Februari 2015

  • 4 Feb 7 AM Bulan Penuh
  • 3-4 Feb Selepas Isya Musytari hampir dengan Bulan
  • 5 Feb Selepas Isya Bintang Regulus hampir dengan Bulan
  • 6 Feb 2 PM Bulan di apogee (paling jauh dari Bumi)
  • 7 Feb 2 AM Musytari bersetentang (opposisi)
  • 10 Feb Subuh Bintang Spica hampir dengan Bulan
  • 12 Feb 11 AM Bulan Sukuan Akhir
  • 13 Feb Subuh Zuhal hampir dengan Bulan
  • 17 Feb Subuh Utarid hampir dengan Bulan
  • 19 Feb 7 AM Bulan baru (ijtimak)
  • 19 Feb 3 PM Bulan di perigee (paling hampir dengan Bumi)
  • 20-12 Feb Maghrib Zuhrah & Marikh hampir dengan Bulan
  • 22 Feb Maghrib Zuhrah paling hampir dengan Marikh
  • 25 Feb Subuh Utarid berkedudukan paling jauh dari matahari (Timur)
  • 26 Feb 1 AM Bulan Sukuan Pertama
  • 25-26 Feb Selepas Isya’ Bintang Aldebaran hampir dengan Bulan

 


 

AWAL MALAM (Maghrib hingga hampir Tengah Malam).

 

Planet ZUHRAH semakin tinggi di langit sebelah barat, selepas Maghrib. Sepanjang bulan ini, ia juga mula perlahan-lahan bergerak ke arah utara (ke kanan). Ia kekal objek yang tercerah di langit selepas hilangnya matahari.

Pada 20 dan 21 Feb, Zuhrah akan ditemani oleh Bulan, dan menjadi pasangan objek yang cukup indah menghiasi waktu Maghrib dan Isya.

Planet MARIKH pula semakin jauh dan semakin pudar. Pada magnitud 1.3, ia hanya kelihatan seperti sebutir bintang yang biasa sahaja rendah di langit barat, dan terpaksa berlawan dengan suasana langit yang masih terang pada waktu Maghrib.

Jika anda masih ingin menjejaki planet ini sebelum ia hilang dari pandangan, cubalah tarikh 22 Feb, yang mana ketika itu ia berada bersebelahan sahaja dari planet Zuhrah.


 

AWAL DAN LEWAT MALAM

 

Sekitar Isya’ hinggalah ke Subuh, planet MUSTARI akan mendominasi langit kita. Ia akan berada di posisi bersetentang dengan matahari (opposition) pada 7 Feb 2014. Ketika itu, ia akan terbit sebaik sahaja matahari terbenam.

Ia masih berada di sekitar buruj Cancer dan Leo.

Pada 3 dan 4 Feb, Bulan akan melintasi berhampiran dengan Musytari.


 

WAKTU TAHAJJUD DAN SUBUH

 

ZUHAL mula terbit lebih kurang 3 jam sebelum waktu Subuh (dawn). Menjelang hujung bulan, ia akan terbit 5 jam sebelum Subuh. Ia masih berada dalam kawasan buruj Scorpio dan berhampiran dengan kawasan ‘kepala’ Scorpio yang juga menjadi kawasan target kegemaran ahli astrofotografi.

UTARID kini berada di langit Subuh pula. Cuba perhatikan ke arah timur, sekitar 20 minit selepas Subuh, bermula minggu ke-2 hinggalah ke hujung bulan Februari. Ia akan kelihatan seperti sebutir bintang yang agak cerah, tetapi rendah di ufuk timur.

Skip to toolbar