Planet di posisi terbaik

Kembali ke AA22017


 

Tarikh objek-objek sistem suria berada di posisi istiqbal atau bersetentang dengan matahari, dan kedudukan paling tinggi di ufuk  untuk sepanjang 2017.

 

 

  • 15 Jan   Maghrib.  Zuhrah berada paling tinggi di langit senja sekitar 46 deg.
  • 17 Jan   Subuh  Utarid berada paling tinggi di langit pagi sekitar 17 deg.
  • 18 Jan   6.36 am. Istiqbal Asteroid Vesta bersetentang dengan matahari. Kecerahannya mencecah magnitud 6.2, mudah dengan binokular. Peluang terbaik menjejaki asteroid terbesar dalam sistem suria ini.
  • 31 Mac  Maghrib. Utarid berada paling tinggi di langit senja pada waktu Maghrib lebih kurang 16 deg.
  • 8 Apr    5.24 amIstiqbal. Musytari bersetentang dengan matahari. Boleh dilihat sepanjang malam.
  • 20 Mei   Subuh. Utarid berada paling tinggi di langit pagi 30 minit selepas Subuh (10.7 deg).
  • 11 Jun   Subuh. Zuhrah berada paling tinggi di langit pagi 30 minit selepas Subuh (31.2 deg).
  • 15 Jun    6.04 pmIstiqbal. Zuhal bersetentang dengan matahari. Boleh dilihat sepanjang malam.
  • 26 Julai   Maghrib. Utarid berada paling tinggi di langit senja pada ketinggian 24.9 deg.
  • 5 Sep    1.11 pm Istiqbal. Neptune bersetentang dengan matahari. Boleh dijejaki sepanjang malam.
  • 12 Sep  Subuh. Utarid berada paling tinggi di langit pada 4.8 deg.
  • 20 Okt    1.19 amIstiqbal. Uranus bersetentang dengan matahari. Peluang menjejaki planet ini sepanjang malam.
  • 24 Okt    12.22 amIstiqbal. Asteroid Pallas bersetentang dengan matahari. Peluang terbaik menjejaki asteroid ini. Bersinar pada magnitud 8.2 (sudah boleh dilihat menggunakan binokular)
  • 25 Nov   Maghrib. Utarid berada paling tinggi di langit senja pada 20 deg.
Skip to toolbar