Almanak Astronomi 2020

Almanak Astronomi 2020 ini merupakan himpunan fenomena Astronomi yang menarik untuk dicerap atau diamati untuk sepanjang tahun 2020. Ia telah dikira dan disesuaikan waktu dan tarikh kejadian kepada waktu Malaysia dan sekitar Asia Tenggara. Anda tidak perlu membuat pertukaran tarikh dan waktu lagi. Semua fenomena-fenomena pilihan ini  mudah untuk dicerap dengan mata kasar dan tidak memerlukan sebarang alat. 

Versi

Ada pelbagai versi yang telah disediakan. Boleh guna yang mana dirasakan sesuai.

  1. Versi online di laman web FalakOnline ini.
  2. Versi iCAL (akan datang)
  3. Versi Google Calendar (akan datang)

Star Rating

Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, saya meletakkan rating ★ atau ★★  kepada beberapa fenomena tumpuan yang saya rasakan menarik untuk dicerap, samada di langit, mahupun menerusi live streaming di internet.

  • ★ – fenomena yang menarik dan penting untuk diberi perhatian.
  • ★  – fenomena yang sungguh menarik dan amatlah rugi jika anda tak tengok! Wajib berusaha untuk pergi tengok!

Waktu.

Kebanyakan fenomena di dalam AA2020 menggunakan waktu solat sebagai titik rujukan. Ini bertujuan memudah penggunaan bagi anda yang berada di kawasan longlitud yang berlainan daripada saya di Kuala Lumpur.

Namun, ada juga beberapa fenomena yang saya letakkan secara spesifik waktunya, sebagai contoh 2 am atau 10 pm. Waktu ini boleh digunapakai untuk SELURUH MALAYSIA.

Untuk rakan-rakan pengguna lain yang tidak begitu memahami waktu solat yang dirujukkan tadi, secara ringkasnya adalah  seperti di bawah:

  • Subuh – Ketika kita sudah dapat lihat cahaya matahari secara samar-samar buat kali pertama. Secara amnya ia berlaku 1 jam 10 minit SEBELUM matahari terbit. Dalam perisian astronomi ia dikenali sebagai Astronomical Dawn
  • Maghrib – Ketika waktu matahari terbenam.
  • Isya‘ – Ketika hilang sepenuhnya cahaya samar-samar matahari yang masih kelihatan selepas Maghrib tadi. Secara amnya ia berlaku 1 jam 10 minit SELEPAS matahari terbenam. Dalam perisian astronomi ia dikenali sebagai Astronomical Dusk.

Cara Pengiraan

Kiraan asas AA2020 dibuat menggunakan CalSkyOccult 4.3.2.0, International Meteor Organization, Timeanddate.com,  Sky Safari 6 Pro  dan Cartes du Ciel, . Fenomena yang dimasukkan di sini mengikut kesesuaian dan kebolehnampakkan dari langit Malaysia dan Asia Tenggara.

Disebabkan terlampau banyak fenomena langit yang boleh disenaraikan, maka adalah hampir mustahil untuk mengumpulkannya dalam satu diari yang padat dan ringkas. Maka, saya telah membuat tapisan dan hanya memilih fenomena langit yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu dan boleh dikatakan menarik perhatian orang awam dan peringkat umum.

Hakcipta/Copyright

Maklumat-maklumat di dalam Astronomi Almanak 2020 ini boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja, menerusi medium elektronik (sama ada laman web, media sosial atau aplikasi mesej telefon), dengan syarat:

  • Tiada perubahan dibuat dari maklumat asal
  • Disertakan sekali pautan asal ke page ini ( http://falakonline.net/aa2020 ) dengan menyatakannya sebagai sumber rujukan

Anda dibenarkan mencetak AA2020 untuk kegunaan sendiri.

Anda tidak dibenarkan memindah dan mencetaknya ke dalam bentuk percetakan hard copy(seperti buku atau poster) bagi tujuan komersial atau edaran percuma kepada umumMELAINKAN sudah mendapat kebenaran bertulis/emel terlebih dahulu daripada penulis.

Penulis berhak menambah malumat-maklumat baru ke dalam AA2020 dari semasa ke semasa mengikut keperluan semasa. Ini merupakan sebuah Living Document.

Penghasilan AA2020 agak rumit dan perlukan penelitian terperinci. Oleh itu, saya harap dapat kerjasama di dalam menjaga hak intelektual penghasilan almanak yang dijana khas untuk langit kita di Malaysia dan sekitar Asia Tenggara ini.

