Portfolio

Temubual TV | ShahGazer Observatory | Expedisi Gerhana Matahari |

219661_1844221437625_1369793_o

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Shahrin Ahmad, pemilik Falak Online, merupakan seorang ahli astronomi amatur, penceramah dan penyelidik teknologi.

Berkecimpung di dalam bidang Astronomi sejak tahun 1984, iaitu menjangkau 30 tahun. Beliau juga berpengalaman luas di dalam bidang perkomputeran astronomi, peralatan astronomi dan astrofotografi. Beliau sering dijemput menyampaikan kertas kerja di dalam seminar dan konvensyen Falak dan Astronomi di Malaysia, serta bertindak sebagai penceramah bebas yang memperkenalkan keindahan alam semesta kepada masyarakat, di sekolah-sekolah, universiti dan masjid/surau. Beliau juga mengendalikan bengkel dan menjadi tenaga pengajar di dalam beberapa siri kursus astronomi dan astrofotografi.

Beliau amat menggemari fenomena Gerhana Matahari Penuh, dan telah mengembara ke Turki (2006), Indonesia dan China (2009) , Australia (pada 14 Nov 2012 dan 10 Mei 2013). Beliau juga amat menggemari langit selatan terutama dari Australia, dan telah beberapa kali ke sana untuk merakam keindahan langit malam yang begitu menakjubkan.

Beliau memiliki sebuah Balai Cerap persendirian di rumahnya di Sri Damansara, yang dikenali sebagai ShahGazer Observatory yang telah siap dibina pada Feb 2011. Peralatan astronomi seperti Teleskop, Kamera CCD yang dipasang di balai cerap tersebut membolehkan beliau menerokai langit siang dan malam, dan merakamnya menerusi kamera khas untuk dikongsi dengan orang ramai. Foto-foto beliau sering terpilih di dalam beberapa laman web Astronomi luar negara, seperti UniverseToday.com dan Spaceweather.com

Penerima beberapa geran, beliau kini fokus membangunkan perisian integrasi instrumentasi astronomi menerusi syarikat beliau, AstroTech Consulting & Services. Beliau percaya untuk menguasai ilmu Astronomi sekarang, seseorang perlu menguasai segala teknologi serta skil yang mendokongnya, seperti perkomputeran, matematik, kemampuan mengolah data dan mencanainya menjadi maklumat yang berguna.

Beliau juga memberi khidmat nasihat secara langsung atau tidak langsung kepada komuniti peminat Astronomi di Malaysia menerusi portal beliau, Falak Online, serta laman sosial Facebook dan Twitter. Selain itu, beliau juga turut terlibat di dalam pembangunan perisian, penambahbaikan beberapa buah balai cerap di Malaysia.

