shahgazer

Qibla Finder tepat?

Qibla Finder tepat?

(Berikut merupakan salinan catatan ringkas dari facebook saya mengenai isu ketepatan aplikasi Qibla Finder) Baru-baru ini telah muncul lagi satu apps mencari arah kiblat, Qibla Finder [1] oleh Google. Dengan menggunakan antara-muka yang minimalist dan ringkas, ia amat comel dan ‘mudah’ digunakan. Cuma ada masalah sikit… Seperti mana pernah hangat dibincang seminggu dua lepas [2] […]

 shahgazer

69 – Inilah jumlah terkini bulan-bulan planet Musytari

69 – Inilah jumlah terkini bulan-bulan planet Musytari

Zaman sekolah saya dulu (tahun 80an), masih ingat lagi buku-buku teks sekolah menyatakan Musytari mempunyai 15 buah bulan atau satelit semulajadi. Ketika itu, bila dengar je ’15’, memang terasa kagum dengan ‘kehebatan’ planet ini yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai. Bumi pun ada satu je bulan! Melompat ke tahun 2017, nombor ’15’ sudah menjadi […]

 shahgazer

Giliran Zuhal pula bersetentang dengan Matahari pada 15 Jun 2017

Giliran Zuhal pula bersetentang dengan Matahari pada 15 Jun 2017

Samada kita sedar atau tidak, kini tiba giliran planet Zuhal pula untuk berada di posisi istiqbal atau bersetentang dengan matahari. Pada 15 Jun 2017 nanti, planet bergelang ini akan terbit sebaik sahaja matahari terbenam di barat. Ia akan dapat dilihat sepanjang malam bermula maghrib hinggalah ke waktu syuruk (matahari terbit). Apakah yang dimaksudkan dengan istiqbal Zuhal? […]

 shahgazer

Sebuah supernova sedang meletup 22 juta tahun cahaya dari Bumi!

Sebuah supernova sedang meletup 22 juta tahun cahaya dari Bumi!

Sebuah supernova sedang meletus dan kini boleh dilihat dan dirakam menerusi teleskop. Supernova yang diberi nama AT 2017 eaw terletak di kawasan langit utara, dalam kawasan buruj Cygnus. Ia ditemui oleh seorang ahli astronomi amatur dari Utah, Patrik Wiggings, menerusi foto yang dirakamnya pada Mei 14.24 UT (atau lebih kurang 14 Mei 2 petang waktu […]

 shahgazer

Langkah pertama Cassini menuju ke pengakhiran!

Langkah pertama Cassini menuju ke pengakhiran!

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Ungkapan yang biasa kita dengar ini akan berlaku kepada prob angkasa Cassini yang kini sudah mula memasuki fasa-fasa akhir misi eksplorasi dan kajiannya terhadap  planet Zuhal. Setelah hampir 13 tahun ia mengendap dan mengumpul data, Cassini akan dihempaskan secara terkawal ke dalam atmosfera Zuhal pada 15 Sep 2017 nanti. Namun begitu, sebelum ia […]

 shahgazer

Peluang melihat juraian meteor Lyrids pada 23 April 2017

Peluang melihat juraian meteor Lyrids pada 23 April 2017

Juraian meteor Lyrids kembali menjelma untuk tahun 2017 ini! Setiap tahun bermula pada tarikh 16 hingga 25 April, Bumi akan memasuki kawasan habuk dan debu yang padat di angkasa lepas. Hasilnya ialah pada malam-malam tersebut, bilangan meteor akan kelihatan lebih banyak dari biasa. Meteor Lyrids.   Meteor Lyrids mengambil nama sempena kawasan buruj di langit, […]

 shahgazer

Resipi terakhir untuk membolehkan kehidupan wujud telah ditemui di Enceladus!

Resipi terakhir untuk membolehkan kehidupan wujud telah ditemui di Enceladus!

Sejarah telah terukir! Buat pertama kalinya kita telah menemui unsur hidrogen di dalam kepulan-kepulan ‘gas’ yang kelihatan muncul daripada bawah permukaan Enceladus, salah sebuah bulan planet Zuhal! Penemuan ini merupakan milestone penting di dalam usaha mencari kehidupan di luar Bumi, kerana dengan wujudnya unsur hidrogen ini, lautan bawah tanah di Enceladus ini mempunyai sumber haba alternatif […]

 shahgazer

Asteroid sebesar Menara Shanghai akan melintasi Bumi pada 19 April 2017

Asteroid sebesar Menara Shanghai akan melintasi Bumi pada 19 April 2017

Sebuah lagi asteroid akan melintasi ‘hampir’ dengan Bumi pada 19 April 2017 nanti. Asteroid bernama 2014 JO25 yang dipercayai mempunyai diameter sepanjang 650 meter, akan melintasi Bumi pada jarak selamat, iaitu sejauh 1.8 juta kilometer, atau lebih kurang 4.6 kali ganda LEBIH JAUH dari Bulan! A ~1-km asteroid, 2014 JO25, will make a close flyby of […]

 shahgazer

4 komet yang bertaburan di waktu Subuh

4 komet yang bertaburan di waktu Subuh

4 buah komet sedang melintasi langit di sekitar waktu Subuh sekarang ini. Berdasarkan laporan daripada COBS, kesemua 4 komet itu berada di atas kecerahan magnitud 10. Ini bermakna ia mudah untuk dirakam dan ada di antaranya sudah boleh dilihat dengan mudah menerusi binokular. Jom kita lihat satu per satu. Komet C/2015 ER61 ( PanSTARRS )   […]

 shahgazer

Maharaja planet Musytari kembali!

Maharaja planet Musytari kembali!

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan April. Planet-planet yang pada awal tahun hari itu, iaitu Zuhrah dan Marikh, yang menguasai langit senja selepas Maghrib, sudah pun menghilangkan diri. Buat beberapa ketika, langit senja kita ini kosong tanpa planet yang cerah. Tapi ia bakal berubah! Musytari, planet terbesar di dalam sistem suria ini, sudah mula […]

1 2 3 26