Saya doakan agar anda dapat sedikit sebanyak manfaat daripadanya. Jika ada sebarang kesilapan atau mungkin pertambahan fenomena yang menarik yang saya terlepas pandang, saya alu-alukan feedback anda.

#tabarakallah


Januari 2020

3   Fasa Sukuan Awal Berlaku pada jam 12:45 pm. Bulan sukuan awal paling kecil untuk tahun 2020.  Saiz 29.59’
4   Meteor Quadrantids Meteor Quadrantids akan memuncak pada jam 12:20 pm. Cahaya bulan tidak akan mengganggu kali ini. Namun disebabkan durasi kemuncaknya 4 jam sahaja, kita tidak berpeluang melihatnya dengan baik. ZHR=120 meteor sejam
7   Bulan dan Aldebaran Aldebaran berada 5 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 4 pagi
10   Bulan, Castor dan Pollux Castor dan Pollux berada 10 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Isya hingga Subuh.
11   Fasa Bulan Penuh Berlaku pada jam 3:21 am
11   Gerhana Bulan Penumbra Bulan memasuki kawasan penumbra pada jam 1:07 am. Kemuncak gerhana pada jam 3:10 am, Bulan keluar dari kawasan penumbra pada jam 5:12 am
13   Bulan dan Regulus Regulus berada 5 darjah dari Bulan. Kelihatan 2 jam selepas Isya hingga ke Subuh.
17   Fasa Sukuan Akhir Berlaku pada jam 8:58 pm. Bulan sukuan akhir paling besar untuk tahun 2020. Saiz 32.12’
17   Bulan dan Spica Spica berada 10 darjah dari Bulan. Kelihatan menjelang Subuh.
18   Marikh dan Antares Marikh dan Antares dipisah kurang dari 5 darjah sahaja. Gugusan M4 berada berhampiran.  Boleh kelihatan bermula 1 jam sebelum Subuh
21   Bulan, Marikh dan Antares Marikh berada 5 darjah dari Bulan. Antares berada 7 darjah dari Bulan. Ketiga-tiga objek sederet. Kelihatan sekitar Subuh.
23   Bulan dan Musytari Musytari berada kurang 2 darjah dari Bulan. 20 minit selepas Subuh rendah di ufuk timur.
25   Fasa Bulan Baru (Ijtimak) Berlaku pada jam 5:42 am
26   Bulan dan Utarid Utarid berada 7 darjah di bawah Bulan. 20 minit selepas Maghrib rendah di ufuk barat.
28   Bulan dan Zuhrah Zuhrah berada 4 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 2 1/2 jam selepas itu.

Februari 2020

2   Fasa Sukuan Awal Berlaku pada jam 9:41 am
3   Bulan dan Aldebaran Aldebaran berada 10 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 2 pagi
4   Bulan dan Aldebaran Aldebaran berada 5 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 2 pagi
7   Bulan, Castor dan Pollux Castor dan Pollux berada dalam linkungan 10 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga Subuh.
9   Fasa Bulan Penuh Berlaku pada jam 3:33 pm
9   Bulan dan Regulus Regulus berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga ke Subuh.
10   Elongasi maksimum Utarid Utarid berada 18 darjah 11 minit dari Matahari pada jam 9:55 pm
14   Bulan dan Spica Spica berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas tengah malam hingga ke Subuh.
16   Fasa Sukuan Akhir Berlaku pada jam 6:17 am
17   Bulan dan Antares Antares berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan sekitar 3 pagi hingga ke Subuh.
18   Bulan dan Marikh Marikh berada 8 darjah dari Bulan. Kelihatan sekitar 4 pagi hingga ke Subuh.
18   Marikh dan Nebula Lagoon dan Trifid ★★Marikh akan melintasi di antara Nebula Lagoon dan Nebula Trifid. Boleh dilihat 2 jam sebelum Subuh.
19   Bulan dan Marikh Marikh berada 5 darjah dari Bulan. Kelihatan sekitar 5 pagi hingga ke Subuh.
20   Bulan dan Musytari Musytari berada kurang 2 darjah dari Bulan. Kelihatan sekitar 5 pagi hingga ke Subuh.
21   Bulan dan Zuhal Zuhal berada 5 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Subuh rendah di ufuk timur.
23   Fasa Bulan Baru (Ijtimak) Berlaku pada jam 11:32 pm
27   Bulan dan Zuhrah Zuhrah berada 6 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 2 1/2 jam selepas itu.
28   Bulan dan Zuhrah Zuhrah berada 10 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 2 jam selepas itu.
29   Marikh dan gugusan glob M22 ★★Marikh akan melintasi kurang 1 darjah dari gugusan glob M22. Boleh dilihat 2 jam sebelum Subuh.

