Tips Mencerap dan Astrofotografi

 shahgazer

Zuhrah kembali menghampiri Bumi

Zuhrah kembali menghampiri Bumi

Planet Zuhrah agak unik. Selain daripada mempunyai saiz fizikal yang hampir sama besar dengan Bumi, ia juga merupakan objek ketiga paling cerah di langit, selepas Matahari dan Bulan. Ia juga sentiasa berada tidak jauh daripada matahari, yakni, kemunculannya sentiasa berada di ufuk barat waktu senja atau ufuk timur di waktu subuh. Mustahil ia berada di […]

 shahgazer

Panduan mencerap Gerhana Matahari di Palembang

Panduan mencerap Gerhana Matahari di Palembang

Beberapa hari lepas, saya telah mengikuti trip lawatan tapak Gerhana Matahari di Palembang. Bersama-sama di dalam kumpulan ini ialah tuan-tuan guru Astronomi dan Falak dari Malaysia, iaitu Prof Madya Dr. Baharuddin Zainal dari UniSZA, Professor Dr. Mahamarowi, Ustaz Faizal (Perak) dan Ustaz Jais (Pulau Pinang). Artikel ini akan cuba memberi sedikit sebanyak maklumat dapatan yang […]

 shahgazer

Gerhana 2016 – Sudahkah anda bersedia? 6 soalan penting untuk dijawab

Gerhana 2016 – Sudahkah anda bersedia? 6 soalan penting untuk dijawab

9 Mac 2016 akan menyaksikan sebuah lagi fenomena Gerhana Matahari yang akan melintasi sebahagian besar Asia Tenggara (termasuk Malaysia) dan bagi rakan-rakan kita di Indonesia, mereka berpeluang menyaksikan Fasa Gerhana Matahari Penuh, yang mana matahari akan hilang dari pandangan buat beberapa minit dan kemudian muncul kembali, semuanya dalam keadaan ‘tiba-tiba’ atau ‘mengejut’. Kalau diikutkan kiraan […]

 shahgazer

4 langkah asas untuk mempelajari objek-objek langit

4 langkah asas untuk mempelajari objek-objek langit

Langkah pertama untuk kita meneroka alam semesta pada waktu malam sentiasa menjadi persoalan yang tiada ketemu jawapannya. Seringkali ramai yang bertanya mengenai jenis teleskop yang manakah sesuai untuk melihat galaksi, atau dia  hendak merakam astrofoto tetapi tidak mahu membeli peralatan yang berharga lebih dari RM1000! Selain itu, ada juga telah bertanya dan meminta nasihat tentang […]

 shahgazer

Mukadimah Fenomena Gerhana Matahari Penuh Indonesia 2016

Mukadimah Fenomena Gerhana Matahari Penuh Indonesia 2016

Sebagaimana semua sedia maklum, pada 9 Mac 2016, fenomena Gerhana Matahari Penuh akan melalui negara jiran kita, Indonesia. Ia akan merentasi dari Sumatera hingga ke Kepulauan Maluku di timur, sebelum ia masuk ke kawasan Lautan Pasifik. Disebabkan tinggal kurang 7 bulan lagi untuk ia berlaku, maka saya rasa sekarang adalah masa sesuai untuk menyampaikan maklumat […]

 shahgazer

Jawapan mengenai Meteor yang anda perlu tahu

Jawapan mengenai Meteor yang anda perlu tahu

Sebelum ini, saya telah pun menulis banyak artikel berkenaan dengan meteor menerusi laman web ini. Namun, dengan bertambahnya masyarakat yang semakin meminati astronomi kebelakangan ini, saya rasa terpanggil untuk menulis satu lagi artikel Q&A khas mengenai meteor secara umum, dan cuba menjawab persoalan yang muncul di hati sanubari anda! Jika ada persoalan lain yang tertinggal, […]

 shahgazer

Asteroid Vesta dan planet kerdil Ceres bertemu malam ini, 4 Julai 2014

Asteroid Vesta dan planet kerdil Ceres bertemu malam ini, 4 Julai 2014

Malam nanti,  4 Julai 2014, bagi anda yang mempunyai teleskop berkomputer dan berkemampuan untuk menggunakan sistem kordinat langit (Right Ascension and Declination), sila halakan teleskop anda ke koordinat di bawah: R.A. 13h 29m 58.9s DEC -01d 41′ 16.7″ Kita akan berpeluang melihat conjunction 2 buah objek kecil, Vesta dan Ceres, yang berada pada kedudukan begitu hampir antara […]

 shahgazer

Istiwa Adzam 28 Mei & 16 Julai – Saat dan ketika kedudukan matahari boleh dijadikan panduan mencari arah kiblat

Istiwa Adzam 28 Mei & 16 Julai – Saat dan ketika kedudukan matahari boleh dijadikan panduan mencari arah kiblat

Pada petang 28 Mei setiap tahun, tepat jam 5.16 petang, (dan 16 Julai, jam 5.28 petang),  matahari akan berada amat-amat hampir tegak di atas bangunan Kaabah, di Masjidil Haram, Mekah. (Nota:Artikel ini diterbitkan pada 2014 dan telah dikemaskini pada 25 Mei 2015. Ia boleh digunapakai untuk tahun-tahun yang lain)  Apabila sesuatu benda tepat berada di atas […]

 shahgazer

9 persoalan mengenai Bima Sakti

9 persoalan mengenai Bima Sakti

Musim untuk melihat Bima Sakti dalam suasana yang serba indah semakin mudah setiap hari. Sekitar bulan April ini, ia sudah berada agak tinggi di langit sebelah Tenggara sekitar jam 4 pagi. Saya jangkakan ramai pakar-pakar fotografi telah dan akan mula merakam dalam pelbagai suasana serba kreatif, untuk perkongsian bersama. Berdasarkan pos FB berkenaan foto Bima […]

 shahgazer

Cara elak bintang-bintang jadi lonjong! – 600 Rule

Cara elak bintang-bintang jadi lonjong! – 600 Rule

Pernahkah anda cuba merakam gambar bintang di waktu malam, tetapi apabila diperhatikan hasilnya dengan lebih dekat, anda akan dapati bintangnya berbentuk ‘bujur’ dan ‘panjang’. Jika niat anda hendak mengambil star trails, itu tidak menjadi masalah kerana sememangnya bentuk ‘panjang’ itulah yang diinginkan. Atas: Antara astrofoto saya yang terawal. Rakaman selama 93 saat yang mula menunjukkan […]

1 2 3