November 2015

  • 3 Nov Subuh Zuhrah hampir dengan Marikh
  • 3 Nov 8 PM Bulan Sukuan Akhir
  • 5 Nov Subuh Bintang Regulus hampir dengan Bulan
  • 6-7-8 Nov Subuh Zuhrah,Musytari dan Marikh hampir dengan Bulan
  • 8 Nov 6 AM Bulan di apogee (paling jauh dari Bumi)
  • 12 Nov 1 AM Bulan baru (ijtimak)
  • 26 Nov 6 AM Bulan Penuh
  • 26 Nov Selepas Isya Bintang Aldebaran hampir dengan Bulan
  • 29-30 Nov Subuh Zuhrah hampir dengan Bintang Spica

 

MAGHRIB

ZUHAL terlampau rendah ke ufuk, menyukarkan kita melihatnya dengan terang. Musimnya mendominasi langit petang telah tiba ke penghujung.

UTARID sebenarnya dah mula muncul di barat, namun masih terlalu rendah untuk kita melihatnya dengan mudah.


 

SUBUH

Pada 3-4 Nov, MARIKH akan melintasi amat hampir dengan Zuhrah. Kedua-duanya boleh dilihat serentak menerusi teleskop.

ZUHRAH boleh dikatakan mengekalkan ketinggiannya sepanjang bulan, namun ia mula bergerak sedikit demi sedikit ke arah kanan (menuju ke selatan).

MUSYTARI pula semakin hari semakin tinggi dan menjauhi dari Zuhrah.

Pada 7 Nov, Bulan akan melintasi di antara kedua-dua planet ini. Satu pandangan yang indah dan photogenic !


 

METEOR Leonids

Meteor Leonids akan memuncak pada 17-18 Nov nanti, pada kadar sederhana, sekitar 15 meteor sejam. Prospeknya pun bagus dengan tiada gangguan cahaya dari Bulan.