Mac 2020

2   Bulan dan Aldebaran Aldebaran berada 5 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga tengah malam.
3   Fasa Sukuan Awal Berlaku pada jam 3:57 am
5   Bulan, Castor dan Pollux Castor dan Pollux berada dalam linkungan 10 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 4 pagi.
8   Bulan dan Regulus Regulus berada 5 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga Subuh
10   Fasa Bulan Penuh Berlaku pada jam 1:47 am. Ini merupakan bulan penuh kedua terbesar untuk tahun 2020
10   Bulan Perigee Bulan berada di titik terdekat (perigee). Jarak 357122 km. Berlaku pada jam 2:34 pm, iaitu 12 jam selepas Fasa Bulan Penuh
11   Bulan dan Spica Spica berada 9 darjah dari Bulan. Kelihatan 1 jam selepas Isya hingga ke Subuh.
15   Bulan dan Antares Antares berada 9 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas tengah malam hingga ke Subuh.
16   Fasa Sukuan Akhir Berlaku pada jam 5:34 pm
18   Bulan, Musytari dan Marikh Musytari berada 7 darjah dari Bulan. Marikh berada 5 darjah dari Bulan. Mula kelihatan 3 jam sebelum Subuh di ufuk timur.
19   Bulan, Musytari, Zuhal dan Marikh. Musytari dan Marikh berada 6 darjah dari Bulan. Zuhal berada kurang 3 darjah dari Bulan. Mula kelihatan jam 4 pagi hingga ke Subuh.
20   Marikh dan Musytari ★★Marikh melintasi Musytari pada jarak kurang 1 darjah sahaja! Boleh dilihat 3 jam sebelum Subuh
20   Ekuinoks bulan Mac Matahari melintasi garisan Khatulistiwa pada jam 11:49 am dari selatan ke utara.
21   Bulan dan Utarid Utarid berada 10 darjah dari Bulan. Lihat selepas Subuh.
21   Marikh dan Musytari ★★Marikh melintasi Musytari pada jarak kurang 1 darjah sahaja! Boleh dilihat 3 jam sebelum Subuh
22   Bulan dan Utarid Utarid berada 5 darjah dari Bulan. Lihat 20 minit selepas Subuh.
24   Fasa Bulan Baru (Ijtimak) Berlaku pada jam 5:28 pm. Ini merupakan bulan baru paling jauh dan kecil untuk tahun 2020.
24   Bulan Apogee Bulan berada di titik terjauh (apogee). Jarak 406688 km. Berlaku pada jam 11:24 pm, iaitu 5 jam selepas Fasa Bulan Baru
24   Elongasi maksimum Utarid Utarid berada 27.8 darjah dari Matahari pada jam 10 pm. Langit Subuh.
25Elongasi maksimum ZuhrahZuhrah berada 46.1 darjah dari Matahari pada jam 6 pagi. Langit Maghrib.
28   Bulan dan Zuhrah Zuhrah berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 2 1/2 jam selepas itu.
29   Bulan dan Aldebaran Aldebaran berada 6 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 3 jam selepas itu.
30   Bulan dan Aldebaran Aldebaran berada 9 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 3 jam selepas itu.

