Disember 2015

  • 2-3 Dis Subuh Bintang Regulus hampir dengan Bulan
  • 3 Dis 3 PM Bulan Sukuan Akhir
  • 4 Dis Subuh Musytari hampir dengan Bulan
  • 5 Dis 11 PM Bulan di apogee (paling jauh dari Bumi)
  • 6 Dis Subuh Marikh hampir dengan Bulan
  • 8 Dis Subuh Zuhrah hampir dengan Bulan
  • 11 Dis 6 PM Bulan baru (ijtimak)
  • 21 Dis 4 PM Bulan di perigee (paling hampir dengan Bumi)
  • 22 Dis 12 PM Solstice (Matahari di atas Garisan Jadi)
  • 23 Dis Selepas Isya Bintang Aldebaran hampir dengan Bulan
  • 24 Dis 7 AM Marikh hampir dengan Bintang Spica
  • 25 Dis 7 PM Bulan Penuh
  • 29 Dis Maghrib Utarid berkedudukan paling jauh dari matahari (Barat)
  • 30 Dis Subuh Bintang Regulus hampir dengan Bulan

 

MAGHRIB

UTARID satu-satunya planet yang kelihatan di langit senja pada bulan ini. Ia akan semakin tinggi setiap hari, dan menjelang hujung bulan nanti ia boleh dilihat agak jelas di ufuk barat.


 

SUBUH

MUSYTARI terus semakin tinggi setiap hari. Ia kelihatan menghampiri atas kepala menjelang hujung bulan.

ZUHRAH pula semakin rendah kedudukannya, dan fasanya pun semakin membentuk seperti bulan gibbous.

MARIKH kekal berada di antara kawasan Musytari dan Zuhrah, namun ia masih terlalu jauh dan kelam untuk menarik perhatian kita.

ZUHAL kembali muncul di langit Subuh, tetapi masih rendah di langit. Menjelang hujung bulan, ia akan menghampiri Zuhrah.


 

METEOR Geminids

Meteor Geminids akan memuncak pada 13-14 Disember nanti, dengan kadar 120 meteor sejam. Tahun ini prospeknya amat bagus kerana tiada cahaya Bulan yang akan mengganggu!