Sumbangan

Sebagaimana yang diketahui, portal Falak Online ini merupakan sebuah laman web yang disedia dan dikendalikan oleh saya sendiri, sejak tahun 1999 lagi. Ia merupakan satu sumbangan kecil kepada peminat-peminat Astronomi di Malaysia khasnya, dan Asia Tenggara amnya, di dalam perkongsian informasi dan berita dunia Astronomi.

Ia juga merupakan satu cara saya mengembalikan segala ilmu yang Allah SWT telah kurniakan kepada saya, kepada masyarakat, agar seramai mungkin dapat manfaat daripada satu cabangan ilmu yang begitu memberi kesan kepada kehidupan kita semua.

Namun, untuk menyediakan sebuah portal yang konsisten dengan maklumat mestilah disertakan dengan sewaan web hosting yang reliable. Ini secara tidak langsung mempunyai kos sewaan dan penyelenggaraan tahunan.

Untuk pengetahuan semua, FalakOnline kini ditempatkan di web hosting Serverfreak dengan menggunakan pakej Elite. Ia mempunyai kapasiti 25GB dan bandwidth sebanyak 100GB. Langganan tahunannya ialah RM300/-

Sebelum ini, ia menggunakan pakej Deluxe, namun ia sudah mencapai had kapasiti 10GB dan terpaksa di-upgrade-kan.

Mungkin ada yang bertanya, mengapa tidak guna sahaja laman sosial seperti Facebook untuk menyampai berita Astronomi. Bagi saya, Facebook merupakan satu medium yang cukup hebat dari sudut menyampaikan maklumat dengan cepat. Namun, laman web tradisional tetap penting kerana artikel-artikel yang disediakan lebih mudah dicapai atau dirujuk kembali, berbanding dengan format yang terdapat di Facebook.

Maklumat dan berita yang lepas-lepas merupakan khazanah ilmu dan rujukan yang amat penting pada masa hadapan. Saya amat menitikberatkan susun atur yang kemas di dalam penyampaian maklumat, dan sedang cuba sebaik mungkin menterjemahkannya di dalam portal ini. Ia adalah hampir mustahil untuk dilakukan menerusi Page Facebook yang sedia ada.

Oleh itu, saya dengan rendah hati, memohon jasa baik tuan puan, untuk memberi sedikit sumbangan kewangan bagi menampung peningkatan kos portal FalakOnline. Sumbangan yang diterima ini akan digunakan bagi menampung kos yang melibatkan aktiviti-akvititi berkaitan secara langsung kepada FalakOnline, seperti kos web hosting dan seumpamanya.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun peribadi saya bernama, Shahrin Bin Ahmad

Maybank 1643 9799 6699
Bank Islam 1418 0010 0044 28

Segala bantuan dan sumbangan saya dahului dengan ucapan Alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah SWT membalas jasa tuan puan semua di dunia dan akhirat.

Terima Kasih

Wassalam

Shahrin Bin Ahmad
Pemilik Portal FalakOnline