April 2020

1   Fasa Sukuan Awal Berlaku jam 6:21 pm
1   Marikh dan Zuhal ★★Marikh melintasi Zuhal pada jarak kurang 1 darjah sahaja! Boleh dilihat 3 jam sebelum Subuh
2   Bulan, Castor dan Pollux Castor dan Pollux berada dalam linkungan 10 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga sekitar 2 pagi.
3   Zuhrah dan Seven Sisters ★★Zuhrah akan melintas di hadapan Seven Sisters! Lihat selepas Maghrib hingga 10 pm
4   Bulan dan Regulus Regulus berada 6 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga sekitar 4 pagi.
4   Zuhrah dan Seven Sisters ★★Zuhrah akan melintas di hadapan Seven Sisters! Lihat selepas Maghrib hingga 10 pm
8   Bulan Perigee Bulan berada di titik terdekat (perigee). Jarak 356908 km. Berlaku pada jam 2:10 am, iaitu 8 jam sebelum Fasa Bulan Penuh
8   Fasa Bulan Penuh ★★Berlaku jam 10:35 am. Bulan Penuh Perigee bersaiz 33.45’
8   Bulan dan Spica Spica berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas tengah Isya’ hingga ke Subuh.
11   Bulan dan Antares Antares berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan sekitar 11 malam hingga ke Subuh.
15   Fasa Sukuan Akhir Berlaku jam 6:56 am. Bulan Sukuan Akhir paling ke selatan untuk tahun ini. Deklinasi -23.07º
15   Bulan, Musytari dan Zuhal Musytari berada 3 darjah dari Bulan. Marikh berada 7 darjah dari Bulan. Mula kelihatan 2 pagi hingga ke Subuh.
16   Bulan, Marikh dan Zuhal Marikh berada 5 darjah dari Bulan. Zuhal berada 6 darjah dari Bulan. Kelihatan 3 pagi hingga ke Subuh.
17   Bulan dan Marikh Marikh berada 8 darjah dari Bulan. Kelihatan 4 pagi hingga ke Subuh.
21   Bulan dan Utarid Utarid berada 9 darjah dari Bulan. Lihat 40 minit selepas Subuh rendah di ufuk timur.
22   Meteor Lyrids Meteor Lyrids akan memuncak antara 6:40 pagi hingga 5:40 pm pada 22 April 2020. Waktu terbaik di Malaysia ialah melihatnya bermula tengah malam hingga ke Subuh pada tarikh yang sama. Prospek bagus kerana tiada gangguan cahaya bulan. ZHR = 18 meteor sejam.
23   Fasa Bulan Baru (Ijtimak) Berlaku jam 10:25 am
25   Bulan dan Aldebaran Aldebaran berada 9 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga ke Isya’
26   Bulan, Zuhrah dan Aldebaran Zuhrah berada 7 darjah dari Bulan. Aldebaran berada 5 darjah dari Bulan. Lihat selepas Maghrib hingga 2 jam selepas itu.
29   Bulan, Castor dan Pollux Castor dan Pollux berada dalam linkungan 10 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga tengah malam.

Mei 2020

1   Fasa Sukuan Awal Berlaku jam 4:38 am
1   Bulan dan Regulus Regulus berada 10 darjah dari Bulan. Kelihatan sekitar 11 malam hingga 2 pagi.
2   Bulan dan Regulus Regulus berada 6 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 2 pagi.
5   Bulan dan Spica Spica berada 9 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga menjelang Subuh.
6   Meteor η-Aquariids Meteor η-Aquariids (Eta Aquarids) akan memuncak pada 5 pagi. Prospek agak sederhana kerana cahaya bulan hampir purnama akan mengganggu sebahagian besar waktu cerapan. Cuba lihat 1-2 jam sebelum Subuh. ZHR = berbeza-beza antara 40-85 meteor sejam.
7   Fasa Bulan Penuh Berlaku jam 6:45 pm
8   Bulan dan Antares Aldebaran berada 8 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Isya hingga ke Subuh.
12   Bulan dan Musytari Musytari berada 9 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas tengah malam hingga ke Subuh.
13   Bulan, Musytari dan Zuhal Zuhal berada 3 darjah dari Bulan. Musytari berada 5 darjah dari Bulan. Mula kelihatan sekitar 1 pagi hingga ke Subuh.
14   Fasa Sukuan Akhir Berlaku jam 10:02 pm
15   Bulan dan Marikh Marikh berada 5 darjah dari Bulan. Kelihatan sekitar 2 pagi hingga ke Subuh.
16   Bulan dan Marikh Marikh berada 8 darjah dari Bulan. Kelihatan sekitar 3 pagi hingga ke Subuh.
17   Musytari dan Zuhal Musytari melintasi Zuhal pada jarak kurang 5 darjah. Boleh dilihat selepas tengah malam hingga ke Isya’
22   Zuhrah dan Utarid Zuhrah dan Utarid dipisah kurang dari 1 darjah sahaja. Lihat selepas Maghrib.
23   Fasa Bulan Baru (Ijtimak) Berlaku jam 1:38 am
24   Bulan, Zuhrah dan Utarid Zuhrah berada 5 darjah dari Bulan. Utarid berada 3 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 1 jam selepas itu. Rendah di ufuk barat.
26   Bulan, Castor dan Pollux Castor dan Pollux berada dalam linkungan 10 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 3 jam selepas itu.
27Istiwa adzam bulan Mei★★Matahari berada tegak di atas Kaabah pada jam 5:16 pm.
29   Bulan dan Regulus Regulus berada 5 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga tengah malam.
30   Fasa Sukuan Awal Berlaku jam 11:29 am

