Mei 2015

  • 2 Mei Selepas Isya Bintang Spica hampir dengan Bulan
  • 11 Mei 6 PM Bulan Sukuan Akhir
  • 15 Mei 7 AM Bulan di perigee (paling hampir dengan Bumi)
  • 18 Mei 12 PM Bulan baru (ijtimak)
  • 19 Mei Maghrib Utarid hampir dengan Bulan
  • 23 Mei 9 AM Zuhal bersetentang  (opposisi)
  • 24 Mei Selepas Isya Musytari hampir dengan Bulan
  • 25 Mei Selepas Isya Bintang Regulus hampir dengan Bulan
  • 26 Mei 1 AM Bulan Sukuan Pertama
  • 27 Mei 6 AM Bulan di apogee (paling jauh dari Bumi)
  • 28 Mei 5:16 PM Istiwa Azam
  • 29 Mei Selepas Isya Bintang Spica hampir dengan Bulan

SELEPAS ASAR

Jangan lupa, pada jam 5:16pm 28 Mei nanti, Matahari akan berada di atas bangunan Kaabah, menandakan sekali lagi fenomena Istiwa Azam.
Gunalah peluang ini untuk memeriksa kedudukan arah Kiblat anda berpandukan kedudukan matahari.

AWAL MAGHRIB

ZUHRAH seolah-olah pegun dalam ketinggian yang sama setiap hari sepanjang bulan ini. Namun, menerusi teleskop ia sedang mengalami perubahan drastik dari segi bentuk ‘fasa’nya.  Inilah saat dan ketika yang amat mengujakan.
UTARID pula sekejap sahaja muncul rendah di ufuk barat, dan menjelang pertengahan bulan, ia kembali rendah dan hilang dari pandangan.

ISYA’

MUSYTARI berada tegak di atas kepala sebaik sahaja matahari terbenam. Kedudukannya yang tinggi ini mengundang suasana keadaan langit yang lebih stabil dan membolehkan kita melihatnya lebih jelas dan bebas dari gangguan perolakan udara.
Menjelang tengah malam, ia pun sudah terbenam hilang dari pandangan.
ZUHAL pula terbit semakin awal setiap hari. Pada 23 Mei nanti, ia berada di posisi bersetentang dengan matahari, maka ia akan terbit sebaik sahaja Maghrib. Kini tibalah giliran Zuhal pula untuk mendominasi tumpuan pengguna teleskop!

METEOR ETA AQUARIDS

Meteor Eta Aquarids akan memuncak pada 5-6 Mei dengan kadar 30-60 meteor sejam,  namun tahun ini ia  kurang sesuai untuk dicerap  kerana kehadiran Bulan berfasa besar di langit, bakal menerangkan keadaan langit dan mengganggu suasana.