Jun 2015

  • 1 Jun Selepas Isya            Zuhal hampir dengan Bulan
  • 3 Jun 12 AM                Bulan Penuh
  • 7 Jun Maghrib                Zuhrah berkedudukan paling jauh dari matahari (Barat)
  • 9 Jun 11 PM                Bulan Sukuan Akhir
  • 10 Jun 12 PM                 Bulan di perigee (paling hampir dengan Bumi)
  • 15 Jun Subuh                Utarid hampir dengan Bulan
  • 16 Jun 10 PM                 Bulan baru (ijtimak)
  • 19-20-21 Jun Maghrib-Isya       Zuhrah dan Musytari hampir dengan Bulan
  • 22 Jun 12 AM                Solstice (Matahari di atas Garisan Sartan
  • 24 Jun 1 AM                 Bulan di apogee (paling jauh dari Bumi)
  • 24 Jun Subuh                 Utarid hampir dengan Aldebaran
  • 24 Jun 7 PM                Bulan Sukuan Pertama
  • 25 Jun Subuh                Utarid berkedudukan paling jauh dari matahari (Timur)
  • 25-26 Jun Isya                Bintang Spica hampir dengan Bulan
  • 28-29 Jun Isya                Zuhal hampir dengan Bulan

MAGHRIB

ZUHRAH terus berada tinggi di langit Barat, selepas Maghrib. Namun, bulan ini, ia tidak keseorangan. MUSYTARI akan mula menghampiri kedudukannya dari hari ke hari.
Pada 20 Jun, Bulan sabit muda akan berada bersebelahan kedua-dua planet ini, dan membentuk seperti smiley yang senget!
Kemuncaknya ialah fenomena himpunan planet paling indah untuk tahun ini, yang mana pada 30 Jun dan 1 Julai nanti, kedua-dua planet ini hanya dipisah sejauh 1/2 darjah sahaja, iaitu lebih kurang sama dengan diameter Bulan di langit!
Kali terakhir kedua-dua ini berada amat hampir sebegini ialah pada 18 Ogos 2014, dan itupun ia berlaku pada waktu Subuh. Kali ini ia berlaku waktu prime time dan semua orang dengan mudah akan dapat melihatnya!

AWAL MALAM HINGGA KE TAHAJJUD

ZUHAL pula sudah mula kelihatan di atas ufuk timur sebaik sahaja Maghrib. Cara paling senang nak kenal kedudukan planet ini ialah berpandukan Bulan. Pada 1 Jun dan 28-29 Jun, Bulan akan melintasi hampir dengan Zuhal.

SEKITAR SUBUH

UTARID sebenarnya ada di langit timur, tetapi kedudukannya begitu hampir dengan kaki langit, serta tenggelam di dalam cahaya fajar, maka agak susah untuk melihatnya bulan ini.