
Astronomi Almanak 2016 atau AA2016 ialah sebuah diari fenomena samawi (celestial phenomena) lengkap menyenaraikan fenomena-fenomena langit utama yang menarik untuk dicerap, sepanjang tahun 2016. Ia telah disusun atur sesuai dengan langit di Malaysia (dan Asia Tenggara amnya).
Penerangan ringkas metod kiraan dan bagaimana AA2016 dihasilkan boleh didapati di Appendix 1.
Penerangan mengenai kriteria pemilihan fenomena AA2016 boleh didapati di Appendix 2.
Hakcipta/Copyright
Maklumat-maklumat di dalam Astronomi Almanak 2016 ini boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja, menerusi medium elektronik (samada laman web, media sosial atau aplikasi mesej telefon), dengan syarat
- Tiada perubahan dibuat dari maklumat asal
- Disertakan sekali pautan asal ke page ini ( http://falakonline.net/semesta/aa2016/ ) dengan menyatakannya sebagai sumber rujukan.
Anda dibenarkan mencetak AA2016 untuk kegunaan sendiri.
Anda tidak dibenarkan memindah dan mencetaknya ke dalam bentuk percetakan hard copy (seperti buku atau poster) bagi tujuan komersial atau edaran percuma kepada umum, melainkan sudah mendapat kebenaran bertulis/emel terlebih dahulu daripada penulis.
Penulis berhak menambah malumat-maklumat baru ke dalam AA2016 dari semasa ke semasa. Segala perubahan maklumat akan direkodkan di sini.
Kemaskini
v1.0
(29 Dis 2015)
- Pembetulan tarikh (tahun lompat) Istiwa Adzam
(29 Sep 2015)
- Initial public release.
ASTRONOMI ALMANAK 2016
(Revision 1.0)
Semua Fenomena Bulanan
- Januari 2016
- Februari 2016
- Mac 2016
- April 2016
- Mei 2016
- Jun 2016
- Julai 2016
- Ogos 2016
- September 2016
- Oktober 2016
- November 2016
- Disember 2016
Januari 2016
1 Jan Tengah Malam-Subuh Bulan-Musytari <3º |
1 Jan Tengah Malam Utarid dalam fasa Separuh (Dichotomy) jam 2 AM |
2 Jan Tengah Malam-Subuh Bulan-Porrima <4º |
2 Jan Siang (Tengah hari) Bulan dalam fasa Sukuan Akhir jam 1:30 PM |
2 Jan Maghrib Bulan di kedudukan Apogee jam 7:49 PM |
4 Jan Tahajud-Subuh Bulan-Marikh <3º |
4 Jan Tengah Malam-Subuh Meteor Quandrantids ZHR=40, Bulan Sukuan Akhir |
7 Jan Subuh Bulan-Zuhal <5º dan Bulan-Zuhrah pada <4º |
7 Jan Siang (Pagi) Bulan-Zuhrah paling rapat 2.8º jam 9:18 AM |
7 Jan Siang (Tengah hari) Bulan-Zuhal paling rapat 2.9º jam 1:54 PM |
10 Jan Siang (Pagi) Bulan dalam fasa Bulan Baru (Ijtimak) jam 9:30 AM |
10 Jan Maghrib Bulan-Utarid rapat pada <6º |
14 Jan 2016 Isya Utarid pada kedudukan Inferior Conjunction, 3.0° dari pusat Matahari. Jam 10 PM |
15 Jan Siang (Pagi) Bulan di kedudukan Perigee jam 9:53 AM |
17 Jan Syuruk Bulan dalam fasa Sukuan Pertama jam 7:26 AM |
19 Jan Isya’-Tahajud (esoknya) Bulan-Aldebaran <6º |
24 Jan Siang (Pagi) Bulan dalam fasa Purnama sekitar jam 9:45 AM |
28 Jan Subuh Bulan-Musytari <3º |
28 Jan Siang (Pagi) Bulan-Musytari paling rapat 1.7º jam 9:54 AM |
30 Jan Tengah Malam-Tahajud Bulan-Porrima <4º |
30 Jan Siang (Petang) Bulan di kedudukan Apogee sekitar jam 5:04 PM |
Februari 2016
1 Feb Siang (Pagi) Bulan dalam fasa Sukuan Akhir sekitar jam 11:27 AM |
1 Feb Isya’ Utarid dalam fasa Separuh (Dichotomy). Jam 8 PM |
2 Feb Tahajud-Subuh Bulan-Marikh <7º |
4 Feb Tahajud-Subuh Bulan-Zuhal <5º |