<Last updated 2 Nov 2014>

2014

  • 20 Feb – Kuliah Maghrib berkenaan Ilmu Falak di UniKL, Malaysian Institute of  Aviation Technology, di Jenderam Hulu, Dengkil, Selangor.
  • 22 Feb – Pertandingan Astronomi untuk Kelab-kelab Falak anjuran Jabatan Mufti Negeri Sembilan, di Masjid Bandar Baru Senawang.
  • 22 Feb – Syarahan Astronomi dan Cerapan Langit Malam di Mahaad Tahfiz Al-Quran Kg Berhala Gantang, Temerloh, Pahang, anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang.
  • 26 Feb – Expedisi Fenomena Grazing Occultation planet Zuhrah, di Perlis, bersama-sama dengan Unit Falak Jabatan Mufti Pulau Pinang dan Jabatan Mufti Kedah.
  • 28 Feb – Kuliah Maghrib berkenaan Ilmu Falak dan Cerapan Malam di Surau Al Hikmah,Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) Batu 8, Gombak
  • 1 Mac – Syarahan Astronomi dan Cerapan Langit Malam di Kg Sungai Lembing, Pahang, anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang.
  • 15 Mac – Syarahan Astronomi di Cerapan Perdana Langit Malam, anjuran Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, di Taman Tasik Permaisuri, Cheras.
  • 25 Mac – Syarahan Astronomi bersama orang asli anjuran Masjid Bukit Damansara, di Balai Cerap Teluk Kemang, Negeri Sembilan.
  • 26-29 Mac – Tenaga pengajar di Kem Astrofotografi anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang, di Salang Indah Resort, Pulau Tioman.
  • 2 Apr – Syarahan Astronomi di SMK Wangsa Maju
  • 9 Apr – Syarahan Astronomi bersama ahli Kelab Falak SMK Lembah Keramat
  • 9 Apr – Syarahan Astronomi di Sekolah Alam Shah Putrajaya
  • 11 Apr – Syarahan Astronomi sempena Minggu Sains di SRK Sijangkang, Selangor
  • 12 Apr – Syarahan Astronomi sempena Karnival Literasi Falak di Masjid Daerah Bera, Pahang, anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang.
  • 19 Apr – Syarahan Astronomi sempena Karnival Literasi Falak di SK Pawang Nong Pahang, anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang.
  • 25 Apr – Pembetangan kertas kerja sempena Seminar Astronomi di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  • 2 Mei – Syarahan Astronomi sempena Karnival Literasi Falak di SMA Pulau Tawar, Jerantut, Pahang, anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang.
  • 3 Mei – Syarahan Astronomi sempena Konvensyen Falak Wilayah Persekutuan, di SMK Petaling, anjuran Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
  • 9 Mei – Penganjuran program cerapan umum sempena program OneSky, di Balai Cerap Teluk Kemang, Negeri Sembilan.
  • 10 Mei – Syarahan Astronomi sempena Hari Falak Melaka, di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka.
  • 15 Mei – Ahli panel kepada program Forum Astronomi, di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.
  • 17 Mei – Syarahan Astronomi sempena Karnival Literasi Falak di SMA Rompin, Pahang. Anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang.
  • 22 Mei – Syarahan Astronomi dan Cerapan Malam di Masjid Sultan Zainal Abidin, Terengganu Darul Iman.
  • 28 Mei – Syarahan Astronomi sempena Karnival Literasi Falak di Jabatan Perkhidmatan Awam Kuantan, Pahang. Anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang.
  • 29 Mei – Syarahan Astronomi di SMA Pekan, Pahang anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang.
  • 4-6 Jun – Tenaga pengajar kepada Bengkel Praktikal Perisian Astronomi Bagi Tenaga Pendidik – Siri 1, anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang di Kuantan.
  • 15 Jun – Forum Isra Mikraj anjuran Nisa Putrajaya, di Masjid Besi Putrajaya.
  • 21 Jun – Syarahan Astronomi dan Cerapan sempena Karnival KoFalak di SK Raub Indah, Raub, Pahang. Anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang.
  • 10 Julai – Syarahan umum Astronomi untuk Pegawai PTD di INTAN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
  • 15 Julai – Kuliah Maghrib/Astronomi di Surau Hj Hassan Sijangkang sempena Nuzul Quran.
  • 29 Ogos – Syarahan Astronomi sempena Perhimpunan Pengakap LautPeringkat Kebangsaan kali pertama 2014, di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
  • 6 Sep – Syarahan Astronomi sempena program Jom Teropong 2014 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor.
  • 27 Sep – 6 Okt – Expedisi Astrofotografi Luar Negara di Coonabarabran dan Siding Spring Observatory, di New South Wales, Australia.
  • 10 Okt – Syarahan sempena Program Falak Sekolah-sekolah Selangor di SK Seksyen 13 Shah Alam, anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor.
  • 11 Okt – Mengendalikan Kuiz Astronomi sempena Program Falak Sekolah-sekolah Selangor di SK Seksyen 13 Shah Alam, anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor.
  • 18 Okt – Membentang Kerja Kerja “Potensi iTelescope” sempena Seminar EduFalak USM, anjuran Kelab Astronomi USM, di Pulau Pinang.
  • 21 Okt – Syarahan Astronomi dan Cerapan Malam untuk Pelajar Tingkatan 3 MRSM Johor Bahru.
  • 24 Okt – Syarahan Astronomi kepada peserta bengkel Falak UNISEL.
  • 27 Okt – Syarahan Astronomi dan Cerapan Malam untuk Pelajar Tingkatan 3 MRSM Serting, Negeri Sembilan.
  • 28 OKt – Lawatan para pelajar (SKM) SK Tun Haji Abdul Malek, Rembau, Negeri Sembilan ke ShahGazer Observatory (SGO).
  • 1 Nov – Syarahan Astronomi sempena program Jom Teropong 2014 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor.

