Juraian Meteor 2017

Kembali ke AA2017


Sebuah meteor dirakam di Kg Sungai Padang, Papar, Sabah oleh ahli astrofotografi Harris Jeffrey

Berikut merupakan tarikh juraian-juraian meteor utama yang akan berlaku sepanjang tahun 2017. Untuk senarai lengkap kesemua juraian meteor (selain daripada di bawah) boleh rujuk maklumat dari International Meteor Organization.

 

 

  • 4 Jan   ★ Selepas tengah malam ke Subuh. Meteor Quadrantids. Purata 60-120 meteor sejam (tidak konsisten). Jumlah berkurangan dari Malaysia kerana kedudukan radiant yang rendah. Tiada gangguan Bulan. Prospek baik.
  • 23 Apr   Tengah malam ke Subuh. Meteor Lyrids. ZHR 18. Prospek bagus. Bulan hanya terbit jam 4 pagi.
  • 7 Mei   Tengah Malam ke Subuh. Meteor Eta Aquariids. ZHR 55. Prospek kurang bagus. Cahaya Bulan mengganggu. Bulan hanya terbenam selepas 4 pagi.
  • 29 Jul    Tengah malam ke SubuhMeteor Delta Aquariids. ZHR 16. Prospek baik. Tiada gangguan cahaya Bulan.
  • 13 Ogos   Tengah malam ke SubuhMeteor Perseids. ZHR 100. Prospek tidak bagus. Cahaya bulan mengganggu.
  • 22 Okt    Tengah Malam ke Subuh. Meteor Orionids. ZHR 25 Prospek baik. Tiada gangguan cahaya Bulan.
  • 18 Nov    Tengah malam ke Subuh. Meteor Leonids. ZHR 15. Prospek baik. Tiada gangguan cahaya Bulan.
  • 14 Dis    Tengah malam ke Subuh. Meteor Geminids. ZHR 120. Prospek bagus. Tiada gangguan cahaya Bulan.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai meteor dan cara melihatnya, sila rujuk artikel Jawapan mengenai meteor yang anda perlu tahu.