6 Feb Syuruk Bulan-Zuhrah 5º sekitar jam 7:30 AM |
6 Feb Siang (Tengah hari) Bulan-Zuhrah posisi paling rapat 4.2º pada jam 2:18 PM |
7 Feb Subuh Bulan-Utarid <6º |
7 Feb Siang (Pagi) Utarid pada kedudukan terjauh dari matahari, Elongasi barat paling maksimum pada jarak 25º sekitar jam 9:23 AM |
7 Feb Isya’ Utarid pada kedudukan Greatest Elongation (25.6° Barat, langit Subuh, kecerahan: -0.1 mag). Jam 9 AM |
8 Feb Isya’-Tengah Malam Bulan dalam fasa Bulan Baru (Ijtimak) sekitar jam 10:38 PM |
11 Feb Siang (Pagi) Bulan di kedudukan Perigee sekitar jam 10:37 AM |
15 Feb Siang (Petang) Bulan dalam fasa Sukuan Pertama sekitar jam 3:46 PM |
23 Feb Tahajud Bulan dalam fasa Purnama jam 2:20 AM |
24 Feb Tengah malam-Subuh Bulan-Musytari <5º |
26 Feb Tengah malam-Subuh Bulan-Porrima <2º jam 2:48 AM |
27 Feb Siang (Pagi) Bulan di kedudukan Apogee jam 11:14 AM |
28 Feb Siang (Tengah hari) Neptune pada kedudukan Superior Conjunction jam 11:46 AM |
Mac 2016
1 Mac Tahajud-Subuh Bulan-Marikh <4º |
2 Mac Syuruk Bulan dalam fasa Sukuan Akhir sekitar jam 7:11 AM |
2 Mac Tahajud-Subuh Bulan-Zuhal <6º |
7 Mac Subuh Bulan-Zuhrah <6º |
8 Mac Siang (Petang) Musytari di posisi bersetentang (opposition) pada jam 6:41 PM |
9 Mac Siang (Pagi) Gerhana Matahari Penuh Indonesia (Gerhana Matahari Separa di Malaysia) bermula sebaik sahaja selepas terbit matahari. |
9 Mac Siang (Pagi) Bulan dalam fasa Bulan Baru (Ijtimak) jam 9:55 AM |
10 Mac Siang (Petang) Bulan di kedudukan Perigee jam 2:59 PM |
14 Mac Maghrib-Tengah Malam Bulan-Aldebaran <1º dan dan Bulan berada di dalam kawasan gugusan bintang Hyades |
16 Mac Tengah Malam Bulan dalam fasa Sukuan Pertama jam 1:03 AM |
20 Mac Siang (Tengah hari) Ekuinoks bulan Mac pada jam 12:30 PM |
22 Mac Maghrib-Subuh Bulan-Musytari <7º |
23 Mac Isya’ Gerhana Bulan Penumbra – tamat pada 9:54pm |
23 Mac Maghrib-Isya Bulan dalam fasa Purnama jam 8:01 PM |
24 Mac Tengah Malam-Subuh Bulan-Porrima <5º |
24 Mar Tahajud Utarid pada kedudukan Superior Conjunction, 1.3° dari pusat Matahari. Jam 4 AM |
24 Mac Siang (Pagi) Utarid di kedudukan Superior Conjunction jam 7:58 AM |
25 Mac Siang (Petang) Zuhal dalam kedudukan pegun. Permulaan pergerakan Retrograde. 6 PM |
25 Mac Isya’-Tengah Malam Bulan di kedudukan Apogee jam 10:19 PM |
30 Mac Tengah Malam-Subuh Bulan-Zuhal <5º |
31 Mac Tengah Malam Bulan dalam fasa Sukuan Akhir jam 11:17 PM |
April 2016
6 Apr Subuh Bulan-Zuhrah <5º |
6 Apr Siang (Petang) Bulan-Zuhrah <1º sekitar jam 5:48 PM |
7 Apr Maghrib Bulan dalam fasa Bulan Baru (Ijtimak) jam 7:24 PM |
8 Apr Tengah Malam Bulan di kedudukan Perigee jam 1:28 AM |
8 Apr Maghrib-Isya Bulan-Utarid <5º |
10 Apr Subuh Uranus Superior Conjunction jam 5:27 AM |
10 Apr Maghrib-Isya’ Bulan-Aldebaran <5º |
14 Apr Siang (Tengah hari) Bulan dalam fasa Sukuan Pertama jam 11:59 AM |
15 Apr Siang(Petang) Utarid dalam fasa Separuh (Dichotomy). Jam 4 PM |
17 Apr 2016 Isya’ Marikh dalam kedudukan pegun. Permulaan pergerakan Retrograde. 8 PM |
18 Apr Maghrib-Tahajud Bulan-Musytari <7º |
18 Apr Isya’ Utarid pada kedudukan Greatest Elongation (19.9° Timur, langit Maghrib, kecerahan: 0.1 mag). Jam 10 PM |
20 Apr Maghrib-Tengah Malam Bulan-Porrima <4º |