2013

  • 12 Jan – Program Cerapan Astronomi anjuran Sekolah Menenga Alam Shah Presint 2, Putraya, di Baitul Hilal Teluk Kemang, Port Dickson
  • 24 Jan – Ceramah bertajuk “Pendedahan Dunia Astronomi Dalam Konteks Islam”, anjuran Universiti Malaysia Terengganu
  • 11 Feb, Ceramah Astronomi sempena Ulangtahun Ke-19, Planetarium Negara, Kuala Lumpur.
  • 19 Feb, Ceramah Astronomi di SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
  • 27 Feb, Ceramah Astronomi di SK Dato Onn Subang Jaya. Karnival Sains Islam, Negeri Sembilan, 15-17 Mac 2013
  • 25 Mac, Ceramah Astronomi di AstroTalk SMK Bukit Jelutong.
  • 1-2 Apr, Tenaga Pengajar Kursus Teleskop Guru-Guru Sekolah Pulau Pinang, anjuran Jabatan Mufti Pulau Pinang
  • 20-21 Apr, Tenaga Pengajar Bengkel Astrofotografi anjuran Kelab Astronomi Amatur Malaysia, di Balai Cerap Teluk Kemang sempena Hari Astronomi Sedunia Peringkat Negeri Sembilan.
  • 7-12 Mei, Ekspedisi Gerhana Matahari Cincin di Newman, Australia Barat.
  • 17 Mei, Ceramah Astronomi untuk Kelab-kelab Falak Sekolah Negeri Kedah, anjuran Jabatan Mufti Kedah.
  • 5 Jun, ahli panel Forum Perdana Satu Malam Seribu Pengajaran, Bicara Perjalanan Agung Isra Mikraj, anjuran Masjid Asy-Syakirin KLCC
  • 15 Jun, ahli panel Forum Ceramah Khas Israk Mikraj: Antara Islam dan Sains, di Dewan Solat Masjid Tabung Haji Kelana Jaya. (bersama-sama dengan Ustaz Shahrizan Daud At Turabi)
  • 20 Jun. Ceramah Astronomi di Politeknik Muazam Shah, Pahang. Anjuran Jabatan Mufti Pahang.
  • 21 Jun. Kursus Literasi Falak di Wisma Sri Pahang, bersama-sama dengan staf SUK Pahang. Anjuran Jabatan Mufti Pahang
  • 22 Jun. Ceramah Astronomi di Hari Falak Melaka, di Kompleks Falak Al- Khawarizmi Tanjung Bidara, Melaka.
  • 27 Jun. Ceramah Astronomi di Karnival Ko Falak di Sek Men Agama Al Ehsan, Kuantan, Pahang. Anjuran Jabatan Mufti Pahang.
  • 3-5 Julai. Penceramah Bengkel Pengendalian Teleskop dan Astrofoto, di Taman Negara, Pahang. Anjuran Jabatan Agama dan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • 8 Julai. Temubual bersama akhbar New Straits Times, ruangan Life & Times
  • 10 Julai. Temubual bersama akhbar KOSMO
  • 27 Julai. Ceramah Astronomi dan perasmian Kelab Astronomi dan ICT Malaysia, di Kedah.
  • 2 Ogos. Ceramah Astronomi di SMK Sijangkang Jaya, Selangor
  • 11 Ogos. Temubual di akhbar Berita Harian
  • 12 Ogos. Cerapan Meteor Perseids di Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
  • 23-25 Ogos. Menghadiri Australian Astro Imaging Conference di Gold Coast, Queensland, Australia.
  • 30 Ogos. Cerapan Malam di Ambang Merdeka, anjuran Kelab Astronomi Amatur Malaysia, di Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
  • 25-26 Sep. Penceramah untuk Kursus Pengendalian Teleskop dan Astrofotografi anjuran Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) di Tanjung Malim, Perak.
  • 18 Okt – Kuliah Maghrib “Ilmu Falak” di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya.
  • 24 Okt – Ceramah Astronomi di MRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis, Pahang.
  • 25 Okt – Ceramah Astronomi di SMK Sijangkang Jaya, Selangor.
  • 26 Okt – Ceramah Astronomi sempena Pesta Konvokesyen dan program “Ku Petik Bintang-Bintang” anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
  • 5 Nov – Kuliah Maghrib “Ilmu Falak” di Surau Al-Hijrah, Taman Industri Bolton, Batu Caves, Selangor.
  • 7 Nov – Forum Perdana Astronomi di UIAM, Gombak.
  • 9 Nov – Ceramah bertajuk “Ilmu Falak – Kepentingannya kepada umat manusia” sempena Program Seminar Falak Astronomi Samawi Peringkat Kebangsaan, di KISAS, Kelang, anjuran Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor.
  • 15 Nov – Ceramah Astronomi di Universiti Sains Malaysia, anjuran Museum USM
  • 23 Nov – Ceramah umum bertajuk “Countdown to ISON” di Planetarium Negara, Kuala Lumpur.
  • 24 Nov – Bengkel “Kenali Teleskopku Siri 1 Batch 1″ anjuran Falak Online, di Kuala Lumpur.
  • 30 Nov – Kuliah Maghrib berkenaan Ilmu Falak di Masjid Jamiul Ehsani, Kg Sijangkang, Banting, Selangor.
  • 14 Dis – Ceramah Astronomi dan Cerapan Malam di Dataran Johor Bharu, anjuran Petrosains Playsmart Johor.
  • 15 Dis – Ceramah Astronomi untuk pengunjung di pejabat Petrosains Playsmart Johor.
  • 21 Dis – Ceramah Almanak Astronomi 2014, di Balai Cerap Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

2012

  • Temubual di Radio BFM 89.9 pada 8 Feb 2012
  • Ceramah Astronomi dan Cerapan Malam di Sekolah Menengah Agama Al-Falah Batu Talam, Raub anjuran Unit Falak Jabatan Mufti Pahang pada 9-10 Mac 2012
  • Tenaga Pengajar Kem Astronomi Kelantan, anjuran SUK Kelantan di Tok Aman Bali Resort, pada 30 Mac – 2 Apr 2012
  • Ceramah Astronomi di Apartment Harmoni, Damansara Damai pada 7 Apr 2012
  • Ceramah Astronomi di Masjid Jalan Gambang, Pahang, anjuran bersama Unit Falak Jabatan Mufti Pahang pada 8 Apr 2012
  • Ceramah Astronomi di Taman Wetland, Putrajaya anjuran Malaysian Nature Society pada 13 Apr 2012.
  • Ceramah Umum Astronomi – Explorasi Alam Semesta sempena Yuri’s Night, anjuran Planetarium Negara, Kuala Lumpur pada 15 Apr 2012
  • Ceramah Astronomi untuk pegawai, guru peringkat Negeri Pahang, di Janda Baik, Pahang, anjuran Unit Falak Jabatan Mufti Pahang pada 18 Apr 2012
  • Ceramah Astronomi di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 23 Apr 2012
  • Tenaga pengajar Kursus Astronomi untuk staf dalaman, Jabatan Mufti Pulau Pinang, pada 4-6 Mei 2012
  • Ceramah Umum Astronomi sempena Hari Falak Melaka, di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, anjuran Jabatan Mufti Melaka, pada 12 Mei 2012
  • Expedisi Cerapan Gerhana Matahari Separa di Sandakan, Sabah pada 20-21 Mei 2012
  • Menganjurkan expedisi “Kembara 2 Gerhana” untuk fenomena Gerhana Bulan Separa dan Transit Venus, di Sandakan, Sabah anjuran Falak Online pada 4-7 Jun 2012
  • Ceramah Isra Mikraj anjuran Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak pada 14 Jun 2012
  • Ceramah Isra Mikraj di Masjid Al-Azim Kampung Kelanang, pada 15 Jun 2012
  • Ahli Panel Forum Perdana Isra Mikraj di Masjid Bangsar, pada 18 Jun 2012
  • Ceramah Isra Mikraj di KIPSAS, Kuantan, Pahang pada 22 Jun 2012
  • Ahli Panel Forum Perdana Isra Mikraj di Masjid Bukit Damansara, pada 28 Jun 2012
  • Ceramah Astronomi di SMA Al-Wosto, Pahang, anjuran Jabatan Mufti Pahang pada 6 Julai 2012
  • Ceramah Isra Mikraj di Surau Maktab Perguruan Gombak pada 7 Julai 2012
  • Ceramah Astronomi di SMA Al Ihsan, Pahang anjuran Jabatan Mufti Pahang pada 13 Julai 2012
  • Ceramah Pengenalan Asas Penggunaan Teleskop, anjuran Unit Falak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Saidina Osman, Bandar Tun Razak,  pada 26 Julai 2012

