Siap sedia semua!! Pada 21 Disember 2020 ini akan berlaku konjungsi atau lintasan 2 buah planet gergasi, Musytari dan Zuhal, yang paling dekat pernah kita dapat lihat sejak tahun 2000! Jarak lengkung Musytari dan Zuhal akan dipisahkan sejauh 1/10 darjah…
Kita telah pun sampai ke separuh masa kedua untuk tahun 2020. Pandemik COVID-19 sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada aktiviti cerapan kita pada awal-awal tahun ini. Apa pun kita masih ada berbaki 6 bulan untuk meneruskan pemerhatian fenomena langit yang…
Disebalik kegelisahan kita dengan Covid-19 dan PKP, kita jangan lupa dengan fenomena-fenomena langit menarik yang begitu banyak sedang berlaku sekarang. Pada waktu Subuh, 3 planet saling lompat-melompat dan melintasi antara satu sama lain. Musytari, Marikh dan Zuhal amat mudah dilihat…
Tak pernah tengok Uranus? Jom kita ambil peluang menjejaki planet ke-7 ini …. dengan bantuan Zuhrah! Planet Uranus merupakan planet ke-7 dan berada nun jauh di belakang orbit planet Zuhal. Disebabkan kedudukanya jauh, ia tidaklah secerah planet-planet lain. Di dalam…
Bulan Mac dan April ini, kita akan berpeluang menyaksikan himpunan 3 buah planet utama dan terang di langit Subuh, serta peluang untuk merakam Pluto buat kali pertama (bagi anda yang belum pernah merakamnya). 3 planet yang dimaksudkan ialah Marikh, Musytari…
Almanak Astronomi 2019 Almanak Astronomi 2019 ini merupakan himpunan fenomena Astronomi yang menarik untuk dicerap atau diamati untuk sepanjang tahun 2019. Ia telah dikira dan disesuaikan waktu dan tarikh kejadian kepada waktu Malaysia dan sekitar Asia Tenggara. Anda tidak perlu membuat pertukaran tarikh dan waktu…
Dalam diam-diam, planet Musytari sudah pun melintasi belakang Matahari dan mula muncul kembali ke langit Subuh. Namun, ada sesuatu yang menarik yang akan berlaku dalam masa 3,4 hari akan datang ini. Musytari bukan ‘berseorangan’.  Ia akan melintas amat hampir dengan…
Dalam diam-diam, Zuhrah yang berada di langit pagi sedang melintasi kawasan buruj Taurus. Di dalam buruj inilah terletak 2 buah kluster bintang (gugusan bintang, star cluster) yang amat popular di kalangan penggiat dan peminat langit malam, The Seven Sisters (atau juga…
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan April. Planet-planet yang pada awal tahun hari itu, iaitu Zuhrah dan Marikh, yang menguasai langit senja selepas Maghrib, sudah pun menghilangkan diri. Buat beberapa ketika, langit senja kita ini kosong tanpa planet yang…
Planet Zuhrah agak unik. Selain daripada mempunyai saiz fizikal yang hampir sama besar dengan Bumi, ia juga merupakan objek ketiga paling cerah di langit, selepas Matahari dan Bulan. Ia juga sentiasa berada tidak jauh daripada matahari, yakni, kemunculannya sentiasa berada…