22 Apr Tengah Malam Bulan di kedudukan Apogee jam 12:09 AM |
22 Apr Siang (Tengah hari) Bulan Penuh hampir dengan Apogee (mini full moon) jam 1:24 PM |
23 Apr Tengah Malam-Subuh Lyrids Meteor, ZHR=20, Bulan Purnama – Kurang sesuai untuk dicerap sekitar jam 4:00 AM |
25 Apr Tengah Malam-Subuh Bulan-Marikh <6º |
30 Apr Siang (Tengah hari) Bulan dalam fasa Sukuan Akhir jam 11:29 AM |
Mei 2016
6 Mei Subuh Bulan-Zuhrah <4º |
6 Mei Siang (Tengah hari) Bulan di kedudukan Perigee jam 12:08 PM |
6 Mei Siang (Petang) Bulan-Zuhrah paling hampir 2.4º |
7 Mei Tahajud Bulan dalam fasa Bulan Baru (Ijtimak) jam 3:30 AM |
7 Mei Tengah Malam-Subuh Eta Aquarids, ZHR=60, Sesuai untuk dicerap sekitar jam 4:00 AM |
8 Mei Maghrib Bulan-Aldebaran <2º |
9 Mei Tengah Malam Utarid pada kedudukan Inferior Conjunction: only 5.4′ dari pusat Matahari. Jam 11 PM |
9 Mei Syuruk Utarid Transit – Tidak kelihatan dari Malaysia |
14 Mei Tengah Malam Bulan dalam fasa Sukuan Pertama jam 1:02 AM |
15 Mei Siang (Petang) Bulan-Musytari <2º |
15 Mei Maghrib-Tahajud Bulan-Musytari <4º |
17 Mei Isya’-Tahajud Bulan-Porrima <2º |
19 Mei Subuh Bulan di kedudukan Apogee jam 5:45 AM |
22 Mei Tahajud Bulan dalam fasa Purnama jam 5:14 AM |
22 Mei Tahajud-Subuh Bulan-Marikh <6º |
22 Mei Siang (Petang) Marikh pada kedudukan opposisi/bersetentang jam 6:14 PM |
23 Mei Tengah Malam-Subuh Bulan-Zuhal <4º |
27 Mei |
29 Mei Maghrib-Isya Bulan dalam fasa Sukuan Akhir jam 8:12 PM |
31 Mei Subuh Marikh paling hampir dengan Bumi (0.503 AU, kecerahan: -2.0 mag, diameter: 18.60″). Jam 5.30 AM |
Jun 2016
3 Jun Subuh Bulan-Utarid <6º |
3 Jun Siang (Petang) Zuhal di kedudukan opposisi/bersetentang. Jam 2:24 PM |
3 Jun Siang (Petang) Bulan di kedudukan Perigee jam 6:55 PM |
5 Jun Siang (Pagi) Bulan dalam fasa Bulan Baru (Ijtimak) jam 11:00 AM |
5 Jun Siang(Petang) Utarid pada kedudukan Greatest Elongation (24.2° Barat, langit Subuh, kecerahan: 0.4 mag). Jam 4 PM |
7 Jun Subuh Zuhrah di kedudukan Superior Conjunction jam 5:54 AM. Hanya 0.7′ (kurang 1º) dari pusat matahari. |
11 Jun Siang(Petang) Utarid dalam fasa Separuh (Dichotomy). Jam 6 PM |
11 Jun Maghrib-Tengah Malam Bulan-Musytari <3º |
12 Jun Siang (Petang) Bulan dalam fasa Sukuan Pertama jam 4:10 PM |
14 Jun Tengah Malam-Tahajud Bulan-Porrima <3º |
15 Jun Maghrib-Isya Bulan di kedudukan Apogee jam 7:59 PM |
18 Jun Isya’-Subuh Bulan-Zuhal <6º |
20 Jun Maghrib Bulan dalam fasa Purnama jam 7:02 PM |
21 Jun Subuh Soltis – Musim Sejuk (Utara) dan Musim Panas (Selatan) jam 6:34 AM |
28 Jun Tahajud Bulan dalam fasa Sukuan Akhir jam 2:19 AM |
30 Jun Subuh Marikh dalam kedudukan pegun. Permulaan pergerakan Prograde. 7:30 AM |
Julai 2016
1 Jul Siang (Petang) Bulan di kedudukan Perigee jam 2:42 PM |
2 Jul Subuh Bulan-Aldebaran <3º dan Bulan berada di dalam kawasan gugusan bintang Hyades |
2 Jul Siang(Tengah Hari) Utarid pada kedudukan Superior Conjunction, 1.4° dari pusat Matahari. Jam 11 AM |
4 Jul Maghrib Bulan dalam fasa Bulan Baru (Ijtimak) jam 7:01 PM |
5 Jul Siang (Pagi) Bulan-Zuhrah paling rapat 4.9º jam 9:50 AM |
5 Jul Maghrib Bulan-Zuhrah <7º |
8 Jul Subuh Pluto di posisi bersetentang jam 6:13 AM |
9 Jul Siang (Petang) Bulan-Musytari paling rapat 0.8º jam 5:18 PM |
9 Jul Maghrib Bulan-Musytari <1º |
11 Jul Maghrib-Tengah Malam Bulan-Porrima <5º |
12 Jul Siang (Pagi) Bulan dalam fasa Sukuan Pertama jam 8:52 AM |
13 Jul Siang (Tengah hari) Bulan di kedudukan Apogee jam 1:32 PM |
14 Jul Maghrib-Tahajud (esoknya) Bulan-Marikh <8º |
15 Jul Maghrib-Tahajud (esoknya) Bulan-Zuhal <8º |
15 Jul |
20 Jul Syuruk Bulan dalam fasa Purnama jam 6:57 AM |
27 Jul Syuruk Bulan dalam fasa Sukuan Akhir jam 7:00 AM |
27 Jul Maghrib Bulan di kedudukan Perigee jam 7:38 PM |
29 Jul Tengah Malam-Subuh Meteor Delta Aquarids, ZHR=20, Sukuan Akhir Bulan – Partial sekitar jam 4:00 AM |
30 Jul Tahajud-Subuh Bulan-Aldebaran <8º |
Ogos 2016
3 Ogos Tahajud Bulan dalam fasa Bulan Baru (Ijtimak) jam 4:45 AM |
4 Ogos Maghrib Bulan-Zuhrah <4º dan Bulan-Utarid <6º |
6 Ogos Siang (Pagi) Bulan-Musytari Immersion (9:09 AM) dan Emersion (10:07 AM). Amat rendah |
7 Ogos Maghrib-Tengah Malam Bulan-Porrima <2º |
10 Ogos Siang (Pagi) Bulan di kedudukan Apogee jam 8:03 AM |
11 Ogos Tahajud Bulan dalam fasa Sukuan Pertama jam 2:21 AM |
11 Ogos Maghrib-Tengah Malam Bulan-Marikh <10º dan Bulan-Zuhal <12º |
13 Ogos Tengah Malam-Subuh Perseids Meteor, ZHR=60, Tiada gangguan Bulan – Sesuai untuk dicerap sekitar jam 4:00 AM |
13 Ogos Siang (Petang) Zuhal dalam kedudukan pegun. Permulaan pergerakan Prograde. 6 PM |
17 Ogos Subuh Utarid pada kedudukan Greatest Elongation (27.4° Timur, langit Maghrib, kecerahan: 0.2 mag). Jam 5 AM |
17 Ogos Siang (Petang) Utarid dalam fasa Separuh (Dichotomy). Jam 6 PM |
18 Ogos Siang (Petang) Bulan dalam fasa Purnama jam 5:27 PM |
22 Ogos Siang (Pagi) Bulan di kedudukan Perigee jam 9:19 AM |
25 Ogos Siang (Tengah hari) Bulan dalam fasa Sukuan Akhir jam 11:41 AM |
26 Ogos Tengah Malam-Subuh Bulan-Aldebaran <4º |
27 Ogos Maghrib-Isya Zuhrah-Musytari <1º |
28 Ogos Maghrib-Isya Zuhrah-Musytari <1º |
September 2016
1 Sep Siang (Petang) Gerhana Matahari Separa. Tidak kelihatan di Malaysia |
1 Sep Siang (Petang) Bulan dalam fasa Bulan Baru (Ijtimak) jam 5:03 PM |
2 Sep Maghrib-Isya Bulan-Utarid <8º, Bulan-Musytari <7º dan Bulan-Zuhrah <12º |
3 Sep Tengah Malam Neptune di posisi bersetentang jam 12:21 AM |
3 Sep Siang (Pagi) Utarid pada kedudukan Inferior Conjunction, 3.4° dari pusat Matahari. Jam 7 AM |
3 Sep Maghrib-Isya Bulan-Zuhrah <2º, Bulan-Musytari <6º dan Bulan-Utarid <9º |
3 Sep Isya’ Bulan-Porrima <6º |
7 Sep Tahajud Bulan di kedudukan Apogee jam 2:46 AM |
9 Sep Maghrib-Tengah Malam Bulan-Zuhal <9º dan Bulan-Marikh <8º |
9 Sep Maghrib-Isya Bulan dalam fasa Sukuan Pertama jam 7:49 PM |
17 Sep Tahajud Bulan dalam fasa Purnama sekitar jam 3:05 AM |
19 Sep Tengah Malam Bulan di kedudukan Perigee jam 1:07 AM |
22 Sep Tengah Malam-Subuh Bulan-Aldebaran <2º dan Bulan berada di dalam kawasan gugusan bintang Hyades |
22 Sep Isya’-Tengah Malam September Equinox jam 10:21 PM |
23 Sep Siang (Petang) Bulan dalam fasa Sukuan Akhir jam 5:56 PM |
29 Sep Tengah Malam Utarid dalam fasa Separuh (Dichotomy). Jam 1 AM |
29 Sep Tahajud Utarid pada kedudukan Greatest Elongation (17.9° Barat, langit Subuh, kecerahan: -0.5 mag). Jam 3 AM |
29 Sep Subuh Bulan-Utarid <5º |
