Gerhana Bulan Penuh – 4 April 2015

Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada 4 April 2014  2015.

Namun, sekali lagi bagi kita di Semenanjung Malaysia, akan terlepas fasa-fasa awal gerhana tersebut. Bagi anda di timur Sabah, lebih bernasib baik kerana dapat melihat keseluruhan fasa gerhana dari awal hingga akhir.

Rajah di bawah dihasilkan daripada kiraan perisian Lunar Eclipse Meastro . Didapati sebahagian besar Asia dan benua Amerika akan dapat menyaksikan gerhana kali ini.

 

screen 2014-12-17 at 10.51.18 AM

Negara-negara yang akan dapat melihat fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 4 April 2015. Sumber

Di bawah merupakan waktu kiraan 3 buah bandar utama yang merentasi Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Mana-mana bandar di antaranya, ambillah waktu yang terdekat.

WAKTUnya telah disesuaikan dengan zon waktu Malaysia (waktu tempatan).

FASA GERHANA WAKTU KUALA LUMPUR KUCHING SANDAKAN
P1:Mula Fasa Penumbra 5:01 pm TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit) TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit) TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)
U1:Mula Fasa Umbra  6:15 pm TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit) TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit) BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit)
U2:Fasa Gerhana Penuh bermula 7:57 pm BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit) BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit)  BOLEH DILIHAT
Fasa Maksimum Gerhana Penuh 8:00 pm BOLEH DILIHAT  BOLEH DILIHAT  BOLEH DILIHAT
U3: Fasa Gerhana Penuh tamat 8:02 pm BOLEH DILIHAT  BOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT 
U4: Tamat Fasa Umbra 9:44 pm BOLEH DILIHAT  BOLEH DILIHAT  BOLEH DILIHAT
P4: Tamat Fasa Penumbra 10:58pm BOLEH DILIHAT  BOLEH DILIHAT  BOLEH DILIHAT

Berdasarkan info di atas, gerhana bulan kali ini AMAT PENDEK, kerana ia berada dalam fasa GERHANA PENUH selama 5 MINIT sahaja!

Oleh itu, gunalah peluang yang ada, dan buat perancangan sebaiknya untuk memastikan kita tak terlepas merakam saat-saat ia berada fasa gerhana penuh itu.

Laman web TimeAndDate.com ada memaparkan simulasi gerhana bulan tersebut. Sila klik link ini.

screen_2014-12-17_at_11_43_01_AM

Simulasi SkySafari Pro 4

Rajah di atas menunjukkan saat-saat fasa gerhana penuh. Kita akan dapat menyaksikan di bahagian sisi kiri bulan (sebelah utara) akan kelihatan lebih cerah sedikit berbanding bahagian kanan.

Klik untuk capaian kepada informasi rasmi dari pakar gerhana, Fred Espanak.

Anda juga boleh lakukan simulasi sendiri menggunakan pelbagai perisian simulasi astronomi yang ada, samada versi komputer, web atau mobile.

Wallahu a’lam