Almanak Astronomi 2017

Terkini! Almanak Astronomi 2017 versi Google Calendar sudah boleh digunakan. Klik PAUTAN di bawah untuk import.

Boleh rujuk sini untuk dapatkan cara  memasukkan kalendar Falak Online Almanak Astronomi 2017 ini ke dalam aplikasi mobil kalendar anda.

AA2017 Google calendar

 



Almanak Astronomi 2017 atau AA2017 ialah sebuah diari fenomena samawi (celestial phenomena) lengkap menyenaraikan fenomena-fenomena langit utama yang menarik untuk dicerap, sepanjang tahun 2017. Ia telah disusun atur sesuai dengan langit di Malaysia (dan Asia Tenggara amnya).

AA2017 mengandungi

(Senarai di atas akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut fenomena baru yang mungkin akan muncul)


Hakcipta/Copyright

 

Maklumat-maklumat di dalam Astronomi Almanak 2017 ini boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja, menerusi medium elektronik (sama ada laman web, media sosial atau aplikasi mesej telefon), dengan syarat:

Anda dibenarkan mencetak AA2017 untuk kegunaan sendiri.

Anda tidak dibenarkan memindah dan mencetaknya ke dalam bentuk percetakan hard copy(seperti buku atau poster) bagi tujuan komersial atau edaran percuma kepada umummelainkan sudah mendapat kebenaran bertulis/emel terlebih dahulu daripada penulis.

Penulis berhak menambah malumat-maklumat baru ke dalam AA2017 dari semasa ke semasa. Segala perubahan maklumat akan direkodkan di sini.

Penghasilan AA2017 agak rumit dan perlukan penelitian terperinci. Oleh itu, saya harap dapat kerjasama di dalam menjaga hak intelektual penghasilan almanak yang dijana khas untuk langit kita di Malaysia dan sekitar Asia Tenggara ini.

Kiraan asas AA2017 dibuat menggunakan CalSkyOccult 4.1.1 dan International Meteor Organization. Selain itu, saya ada juga membangunkan aplikasi khas menggunakan python untuk mengenalpasti beberapa fenomena tertentu. Waktu-waktu kejadian telah ditukar ke waktu Malaysia. Julat waktu pencerapan mengikut waktu solat (seperti ‘maghrib’, antara maghrib-isya) dititik-beratkan bagi memudahkan pemahaman masyarakat umum.

Langkah seterusnya ialah dengan melakukan pemeriksaan sekali lagi menggunakan perisian Sky Safari Pro, untuk memastikan kesahihan,  kesesuaian dan kebolehnampakkan dari langit Malaysia.

Sedikit nota mengenai waktu kejadian. Kiraan yang dibuat di sini ialah menggunakan kordinat Kuala Lumpur. Jika anda berada di Sabah khususnya, akan mempunyai perbezaan waktu 1 jam. Di sini akan berlaku sedikit perbezaan dari segi ketinggian dan posisi sesetengah fenomena. Namun tidak perlu risau kerana perbezaannya sedikit dan tidak ketara sangat.

 

Disebabkan terlampau banyak fenomena langit yang boleh disenaraikan, maka adalah hampir mustahil untuk mengumpulkannya dalam satu diari yang padat dan ringkas. Maka, saya telah membuat tapisan dan hanya memilih fenomena langit yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu dan boleh dikatakan menarik perhatian umum.

Saya doakan agar anda dapat sedikit sebanyak manfaat daripadanya. Jika ada sebarang kesilapan atau mungkin pertambahan fenomena yang menarik yang saya terlepas pandang, saya alu-alukan feedback anda.

 


Kemaskini

  • 12 Jan 2017 – Versi Google Calendar.
  • 6 Okt 2016 – Versi 1 dikeluarkan. Alhamdulillah.

Banner AA2017 boleh dimuat turun dan dikongsi bersama di laman web, media sosial dan aplikasi mobil beserta dengan pautan ke http://falakonline.net/semesta/aa2017/

aa2017-banner

Skip to toolbar