Jun 2020

2   Bulan dan Spica Spica berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 4 pagi
4   Elongasi maksimum Utarid Utarid berada 23.6 darjah dari Matahari pada jam 9 pm. Langit Maghrib.
5   Bulan dan Antares Antares berada 6 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga ke Subuh.
5   Gerhana Bulan Penumbra ★★Bulan memasuki kawasan penumbra pada jam 1:45 am. Kemuncak gerhana pada jam 3:24 am, Bulan keluar dari kawasan penumbra pada jam 5:04 am
6   Fasa Bulan Penuh Berlaku jam 3:12 am
8   Bulan, Musytari dan Zuhal Musytari berada 2 darjah dari Bulan. Zuhal berada 6 darjah dari Bulan. Kelihatan sekitar jam 11 malam hingga ke Subuh.
9   Bulan dan Zuhal Zuhal berada 8 darjah dari Bulan. Kelihatan sekitar jam 11 malam hingga ke Subuh.
13   Fasa Sukuan Akhir Berlaku jam 2:23 pm
13   Bulan dan Marikh Marikh berada 4 darjah dari Bulan. Kelihatan sekitar 2 pagi hingga ke Subuh.
14   Bulan dan Marikh Marikh berada 10 darjah dari Bulan. Kelihatan sekitar 3 pagi hingga ke Subuh.
14   Marikh dan Neptune ★★Marikh melintasi Neptune pada jarak kurang 1.5 darjah sahaja! Boleh dilihat 4 jam sebelum Subuh menggunakan teleskop
19   Bulan, Zuhrah dan Aldebaran Zuhrah berada 5 darjah dari Bulan. Aldebaran berada 9 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Subuh rendah di ufuk timur.
20   Bulan, Zuhrah dan Aldebaran Zuhrah berada 8 darjah dari Bulan. Aldebaran berada 6 darjah dari Bulan. Kelihatan 40 minit selepas Subuh rendah di ufuk timur.
21   Fasa Bulan Baru (Ijtimak) Berlaku jam 2:41 pm
21   Solstis bulan Jun Matahari berada di atas Garisan Sartan di hemisfera utara pada jam 5:43 am.
21   Gerhana Matahari Separa ★★Sentuhan pertama bermula jam 2:50 pm. Kemuncak gerhana 3:56 pm. Gerhana tamat jam 4:54 pm. (Kuala Lumpur)
25   Bulan dan Regulus Regulus berada 5 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 3 jam selepas itu.
28   Fasa Sukuan Awal Berlaku jam 4:15 pm. Bulan Sukuan Awal paling besar untuk tahun ini. Saiz 32.29’
29   Bulan dan Spica Spica berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga lewat tengah malam

Julai 2020

2   Bulan dan Antares Aldebaran berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga menjelang Subuh.
5   Fasa Bulan Penuh Berlaku jam 12:44 pm. Bulan Penuh paling ke selatan untuk tahun ini. Deklinasi -24.05º
5   Bulan, Musytari dan Zuhal Musytari berada 5 darjah dari Bulan. Zuhal berada 10 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Isya’ hingga ke Subuh.
6   Bulan, Musytari dan Zuhal Zuhal berada 5 darjah dari Bulan. Musytari berada 10 darjah dari Bulan. Mula kelihatan selepas Isya’ hingga ke Subuh.
12   Bulan dan Marikh Marikh berada 2 darjah dari Bulan. Kelihatan sekitar 1 pagi hingga ke Subuh.
12   Zuhrah dan Aldebaran Zuhrah dan Aldebaran dipisah kurang dari 1 darjah sahaja. Lihat selepas Subuh rendah di ufuk timur.
13   Fasa Sukuan Akhir Berlaku jam 7:29 am. Bulan sukuan akhir paling kecil untuk tahun ini. Saiz 29.56’
14   Istiqbal Musytari ★★Musytari berada bersetentang dengan Matahari pada jam 3:42 pm
15 
Istiwa adzam bulan Julai ★★Matahari berada tegak di atas Kaabah pada jam 5:28 pm.
17   Bulan, Zuhrah dan Aldebaran Zuhrah berada 5 darjah dari Bulan. Aldebaran berada 3 darjah dari Bulan. Kelihatan 1 jam sebelum Subuh.
18   Bulan dan Zuhrah Zuhrah berada 10 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Subuh.
19   Bulan dan Utarid Utarid berada 4 darjah dari Bulan. Lihat 20 minit selepas Subuh.
21   Fasa Bulan Baru (Ijtimak) Berlaku jam 1:32 am
21   Istiqbal Zuhal ★★Zuhal berada bersetentang dengan Matahari pada jam 6:11 am
22   Elongasi maksimum Utarid Utarid berada 20.1 darjah dari Matahari pada jam 11 pm. Langit Subuh.
23   Bulan dan Regulus Regulus berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga sebelum Isya’
26   Bulan dan Spica Spica berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga tengah malam.
27   Fasa Sukuan Awal Berlaku jam 8:32 pm.
29   Bulan dan Antares Antares berada 10 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga jam 2 pagi.
30   Bulan dan Antares Antares berada 8 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga jam 2 pagi.