Oktober 2016
1 Okt Siang (Pagi) Bulan dalam fasa Bulan Baru (Ijtimak) jam 8:11 AM |
3 Okt Maghrib-Isya’ Bulan-Zuhrah <7º |
4 Okt Maghrib Bulan di kedudukan Apogee jam 7:15 PM |
9 Okt Siang (Tengah hari) Bulan dalam fasa Sukuan Pertama jam 12:33 PM |
15 Okt Siang (Petang) Uranus di posisi bersetentang jam 6:27 PM |
16 Okt Siang (Tengah hari) Bulan Penuh hampir dengan Perigee jam 12:23 PM |
17 Okt Siang (Pagi) Bulan di kedudukan Perigee jam 7:47 AM |
19 Okt Tahajud-Subuh Bulan-Aldebaran <8º |
21 Okt Isya’-Tengah Malam Ceres di posisi bersetentang jam 9:19 PM |
22 Okt Tengah Malam-Subuh Orionids Meteor, ZHR=20, Sukuan Akhir Bulan – Partial sekitar jam 4:00 AM |
23 Okt Tahajud Bulan dalam fasa Sukuan Akhir jam 3:14 AM |
25 Okt Tahajud-Subuh Bulan-Regulus <4º |
28 Okt Tengah Malam Utarid pada kedudukan Superior Conjunction: only 30.8′ dari pusat Matahari. Jam 12 AM |
28 Okt Subuh Bulan-Musytari <6º dan Bulan-Porrima <6º |
29 Okt Subuh Bulan-Musytari <7º dan Bulan-Porrima <7º |
31 Okt Tengah Malam Bulan dalam fasa Bulan Baru (Ijtimak) jam 1:38 AM |
November 2016
1 Nov Tahajud Bulan di kedudukan Apogee jam 3:36 AM |
2 Nov Maghrib-Isya’ Bulan-Zuhal <6º |
3 Nov Maghrib-Isya’ Bulan-Zuhal <8º dan Bulan-Zuhrah <7º |
8 Nov Tahajud Bulan dalam fasa Sukuan Pertama jam 3:51 AM |
14 Nov Maghrib Bulan di kedudukan Perigee jam 7:30 PM |
14 Nov Isya’-Tengah Malam Bulan Penuh Perigee jam 9:52 PM |
15 Nov Maghrib-Tengah Malam Bulan-Aldebaran <1º dan Bulan berada di dalam kawasan gugusan bintang Hyades |
18 Nov Tengah Malam-Subuh Leonids Meteor, ZHR=15, Bulan selepas purnama – Partial sekitar jam 4:00 AM |
21 Nov Siang (Petang) Bulan dalam fasa Sukuan Akhir jam 4:33 PM |
22 Nov Tengah Malam-Subuh Bulan-Regulus <7º |
25 Nov Subuh Bulan-Musytari <3º dan Bulan-Porrima <3º |
25 Nov Siang (Tengah hari) Bulan-Musytari paling rapat 1.6º jam 12:36 PM |
28 Nov Tahajud Bulan di kedudukan Apogee jam 4:17 AM |
29 Nov Maghrib-Isya Bulan dalam fasa Bulan Baru (Ijtimak) jam 8:18 PM |
30 Nov Maghrib Bulan-Zuhal <4º sekitar jam 7:00 PM |
Disember 2016
1 Dis Siang(Tengah hari) Utarid Greatest Elongation (20.8° Timur, langit Maghrib, kecerahan: -0.5 mag) Jam 12 PM |
7 Dis Siang (Petang) Bulan dalam fasa Sukuan Pertama jam 5:03 PM |
13 Dis Siang(Pagi) Bulan di kedudukan Perigee jam 7:27 AM |
13 Dis Maghrib-Tengah Malam Bulan-Aldebaran <7º |
14 Dis Tengah Malam-Subuh Geminids Meteor, ZHR=120, Near Full Bulan – Kurang sesuai untuk dicerap sekitar jam 4:00 AM |
14 Dis Siang (Pagi) Bulan dalam fasa Purnama jam 8:06 AM |
15 Dis Tengah Malam Utarid dalam fasa Separuh (Dichotomy). Jam 12 AM |
19 Dis Tengah Malam-Subuh Bulan-Regulus <2º |
21 Dis Siang (Pagi) Bulan dalam fasa Sukuan Akhir jam 9:56 AM |
21 Dis Siang (Petang) Soltis – Musim Sejuk (Utara) dan Musim Panas (Selatan) jam 6:44 PM |
22 Dis Subuh Penghijaban Bulan-Porrima Immersion (5:48 AM KL) dan Emersion (7:16 AM KL) |
23 Dis Tahajud-Subuh Bulan-Musytari <4º |
25 Dis Siang (Petang) Bulan di kedudukan Apogee jam 2:02 PM |
28 Dis Subuh Bulan-Zuhal <4º |
29 Dis Tahajud Utarid pada kedudukan Inferior Conjunction, 2.4° dari pusat Matahari. Jam 2 AM |
29 Dis Siang (Petang) Bulan dalam fasa Bulan Baru (Ijtimak) jam 2:53 PM |
