September 2015

  • 1 Sep 11 AM Neptune bersetentang (opposisi)
  • 4 Sep Maghrib Utarid berkedudukan paling jauh dari matahari (Timur)
  • 5 Sep Subuh Bintang Aldebaran hampir dengan Bulan
  • 5 Sep 5 PM Bulan Sukuan Akhir
  • 10-11 Sep Subuh Zuhrah hampir dengan Bulan
  • 11 Sep Subuh Marikh hampir dengan Bulan
  • 12 Sep Subuh Musytari hampir dengan Bulan
  • 13 Sep 2 PM Bulan baru (ijtimak)
  • 14 Sep 7 PM Bulan di apogee (paling jauh dari Bumi)
  • 15 Sep Maghrib Utarid hampir dengan Bulan
  • 16 Sep Maghrib Bintang Spica hampir dengan Bulan
  • 19 Sep Maghrib-Isya Zuhal hampir dengan Bulan
  • 21 Sep 4 PM Bulan Sukuan Pertama
  • 23 Sep 4 PM Ekuinoks (Matahari di atas Garisan Khatulistiwa)
  • 25 Sep Subuh Marikh hampir dengan Bintang Regulus
  • 28 Sep 10 AM Bulan Penuh
  • 28 Sep 10 AM Bulan di perigee (paling hampir dengan Bumi)

 

MAGHRIB

UTARID masih berada di langit barat, rendah di ufuk. Namun semakin hari ia semakin rendah dan lama kelamaan akan tenggelam di dalam cahaya senja.


 

ISYA ke Tengah Malam

ZUHAL pula semakin ke barat kedudukannya setiap hari. Menjelang hujung bulan ia sudah berada di sekitar arah barat daya ketika Maghrib. Gunalah saki baki peluang melihat planet ini sebelum ia kembali hilang dari pandangan.


 

SUBUH

ZUHRAH semakin tinggi di langit timur ketika waktu Subuh. Bulan akan melintasi bersebelahannya pada 10 Sep nanti.

Menjelang hujung bulan, MUSYTARI pula akan kembali muncul di ufuk timur! Kedua-dua planet ini akan kembali berhimpun pada bulan depan!


 

Bulan Penuh Perigee (Supermoon)

Ok, saya sendiri tak berkenan dengan istilah Supermoon ini, namun apa yang berlaku pada tarikh 28 Sep nanti ialah, Bulan penuh akan berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi (perigee). Maka ia akan kelihatan lebih besar dan lebih terang berbanding fasa bulan penuh yang lain.


 

Skip to toolbar