Mac 2015

  • 2-3 Mac Selepas Isya          Musytari hampir dengan Bulan
  • 4 Mac Selepas Isya           Bintang Regulus hampir dengan Bulan
  • 5 Mac 3 PM                Bulan di apogee (paling jauh dari Bumi)
  • 6 Mac 2 AM                Bulan Penuh
  • 8-9 Mac Tengah malam           Bintang Spica hampir dengan Bulan
  • 12-13 Mac Subuh           Zuhal hampir dengan Bulan
  • 14 Mac 1 AM                Bulan Sukuan Akhir
  • 19 Mac Subuh                Utarid hampir dengan Bulan
  • 20 Mac 3 AM                Bulan di perigee (paling hampir dengan Bumi)
  • 20 Mac 5 PM                Bulan baru (ijtimak)
  • 21 Mac 6 AM               Ekuinoks (Matahari di atas Garisan Khatulistiwa)
  • 21-22 Mac Maghrib            Marikh hampir dengan Bulan
  • 22-23 Mac Maghrib            Zuhrah hampir dengan Bulan
  • 25 Mac Selepas Isya           Bintang Aldebaran hampir dengan Bulan
  • 27 Mac 3 PM                 Bulan Sukuan Pertama
  • 30 Mac Selepas Isya           Musytari hampir dengan Bulan
  • 31 Mac Selepas Isya           Bintang Regulus hampir dengan Bulan

AWAL MAGHRIB

Planet ZUHRAH terus kekal menjadi ‘raja segala objek’ pada waktu Maghrib dan Isya’. Ia juga semakin hari semakin tinggi dan begerak ‘menjauhi’ daripada matahari. Selain itu, ia juga mula bergerak ke arah utara ( kita akan melihatnya bergerak semakin ke kanan setiap hari).
Bulan sabit akan kembali mengiringi Zuhrah pada 22-23 Februari.
MARIKH, yang mana pada bulan lepas berada hampir dengan Zuhrah, kini mula semakin rendah setiap hari. Malah, ia berada agak hampir dengan matahari sehingga boleh dikatakan agak susah untuk mencarinya (bagi anda yang belum mahir mencari objek-objek langit).
Sudah tiba masanya kita mengucapkan selamat tinggal buat seketika, kepada planet Marikh ini!

SELEPAS ISYA hinggalah ke SUBUH

MUSYTARI pasti sudah menjadi target utama pencerap langit kerana ia berada tinggi di langit timur sebaik sahaja Maghrib. Kecerahannya cukup menarik perhatian kita. Malah, ia lebih cerah daripada bintang Sirius yang berada di sebelah atas kanan darinya.
Kedudukannya di langit tidak banyak berubah, dan masih berada di antara buruj Cancer dan Leo.
Bulan ini merupakan antara bulan yang sesuai untuk lakukan aktiviti cerapan malam, kerana Musytari pasti menjadi daya tarikan menerusi teleskop.
Bulan akan bergerak menghampiri Musytari pada 2-3 Mac dan 29-30 Mac.

SEKITAR TENGAH MALAM

ZUHAL pula terbit semakin awal, iaitu sekitar jam 1 pagi (Kuala Lumpur), dan menjelang hujung bulan, ia akan terbit jam 11 malam! Cubalah lihat Zuhal berada tegak di atas kepala sekitar waktu Subuh. Gelangnya (apabila dilihat menerusi teleskop) merupakan suatu pandangan yang pasti tidak dapat dilupakan.
12-13 Mac, Bulan akan bergerak hampir dengan Zuhal.

SUBUH

UTARID kekal kelihatan di langit timur, pada waktu Subuh,  namun ia mula kembali rendah dan menghampiri ke ufuk setiap hari. Peluang keemasan untuk mencari planet ini ialah pada 19 Mac, yang mana Bulan akan berada bersebelahannya.
Menjelang hujung bulan, ia semakin hampir dengan matahari dan makin sukar untuk dilihat di langit.
Skip to toolbar