Ogos 2020

1   Bulan dan Musytari Musytari berada 6 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrb hingga menjelang Subuh.
2   Bulan, Musytari dan Zuhal Musytari berada 7 darjah dari Bulan. Zuhal berada 3 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga ke Subuh.
3   Fasa Bulan Penuh Berlaku jam 11:58 pm
9   Bulan dan Marikh Marikh berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas tengah malam hingga ke Subuh.
10   Bulan dan Marikh Marikh berada 5 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas tengah malam hingga ke Subuh.
12   Fasa Sukuan Akhir Berlaku jam 12:44 am
13Elongasi maksimum ZuhrahZuhrah berada 45.8 darjah dari Matahari pada jam 9 pagi. Langit Subuh.
13   Bulan dan Aldebaran Aldebaran berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan 3 pagi hingga ke Subuh.
13   Meteor Perseids ★★Meteor Perseids akan memuncak antara 9pm-12am, 12 Ogos. Bagi kita di Malaysia, cuba lihat selepas tengah malam hingga ke Subuh, 13 Ogos 2020. Prospek agak bagus, namun cahaya Bulan mungkin akan mengganggu sedikit kenampakan meteor-meteor yang kelam. ZHR=110 meteor sejam.
14   Bulan dan Aldebaran Aldebaran berada 8 darjah dari Bulan. Kelihatan 4 pagi hingga ke Subuh.
15   Bulan dan Zuhrah Zuhal berada 8 darjah dari Bulan. Mula kelihatan sekitar 5 pagi hingga ke Subuh.
16   Bulan dan Zuhrah Zuhal berada 7 darjah dari Bulan. Mula kelihatan sekitar 5 pagi hingga ke Subuh.
17   Bulan, Castor dan Pollux Castor dan Pollux berada dalam linkungan 10 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Subuh rendah di ufuk timur.
19   Fasa Bulan Baru (Ijtimak) Berlaku jam 10:41 am
23   Bulan dan Spica Spica berada 8 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 2 jam selepas itu.
26   Fasa Sukuan Awal Berlaku jam 1:57 am
26   Bulan dan Antares Antares berada 6 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga ke tengah malam.
28   Bulan dan Musytari Musytari berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrb hingga sekitar 3 pagi.
29   Bulan, Musytari dan Zuhal Musytari berada 6 darjah dari Bulan. Zuhal berada 3 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 3 pagi.

September 2020

2   Fasa Bulan Penuh Berlaku jam 1:22 pm
5   Bulan dan Marikh Marikh berada 6 darjah dari Bulan. Kelihatan 11 malam hingga ke Subuh.
6   Bulan dan Marikh Marikh berada 6 darjah dari Bulan. Kelihatan 11 malam hingga ke Subuh.
10   Fasa Sukuan Akhir Berlaku jam 5:25 pm
10   Bulan dan Aldebaran Aldebaran berada 4 darjah dari Bulan. Kelihatan 2 pagi hingga ke Subuh.
12   Istiqbal Neptune Neptune berada bersetentang dengan Matahari pada jam 4:09 am
13   Bulan, Castor dan Pollux Castor dan Pollux berada dalam linkungan 10 darjah dari Bulan. Mula kelihatan sekitar jam 4 pagi.
14   Bulan dan Zuhrah Zuhrah berada 6 darjah dari Bulan. Kelihatan 1 jam sebelum Subuh.
17   Fasa Bulan Baru (Ijtimak) Berlaku jam 7:00 pm
19   Bulan dan Utarid Utarid berada 7 darjah dari Bulan. Lihat 20 minit selepas Maghrib hingga sebelum Isya’
22   Bulan dan Antares Antares berada 5 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 11 malam.
22   Ekuinoks bulan September Matahari melintasi garisan Khatulistiwa pada jam 9:30 pm dari utara ke selatan.
24   Fasa Sukuan Awal Berlaku jam 9:54 am. Bulan sukuan awal paling ke selatan untuk tahun ini. Deklinasi -24.09º
25   Bulan, Musytari dan Zuhal Musytari berada 3 darjah dari Bulan. Zuhal berada 6 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 1 pagi
26   Bulan dan Zuhal Zuhal berada 8 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 2 pagi

