Bintang Regulus hampir dengan Bulan
  • 29 Apr 12 PM  Bulan di apogee (paling jauh dari Bumi)

AWAL SENJA

ZUHRAH terus menerus bersinar terang di langit senja. Kedudukannya agak tinggi di ufuk barat, dan hampir mustahil untuk sesiapa ‘terlepas pandang’. Kedudukannya mula menuju ke kawasan langit sebelah utara (ke kanan dari titik Barat).
Jangan lepaskan peluang melihatnya menerusi teleskop, kerana bentuk ‘fasa’nya sekarang seolah-olah bulan gibbous. Menjelang hujung bulan, ia akan kelihatan semakin besar manakala bentuknya semakin menjadi seumpama Bulan Separuh.
Zuhrah akan terbenam lebih kurang 2 jam selepas Maghrib.
MARIKH terus mengecil dan boleh dikatakan ‘hilang dari pandangan’. Tak perlu cari pun! Ia berada rendah di ufuk barat, jauh lebih rendah berbanding kedudukan Zuhrah.
UTARID mula kembali muncul di langit senja, rendah di ufuk Barat menjelang hujung bulan ini.

ISYA’ hinggalah ke sekitar waktu TAHAJJUD

MUSYTARI merupakan planet tumpuan bulan ini. Ia terus bersinar dan kekal menjadi objek paling cerah di langit sebelah Timur, sebaik sahaja langit mula gelap selepas Maghrib.
Pada 26 dan 27 Apr nanti, Bulan akan kembali melintasi bersebelahannya.

GERHANA BULAN

Pada Maghrib 4 April, kita sekali lagi akan dapat melihat GERHANA BULAN PENUH di Malaysia. Namun, sekali lagi kita terlepas di awal-awal fasa gerhana kerana ketika itu Bulan masih belum terbit.
Kita akan dapat lihat ia terbit dalam keadaan SEDANG dalam fasa Gerhana Penuh ketika Maghrib. Selepas itu ia kembali cerah dalam jangka waktu 2 1/2 jam selepas Maghrib.

TENGAH MALAM ke SUBUH

ZUHAL mula terbit sekitar jam 11 malam, dan ia akan terbit makin awal setiap hari.
Menjelang Subuh, ia berada tinggi di kepala (dan ke barat sedikit). Pastikan anda jadikan ia objek tumpuan selepas ini. Gelang Zuhal sungguh cantik untuk dilihat menerusi teleskop.

METEOR LYRIDS

Pada 22 April, juraian meteor Lyrids akan memuncak pada kadar 18 meteor sejam. Tahun ini langit akan OK, kerana tiada gangguan cahaya daripada Bulan.
Skip to toolbar