Fasa-fasa Bulan 2016
Semua maklumat dalam tarikh dan waktu Malaysia
2-Jan 1:30 PM | Bulan Separa Sukuan Akhir |
10-Jan 9:30 AM | Bulan baru (Ijtimak) |
17-Jan 7:26 AM | Bulan Separa Sukuan Pertama |
24-Jan 9:45 AM | Bulan Purnama |
1-Feb 11:27 AM | Bulan Separa Sukuan Akhir |
8-Feb 10:38 PM | Bulan baru (Ijtimak) |
15-Feb 3:46 PM | Bulan Separa Sukuan Pertama |
23-Feb 2:20 AM | Bulan Purnama |
2-Mac 7:11 AM | Bulan Separa Sukuan Akhir |
9-Mac 9:55 AM | Bulan baru (Ijtimak) |
16-Mac 1:03 AM | Bulan Separa Sukuan Pertama |
23-Mac 8:01 PM | Bulan Purnama |
31-Mac 11:17 PM | Bulan Separa Sukuan Akhir |
7-Apr 7:24 PM | Bulan baru (Ijtimak) |
14-Apr 11:59 AM | Bulan Separa Sukuan Pertama |
22-Apr 1:24 PM | Bulan Purnama |
30-Apr 11:29 AM | Bulan Separa Sukuan Akhir |
7-Mei 3:30 AM | Bulan baru (Ijtimak) |
14-Mei 1:02 AM | Bulan Separa Sukuan Pertama |
22-Mei 5:14 AM | Bulan Purnama |
29-Mei 8:12 PM | Bulan Separa Sukuan Akhir |
5-Jun 11:00 AM | Bulan baru (Ijtimak) |
12-Jun 4:10 PM | Bulan Separa Sukuan Pertama |
20-Jun 7:02 PM | Bulan Purnama |
28-Jun 2:19 AM | Bulan Separa Sukuan Akhir |
4-Jul 7:01 PM | Bulan baru (Ijtimak) |
12-Jul 8:52 AM | Bulan Separa Sukuan Pertama |
20-Jul 6:57 AM | Bulan Purnama |
27-Jul 7:00 AM | Bulan Separa Sukuan Akhir |
3-Ogos 4:45 AM | Bulan baru (Ijtimak) |
11-Ogos 2:21 AM | Bulan Separa Sukuan Pertama |
18-Ogos 5:27 PM | Bulan Purnama |
25-Ogos 11:41 AM | Bulan Separa Sukuan Akhir |
1-Sep 5:03 PM | Bulan baru (Ijtimak) |
9-Sep 7:49 PM | Bulan Separa Sukuan Pertama |
17-Sep 3:05 AM | Bulan Purnama |
23-Sep 5:56 PM | Bulan Separa Sukuan Akhir |
1-Okt 8:11 AM | Bulan baru (Ijtimak) |
9-Okt 12:33 PM | Bulan Separa Sukuan Pertama |
16-Okt 12:23 PM | Bulan Purnama |
23-Okt 3:14 AM | Bulan Separa Sukuan Akhir |
31-Okt 1:38 AM | Bulan baru (Ijtimak) |
8-Nov 3:51 AM | Bulan Separa Sukuan Pertama |
14-Nov 9:52 PM | Bulan Purnama |
21-Nov 4:33 PM | Bulan Separa Sukuan Akhir |
29-Nov 8:18 PM | Bulan baru (Ijtimak) |
7-Dis 5:03 PM | Bulan Separa Sukuan Pertama |
14-Dis 8:06 AM | Bulan Purnama |
21-Dis 9:56 AM | Bulan Separa Sukuan Akhir |
29-Dis 2:53 PM | Bulan baru (Ijtimak) |
Bulan di Perigee dan Apogee
- Perigee – Bulan berada pada jarak paling hampir dengan Bumi
- Apogee – Bulan berada pada jarak paling jauh dengan Bumi
2-Jan 7:49 PM | Apogee |
15-Jan 9:53 AM | Perigee |
30-Jan 5:04 PM | Apogee |
11-Feb 10:37 AM | Perigee |
27-Feb 11:14 AM | Apogee |
10-Mac 2:59 PM | Perigee |
25-Mac 10:19 PM | Apogee |
8-Apr 1:28 AM | Perigee |
22-Apr 12:09 AM | Apogee |
6-Mei 12:08 PM | Perigee |
19-Mei 5:45 AM | Apogee |
3-Jun 6:55 PM | Perigee |
15-Jun 7:59 PM | Apogee |
1-Jul 2:42 PM | Perigee |
13-Jul 1:32 PM | Apogee |
27-Jul 7:38 PM | Perigee |
10-Ogos 8:03 AM | Apogee |
22-Ogos 9:19 AM | Perigee |
7-Sep 2:46 AM | Apogee |
19-Sep 1:07 AM | Perigee |
4-Okt 7:15 PM | Apogee |
17-Okt 7:47 AM | Perigee |
1-Nov 3:36 AM | Apogee |
14-Nov 7:30 PM | Perigee |
28-Nov 4:17 AM | Apogee |
13-Dis 7:27 AM | Perigee |
25-Dis 2:02 PM | Apogee |
Juraian Meteor 2016
Waktu mencerap meteor-meteor sebaiknya selepas tengah malam hingga ke Subuh pada tarikh-tarikh yang tertera di bawah.