Oktober 2020

2   Fasa Bulan Penuh Berlaku jam 5:05 am
2   Bulan dan Marikh Marikh berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Isya’ hingga ke Subuh.
2   Elongasi maksimum Utarid Utarid berada 25.8 darjah dari Matahari pada jam 12 am. Langit Maghrib.
3   Bulan dan Marikh Marikh berada 6 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Isya’ hingga ke Subuh.
3   Zuhrah dan Regulus ★★Zuhrah dan Regulus dipisah kurang dari 5 arc minit sahaja!!!. Lihat selepas Subuh rendah di ufuk timur.
6   Bulan dan Aldebaran Aldebaran berada 5 darjah dari Bulan. Kelihatan 11 malam hingga ke Subuh.
10   Fasa Sukuan Akhir Berlaku jam 8:39 am. Bulan sukuan akhir paling ke utara untuk tahun ini. Deklinasi +24.47º
10   Bulan, Castor dan Pollux Castor dan Pollux berada dalam linkungan 10 darjah dari Bulan. Kelihatan 3 pagi hingga ke Subuh.
11   Bulan, Castor dan Pollux Castor dan Pollux berada dalam linkungan 10 darjah dari Bulan. Kelihatan 3 pagi hingga ke Subuh.
13   Bulan dan Regulus Regulus berada 6 darjah dari Bulan. Mula kelihatan sekitar jam 4.30 pagi.
14   Bulan dan Zuhrah Zuhrah berada 5 darjah dari Bulan. Mula kelihatan sekitar jam 5 pagi.
14   Istiqbal Marikh ★★Marikh berada bersetentang dengan Matahari pada jam 9:55 am
17   Bulan Perigee Bulan berada di titik terdekat (perigee). Jarak 356912 km. Berlaku pada jam 7:48 am, iaitu 4 jam selepas Fasa Bulan Baru
17   Fasa Bulan Baru (Ijtimak) Berlaku jam 3:31 am. Bulan baru perigee (paling dekat) untuk tahun ini.
18   Bulan dan Utarid Utarid berada 9 darjah dari Bulan. Sangat rendah di ufuk barat, sekitar 20-40 minit selepas Maghrib.
19   Bulan dan Antares Antares berada 8 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 2 jam selepas itu.
20   Bulan dan Antares Antares berada 9 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 2 jam selepas itu.
21   Meteor Orionids ★★Meteor Orionids akan memuncak pada tengah malam hingga ke Subuh, 21 Oktober 2020. Prospek bagus kerana tiada gangguan cahaya Bulan. ZHR = 20+
22   Bulan, Musytari dan Zuhal Musytari berada 5 darjah dari Bulan. Zuhal berada 10 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga menjelang tengah malam.
23   Fasa Sukuan Awal Berlaku jam 9:22 pm
23   Bulan, Musytari dan Zuhal Musytari berada 10 darjah dari Bulan. Zuhal berada 5 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga menjelang tengah malam.
29   Bulan dan Marikh Marikh berada 3 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga menjelang Subuh.
31   Bulan Apogee Bulan berada di titik terjauh (apogee). Jarak 406392 km. Berlaku pada jam 2:47 am, iaitu 20  jam sebelum Fasa Bulan Penuh
31   Fasa Bulan Penuh Berlaku jam 10:49 pm. Bulan penuh apogee (paling jauh dan kecil) untuk tahun ini. Saiz 29.41’
31   Istiqbal Uranus Uranus berada bersetentang dengan Matahari pada jam 11:37 pm