2011

  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Management and Science University, Shah Alam, anjuran Unit Falak Jabatan Mufti Pulau Pinang pada 15 Jan 2011
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, Selangor pada 26 Jan 2011
  • Penganjur aktiviti Program Realiti Menjejak Bintang Musim ke-2, di Pantai Mek Mas, Kelantan pada 1-5 Feb 2011
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Masjid Jugra, Banting ,Selangor pada 9 Feb 2011
  • Peserta jemputan sesi cerapan program Jom Teropong Angkasa, anjuran Unit Falak Jabatan Mufti Negeri Selangor di Dataran Shah Alam, pada 19 Feb 2011
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan Program Kemahiran Falak, anjuran Jabatan Mufti Negeri Sembilan, di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban pada 25-27 Feb 2011
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan di SMK Seri Ampangan, Seremban pada 11 Mac 2011
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan sempena Perkhemahan Perdana Falak Negeri Sembilan, anjuran Unit Falak Jabatan Mufti Negeri Sembilan pada 26 Mac 2011
  • Peserta sesi cerapan awan sempena istiqbal Zuhal di Balaicerap Universiti Malaya pada 3 Apr 2011
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Jerantut, Pahang anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 23 Apr 2011
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Sekolah Darul Muhibbin, Taman Seri Keramat, KL anjuran The Signs Lab pada 29 Apr 2011
  • Penceramah jemputan dan Sesi Cerapan sempena Kem Astronomi 2011 Peringkat negeri Kelantan anjuran Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat (BPTM) Kerajaan Negeri Kelantan & Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) pada 5-7 Mei 2011
  • Penceramah jemputan sempena Hari Falak Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, pada 21 Mei 2011
  • Penceramah jemputan di SK Sg Buaya, Banting sempena aktiviti Kem Cuti Sekolah pada 28 Mei 2011
  • Penceramah jemputan dan Sesi Cerapan Malam sempena Program anjuran Malaysian Nature Society di Kerteh, Terengganu pada 3 Jun 2011
  • Penceramah jemputan dan Sesi Cerapan Malam sempena Program Astronomi di SMKA Tengku Ampuan Afzan, Jerantut, Pahang anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 17 Jun 2011
  • Penceramah jemputan dan Sesi Cerapan Malam sempena Program Astronomi di SMA Chenor, Pahang anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 25 Jun 2011
  • Ahli Panel forum Israk Mikraj – Antara Islam dan Sains, anjuran Masjid Muadz Bin Jabal Setiawangsa pada 30 Jun 2011
  • Penceramah jemputan sempena Israk Mikraj anjuran Surau Nurul Iman, Kg Lombong, Kota Kemuning pada 1 Julai 2011
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan malam di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi, pada 2 Julai 2011
  • Tetamu Malaysia Hari Ini, TV3 “Meneroka angkasa di hujung jari” ditemubual oleh Ahmad Fedtri Yahya, pada 5 Julai 2011
  • Penceramah jemputan sempena dan sesi cerapan malam Israk Mikraj anjuran Surau Nurul Iman, Kg Lombong, Kota Kemuning pada 1 Julai 2011
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan malam sempena Isra Mikraj, anjuran Surau As-Sakeenah, TTDI Jaya, Selangor pada 7 Julai 2011
  • Sesi Syarahan umum Astronomi sempena Penang Astronomy Convention di USM pada 8 Julai 2011, anjuran Jabatan Mufti Pulau Pinang
  • Ceramah Astronomi dan Cerapan Malam di Sekolah Menengah Alam Shah, Putrajaya, pada 20 Julai 2011
  • Ceramah Astronomi di Politeknik Ungku Omar, Ipoh pada 27 Julai 2011
  • Ceramah Umum Astronomi di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, sempena Hari Terbuka Planetarium pada 15-16 Okt 2011
  • Ceramah Astronomi dan Cerapan Malam di Bagan Lalang, Selangor anjuran Jabatan Pelajaran Selangor pada 20 Okt 2011
  • Sidewalk Astronomy anjuran Planetarium Negara, di Taman Tasik Titiwangsa pada 29 Okt 2011.
  • Ceramah Astronomi di MRSM Alor Gajah, pada 31 Okt 2011
  • Mengendalikan Kursus Astrofogografi untuk Staf Dalaman Agensi Angkasa Negara, di Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam pada 1-4 Nov 2011
  • Ceramah Astronomi di Sekolah Menengah Methodist, Kuala Lumpur pada 10 Nov 2011
  • Ceramah Astronomi dan Cerapan Malam, anjuran ICT Johor, di Gunung Ledang, Taman Negara, pada 16 Nov 2011
  • Ceramah Astronomi dan Kursus Kendalian Teleskop untuk Kelab Astronomi Universiti Malaysia Pahang, pada 30 Nov 2011
  • Ceramah Gerhana Bulan dan Cerapan Gerhana Bulan di Balai Cerap Teluk Kemang, Negeri Sembilan, anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan pada 10 Dis 2011

2010

  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan malam di Universiti Islam Antarabangsa, PJ pada 6 Jan 2010
  • Terlibat di dalam program pencerapan Gerhana Matahari Separa bersama-sama dengan Planetarium Negara di Pekan Rabu, Langkawi pada 15 Jan 2010
  • Mengendalikan sesi tutorial Astronomi (siri 3) untuk Kelab Astronomi SMA Sheikh Ahmad Said, Seremban pada 27 Jan 2010
  • Sesi cerapan di Balaicerap Universiti Malaya untuk fenomena Istiqbal Marikh pada 29 Jan 2010
  • Sesi pameran Astronomi di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara bersempena Mini Ekspo MAM pada 30 Jan 2010
  • Penceramah jemputan untuk aktiviti Raptor Watch anjuran Malaysian Nature Society di Teluk Kemang, Negeri Sembilan pada 12 Mac 2010
  • Penceramah jemputan Majlis Cerapan sempena Maulidurasul anjuran Surau As-Sakeenah, TTDI Jaya, Shah Alam pada 26 Mac 2010
  • Penceramah jemputan Sesi Cerapan sempena Seminar Falak Syarie Moden anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dan UiTM Arau, di UiTM Arau pada 31 Mac 2010
  • Penceramah jemputan Sesi Cerapan di Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1 April 2010
  • Penceramah jemputan “Contemplating the Signs of Allah through Astronomy”, anjuran Development Division, International Islamic University Malaysia, Gombak pada 13 April 2010
  • Penceramah jemputan Karnival Falak di Sekolah Menengah Agama Al-Wosto, Temerloh, Pahang anjuran bersama Unit Falak Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 17 April 2010
  • Penceramah jemputan Malam Cerapan Astronomi anjuran Sekolah Kebangsaan Prescint 16 (2) Putrajaya pada 23 April 2010
  • Penceramah jemputan Eksplorasi Angkasa sempena Seminar Falak Selangor, anjuran Jabatan Mufti Selangor dan Lembaga Zakat Selangor di UNISEL pada 24 April 2010
  • Penceramah jemputan Sesi Pengenalan Alam Semesta di SMK Vivekananda, Brickfield, KL pada 5 Mei 2010
  • Penceramah jemputan Sesi Cerapan Malam di Sekolah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang pada 5 Mei 2010 anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang
  • Penceramah jemputan Sesi Cerapan Malam sempena Hari Falak Negeri Melaka 2010 anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara pada 22 Mei 2010
  • Penceramah jemputan sesi Astronomi sempena Kem Ibadah Jamiyah Singapura di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka pada 19-20 Julai 2010
  • Penceramah jemputan sesi Explorasi Alam Semesta sempena Perkhemahan ICT di Machang, Kelantan pada 25 Jun 2010.
  • Penceramah jemputan sesi Astronomi dan Cerapan di Surau Al-Firdaus, Taman Banting Baru, Banting pada 27 Jun 2010.
  • Penceramah jemputan di SMK Segambut Jaya, sempena program Isra’ Mikraj pada 30 Jun 2010
  • Penceramah jemputan slot Astronomi sempena aktiviti perkhemahan pelajar sekolah menengah anjuran Putrajaya Wetland, bersama-sama dengan Signs Lab pada 2 Julai 2010
  • Penceramah jemputan untuk aktiviti bersama orang asli di Baling Kedah, pada 10-11 Julai 2010
  • Penceramah jemputan untuk sesi pengenalan Astronomi dan Cerapan Malam anjuran Kolej Matrikulasi Selangor pada 15 Julai 2010
  • Penceramah jemputan untuk sesi Astronomi di Surau Al-Amin, Setapak Indah pada 17 Julai 2010
  • Penceramah jemputan sesi Pengenalan Alam Semesta anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Dewan Sivik MBPJ pada 23 Julai 2010
  • Penceramah jemputan untuk sesi Pengenalan Astronomi dan Cerapan Langit Malam untuk para pelajar Sekolah Menengah Sri Tanjung, Melaka, anjuran Kompleks Falak Al-Khawarizmi pada 7 Ogos 2010
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan untuk aktiviti Malam Meneropong Bulan anjuran Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara pada 21 Ogos 2010
  • Penceramah jemputan untuk program Pengenalan Astronomi anjuran Kelab Astronomi Kolej Matrikulasi Kedah, di Kulim pada 24 Sep 2010
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Kuala Lipis, anjuran Unit Falak, Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 25 Sep 2010
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Kolej MARA Beranang pada 29 Sep 2010
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Bagan Lalang anjuran Malaysian Nature Society pada 2 Okt 2010
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Kompleks Falak Al-Khawarizmi Melaka, anjuran Kelab Geomatik UiTM, Shah Alam pada 9 Okt 2010
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan di MRSM Serting, Negeri Sembilan pada 23 Okt 2010
  • Penceramah jemputan di Planetarium Negara, sempena ijtimak Kelab-Kelab Falak Kuala Lumpur, anjuran Unit Falak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 4 Nov 2010
  • Sesi Cerapan Awam di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur anjuran Planetarium Negara pada 20 Nov 2010
  • Peserta dan penceramah terjun kursus Astrofotografi The World At Night (TWAN) anjuran Planetarium Negara pada 4-5 Disember 2010

2009:

  • Penceramah jemputan dan Aktiviti Cerapan bersama-sama pelajar-pelajar sekolah Negeri Sembilan di Rumah Peranginan Kerajaan Negeri, Teluk Kemang, anjuran Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus pada 14-15 Jan 2009.
  • Penceramah jemputan dan Aktiviti Cerapan untuk Falak Outreach Services, di bawah anjuran PROSTAR Kuala Lumpur di Masjid Al-Iklasiah, Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur pada 17 Jan 2009
  • Membantu mengesahkan arah kiblat menggunakan kaedah dan utiliti dari web KUSZA untuk pejabat urusan Galeri Ilmu Sdn Bhd di Kota Damansara pada 22 Jan 2009
  • Menyertai rombongan pasukan Malaysia, NETT (National Eclipse Tracker Team) ke Anyer, Indonesia untuk cerapan Gerhana Matahari Cincin pada 26 Jan 2009
  • Membentang kertas kerja – Muslim’s Discovery – Exploration to Outer Space – serta menjadi ahli panel Forum Astronomy Outreach Program, sempena aktiviti NITROS anjuran Kelab Astronomi UIAM, Gombak pada 30 Jan – 1 Feb 2009
  • Tenaga pengajar bagi Kelas Falak UIAM, anjuran Kelab Astronomi UIAM, selama 5 siri kelas bermula dari 13 Feb hingga 14 Mac 2009
  • Penceramah jemputan untuk sesi Pengenalan Dunia Astronomi bagi pengunjung PKNS Bangi, pada 14 Feb 2009
  • Penceramah jemputan untuk sesi Cerapan dan Stargazing di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya pada 6 Mac 2009
  • Penceramah jemputan untuk sesi Pengenalan Astronomi dan Falak di SMK Seksyen 16, Shah Alam, pada 10 Mac 2009
  • Penceramah jemputan untuk Sesi Astronomi sempena MNS Raptor Watch anjuran Malaysian Nature Society di Eagle Ranch, Teluk Kemang, Negeri Sembilan pada 13 Mac 2009
  • Sesi pencerapan di Pantai Mek Mas, bersama ahli-ahli Falak Online dan Dr. Rowi pada 20 hingga 22 Mac 2009
  • Penceramah dan Tenaga Pengajar jemputan untuk aktiviti 100 Hours of Astronomi peringkat Kebangsaan anjuran UiTM Arau, Perlis pada 2 hingga 5 April 2009
  • Penceramah jemputan Stargazing Night, anjuran Kelab Rekreasi Fakulti Pendidikan Universiti Putra Malaysia, di Kelab Golf UPM pada 10 April 2009
  • Penceramah Jemputan untuk Aktiviti Malam Jelajah Angkasa, anjuran KAFA Integrasi Al-Irshad di Masjid Al-Ubudiah, Tasek Tambahan, Ampang pada 11 April 2009
  • Penceramah jemputan untuk Bengkel Astronomi anjuran Kelab Astronomi UPSI di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada 12 April 2009
  • Penceramah jemputan Astronomy Talk Show di Khalifah Model School, Ampang anjuran The Signs Lab pada 17 April 2009
  • Penceramah jemputan sesi Pengenalan Astronomi dan Malam Cerapan di Sekolah Menengah Agama Al-KHairiah, Temerloh, Pahang, anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 29 April 2009
  • Penceramah jemputan di Masjid Ar-Ridzuaniah, Kuala Kangsar, Perak pada 2 Mei 2009
  • Penceramah jemputan pada sesi cerapan malam di Hari Falak Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi pada 8 Mei 2009
  • Program cerapan di Konvensyen Falak Negeri Sembilan di SMKA Sheikh Haji Mohd Said pada 9 Mei 2009
  • Mengikuti cerapan umum OzSky Star Party di Coonabarabran, Australia dan South Pacific Star Party di Wiruna, Australia pada 19-25 Mei 2009
  • Penceramah jemputan di Konvensyen Falak Kuala Lumpur di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Manjalara, Kepong. Anjuran Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan pada 27 Jun 2009
  • Penceramah jemputan di Konvensyen Astronomi Pulau Pinang 2009 dengan membawa tajuk “Jalan Menuju Gerhana Matahari 2009″ anjuran Jabatan Mufti Pulau Pinang di USM pada 4 Julai 2009
  • Menganjur trip ke Jiaxing, China untuk menjejaki Gerhana Penuh Matahari pada 20-24 Julai 2009
  • Penceramah jemputan di Konvensyen Falak Negeri Selangor 2009 di SIRIM Shah Alam, anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan membawa tajuk “Pengalaman NETT menjejaki Gerhana Matahari di China” pada 1 Ogos 2009
  • Penceramah jemputan Astronomy Talk Show di Khalifah Model School, Ampang anjuran The Signs Lab pada 7 Ogos 2009
  • Penceramah jemputan sempena perlancaran Kelab Astronomi Sekolah Menengah Methodist(L) Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2009
  • Menyertai program cerapan Oposisi Planet Musytari anjuran Makmal Fizik Angkasa, Universiti Malaya pada 14 Ogos 2009
  • Penceramah jemputan dan program cerapan Ramadhan di Masjid Bandar Sri Damansara pada 5 Sep 2009
  • Penceramah jemputan dan program cerapan Ramadhan di Masjid Pulau Indah, Kelang pada 14 Sep 2009
  • Penceramah jemputan di Konvensyen Astronomi Peringkat Negeri Perak di UPSI, Tanjung Malim pada 10-11 Okt 2009
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan di MRSM Serting, Negeri Sembilan, sempena aktiviti MARA intensive gifted & talented youth (MIGTY) pada 24 Okt 2009
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Tadika IIUM Montesori Subang, pada 30 Okt 2009
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Putrajaya Wet Land bersama Signs Lab, sempena aktiviti perkhemahan pelajar PMR pada 31 Okt 2009
  • Peserta Seminar Islamic Astronomy bersama Prof.David A. King di INSTUN, Tanjung Malim pada 3-5 Nov 2009
  • Mengendalikan sesi tutorial Astronomi untuk Kelab Astronomi SMA Sheikh Ahmad Said, Seremban pada 9 Okt 2009
  • Pembentang kertas kerja “Pengalaman Mencerap Gerhana di China” dan Penceramah Talk-Show “Pengembaraan Langit Malam” di MAHAAD Pusat Bandar Jengka sempena Konvensyen Falak Negeri Pahang, anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang, pada 12 Nov 2009
  • Penceramah jemputan Program Kem Sains di Glory Beach Resort, Negeri Sembilan bersama-sama dengan Unit Falak Jabatan Mufti Negeri Sembilan pada 21-23 Nov 2009
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Surau Bangi Perdana sempena Kem Ibadah Remaja pada 2 Disember 2009
  • Penceramah jemputan dan sesi cerapan di Nur Lembah Pansung, Hulu Langat anjuran Galeri Ilmu Sdn Bhd sempena Kem Solat ASUH pada 8 Disember 2009
  • Penceramah jemputan membentang kertas kerja bertajuk “Astronomy Technology Today, Unlimited Possibilities Tomorrow” sempena Islamic Science and Technology anjuran UIAM PJ pada 28 Disember 2009

2008:

  • Penceramah Bengkel Astronomi dan Cerapan Bintang 2008 anjuran Kelab Fizik Universiti Putra Malaysia pada 6 Jan 2008.
  • Sesi syarahan umum dan cerapan di Sekolah Bistari, USJ 5, Subang Jaya pada 22 Feb 2008.
  • Membentang Kertas Kerja – Perkembangan Dalam Dunia Teleskop – di Seminar Pendedahan Dunia Astronomi anjuran Kelab Astronomi IIUM pada 23-24 Feb 2008.
  • Ahli seminar Malaysia International Year of Astronomy anjuran ANGKASA bertempat di Hotel Equatorial Bangi, Selangor pada 1 Mac 2008
  • Moderator Sesi Syarahan Umum sempena Hari Falak Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi pada 10-11 Mei 2008
  • Terlibat di Sesi Cerapan Malam anjuran ANGKASA di Planetarium Negara, Kuala Lumpur pada 14 Mac 2008
  • Kerjasama bersama Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan menganjurkan Pertandingan Astrofotgrafi sempena Konvensyen Falak Negeri Sembilan di Masjid Sikamat,Seremban, Negeri Sembilan pada 16-18 Mei 2008
  • Penceramah Sesi Cerapan Umum sempena Konvensyen Falak Negeri Selangor 2008 di SIRIM, Shah Alam pada 19 Julai 2008
  • Penceramah Jemputan dan Sesi Cerapan Umum sempena Program Pendedahan Astronomi anjuran Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1 di Bandar Sri Damansara pada 25 Julai 2008
  • Penganjur aktiviti Cerapan dan Astrofotografi Falak Online di Empangan Selangor, Kuala Kubu Bharu pada 9 Ogos 2008.
  • Sesi Stargazing sempena aktiviti Astronomy Discourse anjuran Kelab Astronomi IIUM di IIUM, Gombak pada 15 Ogos 2008
  • Menjalankan Aktiviti Cerapan Umum Gerhana Bulan Separa,mengadakan Live Web Telecast dan Ceramah Umum Gerhana Matahari 2006 dan Persediaan untuk Gerhana Matahari 2009 anjuran ANGKASA di Planetarium Negara pada 16-17 Ogos 2008
  • Penceramah dan Sesi Cerapan Umum bersempena aktiviti Program Pendedahan Astronomi anjuran Rukun Tetangga Apartmen Harmoni, Damansara Damai pada 17 Ogos 2008
  • Penceramah Jemputan pembentangan kertas kerja bertajuk “Teknologi Teleskop” dan Talk-Show Malam Cerapan sempena Konvensyen dan Ekspo Astronomi 2008 anjuran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim pada 11-12 Okt 2008.
  • Penceramah Jemputan sempena Konvensyen Falak Kuala Lumpur 2008 di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada 25 Okt 2008.
  • Pengajur bersama serta penceramah jemputan (sesi kertas kerja dan talk-show cerapan) sempena Seminar Pendedahan Ilmu Falak & Astronomi Peringkat Sekolah-sekolah Negeri Selangor pada 8 Nov 2008 di Anggerik Mall, Shah Alam.
  • Penganjur Program Cerapan Juraian Meteor Geminids di Pantai Kelanang, Banting pada 13-14 Disember 2008.
  • Penceramah Jemputan untuk sesi Talk-Show Cerapan Malam dan Pameran Falak Online sempena Konvensyen Falak Negeri Pahang, di KIPSAS, Kuantan anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 22-23 Disember 2008.
  • Sesi Astrofotografi untuk ahli Falak Online di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu pada 24 Disember 2008.

2007:

  • Sesi cerapan fenomena Istiqbal Planet Zuhal di Balai cerap Fizik Angkasa, Universiti Malaya pada 10 Feb 2007.
  • Syarahan umum – Ekspedisi NETT mencerap Gerhana Matahari di Turki, sempena Seminar Kefahaman Asas Falak anjuran Unit Falak, Jabatan Mufti Negeri Sembilan di Ristec Beach Resort, Port Dickson, pada 28 Feb 2007
  • Cerapan Gerhana Penuh Matahari di Pantai Kelanang (4 Mac)
  • Buka gerai FalakOnline di Majlis Ijtima’ Ulama Pondok Senunsantara ke-2 di Yayasan Al-Jenderami, Dengkil pada 13-14 April 2007.
  • Membentang Kertas Kerja – Memasyarakatkan Astronomi : Peranan Astronomi Amatur, di Seminar Falak Peringkat Kebangsaan di UDM, Terengganu pada 30 April 2007 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu
  • Syarahan umum – Introduction to Astronomy – anjuran IIUM Protem Astronomy Club, Kulliyyah of Engineering, International Islamic University Malaysia pada 26 Mei 2007.
  • Syarahan umum Astronomi anjuran PROSTAR di Medan MARA, Kuala Lumpur pada 2 Jun 2007.
  • Sesi cerapan fenomena Istiqbal Planet Musytari di Balai cerap Fizik Angkasa, Universiti Malaya pada 6 Jun 2007.
  • Sesi syarahan umum Astronomi bersama para pelajar Pusat Pembangunan Usahawan Dan Kemahiran Perak (PESDC) di Ipoh, sempena Aktiviti Remaja Merentas Angkasa anjuran bersama Pusat Khidmat PROSTAR KL pada 9 Jun 2007.
  • Membentang Kerta Kerja – Potensi Astronomi Amatur di Malaysia – di Seminar Ilmu Falak Sempena Sambutan 20 tahun Persatuan Falak Syarie Malaysia di UNITEN, Bangi, pada 13-14 Julai 2007.
  • Sesi syarahan umum di Sekolah Rendah Agama Kg.Melayu Ampang, sempena Hari Kantin & Malam Jelajah Angkasa 2007 pada 28 Julai 2007.
  • Sesi syarahan umum Astronomi di PESDEC, Ipoh dan Masjid Tronoh, anjuran Imma Consultants pada 11 Ogos 2007.
  • Sesi syarahan umum dan cerapan di Masjid Pandah Indah, Kuala Lumpur anjuran Kelab Remaja JIM (KRJ) Kelana Jaya, pada 22 Ogos 2007
  • Membentang kertas kerja “The Future of Astronomy” sempena Workshop Youth For Space: The Next 50 Years di ILKAP, Bangi anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) pada 8-9 Sep 2007
  • Mengelolakan aktiviti cerapan Meteor Geminids di Ulu Yam untuk ahli-ahli FalakOnline, pada 14 Disember 2007.

2006:

  • Membentang Kertas Kerja – Video Astronomy, di Konvensyen Astronomi USM, Pulau Pinang.
  • Penceramah sempena Malaysian Nature Society (MNS) Raptor Watch Week di Ilham Resort, Port Dickson pada 4 Mac 2006.
  • Syarahan umum dan sesi cerapan di Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, anjuran Unit Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor pada 18 Mac 2006.
  • Mengikuti Eskpedisi mencerap Gerhana Penuh Matahari di Turki bersama-sama National Eclipse Tracking Team (NETT) Malaysia pada 29 Mac 2006
  • Syarahan Umum sempena Hari Astronomi Sekolah Kebangsaan Janda Baik, anjuran USM Astronomy Club pada 20 Mei 2006.
  • Syarahan umum dan sesi cerapan di Petronas Refinery Melaka, 30 Jun 2006
  • Ahli Panel National Eclipse Tracking Team (NETT) untuk tajuk Catatan Pengembaraan Gerhana di Turki – di Konvensyen Falak Selangor 2006 anjuran Unit Falak, Jabatan Mufti Selangor di KUIS, Bangi pada 15-16 Julai 2006.
  • Syarahan umum – Video Astronomi – sempena Wacana Falak di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya anjuran Lajnah Falak, Akademi Pengajian Islam, UM pada 15 Sep 2006

2005:

  • Mengikuti seminar Munaqasyah Falak – Pengkisahan Tokoh Falak Al-Marhum Haji Mohd Khair Haji Mohd Taib di Ipoh, Perak pada 23 April 2005.
  • Mengikuti Kursus Rubu’ Mujayyab di Balaicerap Al-Khawarzimi, Melaka pada 24-26 Jun 2005
  • Membentang Kertas Kerja – Pengalaman Mencerap Cakerawala di Malaysia , sempena Konvensyen Falak Negeri Selangor di Muzium Kesenian Islam Selangor di Shah Alam pada 24-25 Sep 2005

2004

  • Membentang Kertas Kerja – Video Astronomi : Suatu Revolusi, sempena Seminar Teleskop 2004 anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) – 28 Dis 2004

2003

  • Syarahan umum dan Sesi Cerapan Bintang anjuran Astronomy Interest Group Putra (AIG) UPM pada 14 Feb 2003

2000:

  • Dilantik menjadi koordinator Astronomy Group bagi Malaysian Nature Society cawangan Selangor.

1999

  • Mula bangunkan komuniti peminat astronomi di internet, dengan menubuhkan laman web Falak Online

1998:

  • Mencerap Gerhana Matahari Cincin (Annular) di Pulau Aur bersama-sama dengan team dari Malaysian Nature Society (Ogos 1998)
  • Mula wujudkan komuniti peminat astronomi menerusi email (mailing list yahoogroups) iaitu Falak-Net

1997-1998

  • Aktif bersama Astronomy Interest Group Putra (UPM) dibawah kendalian Prof. Madya Dr. Zaidan Abdul Wahab

1984:

  • Mula minat dengan astronomi.

 

 

  • http://Hal.blogspot.com Josef

    I read a lot of interesting content here. Probably you spend a lot
    of time writing, i know how to save you a lot of time, there is an online
    tool that creates readable, SEO friendly posts in minutes, just search in google – k2seotips unlimited content