4 Jan Meteor Quandrantids | ZHR=40 meteor sejam, Waktu terbaik cerapan antara tengah malam ke sekitar jam 2 pagi. Selepas itu cahaya Bulan yang berada dalam fasa Sukuan Akhir akan mula mengganggu sedikit kemunculan meteor ini. 50-50 |
23 Apr Meteor Lyrids | ZHR=20 meteor sejam. Tahun ini tidak sesuai kerana kehadiran Bulan Penuh yang akan mengganggu cahaya meteor-meteor ini. |
7 Mei Meteor Eta Aquarids![]() |
ZHR=60 meteor sejam, Tahun ini prospek amat bagus kerana ketiadaan Bulan di langit. Mulakan cerapan selepas tengah malam hingga ke Subuh. |
29 Jul Meteor Delta Aquarids | ZHR=20 meteor sejam, Waktu terbaik cerapan antara tengah malam ke sekitar jam 3 pagi. Selepas itu cahaya Bulan yang berada dalam fasa Sukuan Akhir akan mula mengganggu sedikit kemunculan meteor ini. 50-50 |
13 Ogos Meteor Perseids![]() |
ZHR=60 meteor sejam, Tahun yang baik untuk meteor ini! Mulakan cerapan selepas tengah malam hingga ke Subuh. |
22 Okt Meteor Orionids | ZHR=20 meteor sejam, Tahun ini kurang sesuai kerana kehadiran Bulan Sukuan Akhir yang akan terbit selepas tengah malam. |
18 Nov Meteor Leonids | ZHR=15 meteor sejam, Tahun ini kurang sesuai kerana kehadiran Bulan yang akan terbit selepas tengah malam. |
14 Dis Meteor Geminids | ZHR=120 meteor sejam. Tahun ini tidak sesuai kerana kehadiran Bulan hampir Penuh yang akan mengganggu cahaya meteor-meteor ini. |
Ekuinoks dan Solstis
20 Mac – Ekuinoks bulan Mac pada jam 12:30 PM |
21 Jun – Solstis Musim Panas (Utara) dan Musim Sejuk (Selatan) pada jam 6:34 AM |
22 Sep – September Equinox pada jam 10:21 PM |
21 Dis – Solstis Musim Sejuk (Utara) dan Musim Panas (Selatan) pada jam 6:44 PM |
Istiwa Adzam
Tahun 2016 ialah tahun lompat, maka tarikh-tarikh berlakunya Istiwa Adzam ialah seperti berikut:
RALAT: Saya telah melakukan kesilapan dalam tarikh Istiwa Adzam untuk tahun lompat. Tarikh sebenar adalah seperti di bawah dengan bersumberkan sini. Segala kesulitan yang disebabkan kesilapan ini amat dikesali dan saya mohon jutaan ampun dan maaf.
27 Mei |
15 Jul |
Penghijaban (Occultation)
Immersion bermaksud saat permulaan ketika bintang atau planet tersebut dilindungi Bulan.
Emersion bermaksud saat akhir ketika Bulan bergerak dan bintang atau planet tersebut kembali kelihatan.
Nota: Kiraan ini adalah dari lokasi Bandar Sri Damansara. Ada perbezaan sedikit untuk lokasi-lokasi lain di Malaysia. Sila gunakan utiliti CalSky untuk kiraan tepat lokasi anda.
16 Feb Siang (Tengah hari) Bulan-Aldebaran – Immersion – (Fenomena waktu siang) sekitar jam 1:57 PM |
16 Feb Siang (Petang) Bulan-Aldebaran – Emersion – (Fenomena waktu siang) sekitar jam 2:37 PM |
6 Ogos Siang (Pagi) Bulan-Musytari Immersion – Fenomena waktu siang sekitar jam 9:09 AM |
6 Ogos Siang (Pagi) Bulan-Musytari Emersion – Fenomena waktu siang sekitar jam 10:07 AM |
22 Dis Subuh Bulan-Porrima Immersion sekitar jam 5:48 AM |
22 Dis Syuruk Bulan-Porrima Emersion – Fenomena waktu siang sekitar jam 7:16 AM |
Opposisi/Bersetentang Planet Utama dan Planet Kerdil
8 Mac Musytari di posisi bersetentang sekitar jam 6:41 PM |
22 Mei Marikh di posisi bersetentang sekitar jam 6:14 PM |
3 Jun Zuhal di posisi bersetentang sekitar jam 2:24 PM |
8 Jul Pluto di posisi bersetentang sekitar jam 6:13 AM |
3 Sep Neptune di posisi bersetentang sekitar jam 12:21 AM |
15 Okt Uranus di posisi bersetentang sekitar jam 6:27 PM |
21 Okt Ceres di posisi bersetentang sekitar jam 9:19 PM |
Appendix 1
Metod kiraan
Kiraan asas AA2016 dibuat menggunakan CalSky, Occult 4.1.1 dan International Meteor Organization. Selepas itu ia dimasukkan ke dalam pangkalan data excel satu per satu di mana setiap fenomena akan dibahagikan mengikut jenis fenomena. Waktu-waktu kejadian telah ditukar ke waktu Malaysia. Julat waktu pencerapan mengikut waktu solat (seperti ‘selepas maghrib’, antara maghrib-isya) dititik-beratkan bagi memudahkan pemahaman masyarakat umum.
Langkah seterusnya termasuk pemeriksaan data peringkat kedua, sekali lagi secara manual menggunakan perisian Sky Safari Pro, untuk memastikan kesesuaian dan kebolehnampakkan dari langit Malaysia.
Sedikit nota mengenai waktu kejadian. Kiraan yang dibuat di sini ialah menggunakan kordinat Kuala Lumpur. Jika anda berada di Sabah khususnya, akan mempunyai perbezaan waktu 1 jam. Di sini akan berlaku sedikit perbezaan dari segi ketinggian dan posisi sesetengah fenomena. Namun tidak perlu risau kerana perbezaannya sedikit dan tidak ketara sangat.
Disebabkan terlampau banyak fenomena langit yang boleh disenaraikan, maka adalah hampir mustahil untuk mengumpulkannya dalam satu diari yang padat dan ringkas. Maka, saya telah membuat tapisan dan hanya memilih fenomena langit yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu dan boleh dikatakan menarik perhatian umum.