November 2020

2   Bulan dan Aldebaran Aldebaran berada 8 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Isya’ hingga ke Subuh.
3   Bulan dan Aldebaran Aldebaran berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan sekitar 10 malam hingga ke Subuh.
7   Bulan, Castor dan Pollux Castor dan Pollux berada dalam linkungan 8 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas tengah malam hingga ke Subuh.
8   Fasa Sukuan Akhir Berlaku jam 9:46 pm
10   Bulan dan Regulus Regulus berada 6 darjah dari Bulan. Mula kelihatan sekitar jam 3 pagi.
11   Elongasi maksimum Utarid Utarid berada 19.1 darjah dari Matahari pada jam 1 pagi. Langit Subuh.
13   Bulan, Zuhrah dan Spica Zuhal berada 3 darjah dari Bulan. Spica berada 8 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Subuh di ufuk timur.
14   Bulan Perigee Bulan berada di titik terdekat (perigee). Jarak 357838 km. Berlaku pada jam 7:49 pm, iaitu 17 jam sebelum Fasa Bulan Baru
14   Bulan dan Utarid Utarid berada 2 darjah dari Bulan. Lihat 20 minit selepas Subuh rendah di ufuk timur.
15   Fasa Bulan Baru (Ijtimak) Berlaku jam 1:07 pm
16   Zuhrah dan Spica Zuhrah dan Spica dipisah kurang dari 4 darjah sahaja. Lihat selepas Subuh rendah di ufuk timur.
18   Meteor Leonids ★★Meteor Leonids akan memuncak pada 7 pm 17 Nov 2020. Waktu terbaik di Malaysia ialah tengah malam hingga ke Subuh 18 Nov 2020. Prospek agak baik kerana tiada gangguan cahaya Bulan. ZHR=10-20
19   Bulan, Musytari dan Zuhal Musytari berada 3 darjah dari Bulan. Zuhal berada 5=4 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga sekitar 10 malam.
22   Fasa Sukuan Awal Berlaku jam 12:45 pm
25   Bulan dan Marikh Marikh berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 3 pagi
26   Bulan dan Marikh Marikh berada 8 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 3 pagi
30   Fasa Bulan Penuh Berlaku jam 5:29 pm
30   Bulan dan Aldebaran Aldebaran berada 5 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga ke Subuh.

Disember 2020

3   Bulan, Castor dan Pollux Castor dan Pollux berada dalam linkungan 7 darjah dari Bulan. Kelihatan dari 11 malam hingga ke Subuh.
7   Bulan dan Regulus Regulus berada 5 darjah dari Bulan. Kelihatan 1 pagi hingga ke Subuh.
8   Fasa Sukuan Akhir Berlaku jam 8:36 am.
11   Bulan dan Spica Spica berada 8 darjah dari Bulan. Mula kelihatan sekitar 5 pagi
13   Bulan dan Zuhrah Zuhrah berada 2 darjah dari Bulan. Mula kelihatan selepas Subuh.
14   Meteor Geminids ★★Meteor Geminids akan memuncak pada 8:60 am 14 Dis 2020. Waktu terbaik untuk Malaysia ialah tengah malam hingga ke Subuh, 14 Dis 2020. Prospek kenampakan amat bagus tahun ini kerana tiada gangguan cahaya Bulan. ZHR=150 meteor sejam.
15   Fasa Bulan Baru (Ijtimak) Berlaku jam 12:16 am
17   Bulan, Musytari dan Zuhal Musytari dan Zuhal berada sekitar 4 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 2 jam selepas itu.
21   Musytari dan Zuhal ★★Musytari melintasi Zuhal pada jarak hanya 6 arc minit sahaja! Boleh dilihat selepas Maghrib hingga Isya’
21   Solstis bulan Disember Matahari berada di atas Garisan Jadi di hemisfera selatan pada jam 6:02 pm.
22   Fasa Sukuan Awal Berlaku jam 7:41 am
23   Bulan dan Marikh Marikh berada 7 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga sekitar 2 pagi.
24   Bulan dan Marikh Marikh berada 8 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga sekitar 2 pagi.
27   Bulan dan Aldebaran Aldebaran berada 5 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Maghrib hingga 4 pagi
30   Fasa Bulan Penuh Berlaku jam 11:28 am. Bulan Penuh paling ke utara untuk tahun ini. Deklinasi +24.8º
30   Bulan, Castor dan Pollux Castor dan Pollux berada dalam linkungan 10 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Isya’ hingga ke Subuh.,
31   Bulan, Castor dan Pollux Castor dan Pollux berada dalam linkungan 10 darjah dari Bulan. Kelihatan selepas Isya’ hingga ke Subuh.,

Share this: