Julai 2015

  • 1 Jul Maghrib-Isya Zuhrah amat hampir dengan Musytari
  • 2 Jul 10 AM Bulan Penuh
  • 6 Jul 3 AM Bulan di perigee (paling hampir dengan Bumi)
  • 6 Jul 9 PM Bumi at aphelion
  • 9 Jul 4 AM Bulan Sukuan Akhir
  • 13 Jul Subuh Bintang Aldebaran hampir dengan Bulan
  • 15 Jul Subuh Utarid & Marikh hampir dengan Bulan
  • 16 Jul 9 AM Bulan baru (ijtimak)
  • 16 Jul Subuh Utarid amat hampir dengan Marikh
  • 16 Jul 5:28 PM Istiwa Azam
  • 18-19 Jul Maghrib-Isya Zuhrah, Musytari dan bintang Regulus hampir dengan Bulan
  • 23 Jul Selepas Isya Bintang Spica hampir dengan Bulan
  • 24 Jul 11 AM Bulan Sukuan Pertama
  • 26 Jul Selepas Isya Zuhal hampir dengan Bulan

 

SELEPAS ASAR

Pada 16 Julai jam 5.28 petang, sekali lagi Matahari akan berada di atas kedudukan Kaabah, menandakan fenomena Istiwa Azam. Boleh gunakan peluang ini memeriksa kedudukan arah kiblat kita berpandukan matahari.


 

SENJA ke sekitar ISYA’

Langit pada senja sepanjang bulan ini akan dihiasi oleh 2 planet yang amat terang, iaitu ZUHRAH dan MUSYTARI. Masing-masing akan berada hampir antara satu sama lain di langit barat, membentuk pasangan objek yang cukup indah dan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.

Kedua-dua planet ini akan terus berada bersebelahan, namun kedudukannya semakin hari semakin rendah ke ufuk barat. Menjelang hujung bulan ini, ia berada agak rendah ke ufuk.

Bulan akan melintasi keduanya sekali lagi, pada 18 Julai.

Seperkara yang menarik bulan ini ialah fasa Zuhrah semakin menipis dan kelihatan sama seperti bulan sabit.


 

ISYA hingga ke sekitar waktu TAHAJJUD

ZUHAL semakin tinggi dan mudah dilihat pada arah langit Tenggara. Ia masih berada di dalam kawasan buruj Scorpio dan menemani bintang merah Antares.

Bulan akan melintasinya pada 26 Julai nanti.


 

SUBUH

UTARID berada amat rendah di kaki langit timur, dan agak sukar melihatnya, melainkan anda mempunyai langit yang amat bersih, tiada awan dan mata yang tajam!


 

METEOR Southern Delta Aquariids Delta Aquarids

Pada 28-29 Jul Meteor Delta Aquarids akan memuncak dengan kadar 20 meteor sejam, namun tahun ini ia kurang sesuai untuk dicerap kerana kehadiran Bulan di langit.