Januari 2015

  • 5 Jan 12 PM  Bulan Penuh
  • 7-8 Jan Tengah malam  Musytari hampir dengan Bulan
  • 8 Jan  Tengah malam  Bintang Regulus hampir dengan Bulan
  • 10 jan  2 AM  Bulan di apogee (paling jauh dari Bumi)
  • 13 Jan  5 PM  Bulan Sukuan Akhir
  • 13-14 Jan Menjelang Subuh  Bintang Spica hampir dengan Bulan
  • 13-14 Jan Tengah Malam ke Subuh. Ekor Komet C/2014 Q2 Lovejoy menghala ke arah gugusan bintang Hyades dan bintang Aldebaraan. PETA1
  • 15 Jan Maghrib Utarid berkedudukan paling jauh dari matahari(Barat)
  • 16-17 Jan Subuh Zuhal hampir dengan Bulan
  • 18-19 Jan Tengah Malam ke Subuh. Ekor Komet C/2014 Q2 Lovejoy menghala ke arah gugusan bintang Seven Sisters/Pleaides PETA1
  • 20 Jan  9 PM   Bulan baru (ijtimak)
  • 20 Jan Maghrib-Isya Marikh amat hampir dengan Neptune (<1/2º)
  • 21 Jan  Maghrib  Utarid hampir dengan Bulan
  • 22 Jan 4 AM  Bulan di perigee (paling hampir dengan Bumi)
  • 22 Jan  Maghrib   Zuhrah hampir dengan Bulan
  • 23 Jan  Maghrib   Marikh hampir dengan Bulan
  • 27 Jan  12 PM  Bulan Sukuan Pertama
  • 29 Jan   Selepas Isya  Bintang Aldebaran hampir dengan Bulan

 


 

<Revision>

19 Dis 2014 – Tambahan maklumat Komet C/2014 Q2 Lovejoy


LANGIT SENJA dan AWAL MALAM

Sepanjang bulan Januari ini, planet ZUHRAH akan kembali kelihatan di langit Maghrib sebelah barat. Ketika ini, ia berada nun jauh di ‘belakang’ matahari. Menerusi teleskop ia hanya kelihatan seperti sebutir objek bulat yang kecil dan kurang ‘mengancam’. Namun, ia tetap bersinar cerah pada magnitud sekitar -3.

Planet UTARID juga berada di langit barat pada waktu Maghrib. Bulan ini merupakan peluang keemasan untuk mencarinya di langit, kerana ia akan berada berhampiran dengan planet ZUHRAH. Kita boleh gunakan ZUHRAH sebagai panduan mencari UTARID yang sememangnya agak sukar dijejaki oleh mereka yang baru dalam astronomi.

Perhatikan pada minggu ke-2 Januari, kedua-dua planet ini berada bersebelahan antara satu sama lain. Amat mudah untuk lihat, dan menjadi target astrofotografi yang menarik.

MARIKH sebenarnya berada hampir dengan ZUHRAH, di sebelah atasnya, tetapi ia bersinar pada kecerahan yang amat sederhana, dan kurang menarik untuk diperhatikan. Malah, dengan mata ia kelihatan seperti sebuah bintang biasa sahaja.

Ketiga-tiga planet ini akan hilang dari pandangan menjelang Isya’. Jadi sekiranya anda ingin menjejakinya, kenalah buat dalam jangka waktu satu atau dua jam selepas Maghrib.

 


 

MENJELANG TENGAH MALAM

Bulan ini, planet MUSYTARI mula terbit sekitar jam 10 malam! . Menjelang tengah malam, ia merupakan objek yang paling cerah di langit sebelah timur, dan amat susah untuk kita terkeliru dengan bintang-bintang lain.

Menjelang hujung bulan, Musytari akan terbit sekitar jam 8 malam! Ia semakin menghampiri ke posisi bersetentangnya (opposition) pada 7 Feb nanti.

Raja segala planet ini berada di antara kawasan buruj Cancer dan Leo. Bintang cerah yang paling hampir dengannya ialah Regulus (di sebelah timurnya).

 


 

SEKITAR SUBUH

ZUHAL kini kembali menjadi planet yang menghuni langit waktu Subuh. Ia terbit sekitar 1 jam sebelum Subuh, dan masih lagi berada di sekitar buruj Scorpio. Disebabkan ia terbit begitu hampir dengan  Subuh, waktu untuk mencerapnya agak singkat. Tunggulah sehingga hujung Januari nanti, yang mana masa itu ia akan terbit lebih awal, iaitu sekitar 3 jam sebelum Subuh.

 


 

KOMET C/2014 Q2 LOVEJOY

Sekitar tengah malam ke Subuh,  Komet C/2014 Q2 Lovejoy akan membuat beberapa lintasan menarik untuk dicerap. Pada 2 dan 3 Jan, ia akan melintasi bahagian selatan buruj Orion. Ekornya akan menghala ke arah buruj tersebut.

Pada  13 dan 14 Jan, ekornya akan melintasi gugusan bintang Hyades. Jika ia menyinar terang, moment ini cukup menarik untuk dirakam.

Pada 18 dan 19 Jan, ekornya akan melintasi gugusan Seven Sisters pula!

Klik pada perkataan PETA di dalam senarai kalendar fenonema di atas, untuk mendapatkan gambaran kedudukannya.


 

METEOR Quadrantids

Pada tengah malam hingga ke Subuh, 4 Jan nanti, meteor Quadrantid akan mula memuncak pada kadar 40 meteor sejam. Malangnya, bulan ketika itu hadir di langit, dan cahayanya akan mengganggu penglihatan meteor-meteor ini.

 

 

Skip to toolbar