Kerja-kerja pengumpulan data untuk AA2016 ini mengambil masa lebih 3 bulan, dan Alhamdulillah hari ini ia siap sedia untuk dikongsi bersama.
Appendix 2
Pemilihan fenomena
Fenomena-fenomena berikut diberi tumpuan dalam AA2016
Fasa-fasa utama Bulan
Ia melibatkan 4 fasa utama iaitu Bulan Baru (ketika ia ijtimak), Bulan Sukuan Pertama, Bulan Penuh dan Bulan Sukuan Akhir. Tarikh dan waktu yang tertera adalah saat ketika bulan betul=betul berada dalam fasa tersebut. Ia mungkin berlaku ketika Bulan kelihatan di langit, dan ia juga mungkin berlaku waktu siang, dan mungkin juga berlaku ketika Bulan tidak kelihatan di langit.
Waktu dan tarikh telah disesuaikan dengan waktu Malaysia.
Apogee dan Perigee Bulan
Dalam setiap satu pusingan lengkap mengelilingi Bumi, Bulan akan berada pada titik paling dekat dengan bumi (Perigee) dan paling jauh dari Bumi (Apogee).
Ia boleh berlaku dalam mana-mana fasa bulan (tidak semestinya ketika bulan penuh).
Cuma di sini, ada beberapa tarikh yang menarik seperti Bulan Penuh ketika Perigee dan juga Bulan Penuh ketika Apogee.
Tarikh dan waktunya adalah ketika saat ia berada pada poin kedudukan Apogee dan Perigee. Ia mungkin berlaku ketika Bulan kelihatan di langit, dan ia juga mungkin berlaku waktu siang, dan mungkin juga berlaku ketika Bulan tidak kelihatan di langit.
Waktu dan tarikh telah disesuaikan dengan waktu Malaysia.
Himpunan Planetari (Planetary Conjunction)
Himpunan Planetari bermaksud 2 atau lebih buah objek langit yang berada rapat antara satu sama lain membentuk susunan yang cantik di langit.
Kriteria pemilihan AA2016 ini ialah, objek-objek langit ini mesti berada dalam lingkungan 10º ke bawah. Sebagai perbandingan, ruang 10º ini lebih kurang sama dengan besar saiz tapak tangan apabila dilunjurkan lengan secara lurus.
Bagi kriteria pemilihan waktu fenomena ini pun agak rumit untuk disusun. Ini adalah kerana objek-objek samawi ini akan berubah kedudukannya dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, jika pada waktu maghrib, kita dapat Bulan dan Zuhal dipisahkan sejauh 5º, tetapi menjelang tengah malam ia akan berubah, samada semakin berjauhan (lebih dari 5º) atau pun semakin rapat (bergantung kepada kiraan laluannya di langit).
Maka di sini, saya hanya memaparkan nilai anggaran kasar sahaja. Untuk mendapatkan nilai yang tepat, gunalah perisian-perisian astronomi yang sedia ada seperti Stellarium dan Sky Safari Pro.
Gerhana
Sepanjang tahun 2016, akan berlaku sekali gerhana matahari separa dan sekali lagi gerhana bulan penumbra. Kedua-duanya boleh dilihat dari Malaysia.
Meteor
Juraian meteor yang utama dan popular sahaja yang dipilih. Secara amnya, AA2016 akan menyenaraikan meteor-meteor yang mempunyai kadar kenampakan (Zenithal Hourly Rate) lebih daripada 10 meteor dalam sejam, atau ZHR>10
Setiap cerapan meteor hendaklah dibuat bermula dari tengah malam hingga ke Subuh, pada tarikh-tarikh yang disenaraikan.
Opposisi atau Bersetentang
Opposisi ialah fenomena ketika sesebuah planet/planet kerdil/asteroid berada pada kedudukan berlawanan arah (180º) daripada matahari. Ini bermakna objek ini akan terbit di timur sebaik sahaja matahari terbenam di barat, dan ia akan kelihatan sepanjang malam hingga ke Subuh.
Fenomena-fenomena lain
Ekuinoks dan Solstis – Kedudukan matahari di atas garisan khatulistiwa, garisan jadi dan garisan sartan.
Istiwa Azam – Kedudukan matahari di atas Kaabah. Perhatikan tahun 2016 ialah tahun lompat, maka tarikh-tarikh istiwa kali ini ditambah satu hari berbanding tahun-tahun biasa.
Penghijaban (Occultation) – fenomena di mana planet atau bintang akan terlindung oleh Bulan.
Cara memahami AA2016
Contoh:
1 Jan Tengah Malam-Subuh Bulan-Musytari <3º
Bermaksud, bermula dari tengah malam hingga ke Subuh pada tarikh 1 Jan 2016, Bulan dan Musytari akan berada hampir antara satu sama lain pada jarak kurang dari 3º.
Nota: Jarak 3º ini akan berubah dari tengah malam hingga ke Subuh. Ia hanya anggaran kasar sahaja.
Penghargaan
Terima kasih tak terhingga juga diucapkan kepada 2 orang pelajar pelatih industri dari UTM, Skudai, Cik Hidayah dan Cik Shee Chin yang telah membantu saya dalam mengumpul dan menyusun atur maklumat pada tahun 2014 lepas. Sumbangan anda sentiasa dikenang.