shahgazer

Asteroid 2013 TX68 akan melintasi Bumi, dekat atau jauh?

Asteroid 2013 TX68 akan melintasi Bumi, dekat atau jauh?

Banyak berita sehari dua ini yang melaporkan sebuah asteroid akan melintasi pada jarak yang amat dekat dengan Bumi pada bulan Mac 2016 nanti. Asteroid bernama 2013 TX68 dilaporkan akan melintasi pada jarak hanya 17,700 km sahaja ( 1/20 jarak Bumi ke Bulan ) ! … dan ia mungkin juga akan melintas pada jarak sejauh 14.5 […]

 shahgazer

Asteroid 2015 TB145 datang menjenguk Bumi hujung bulan nanti

Asteroid 2015 TB145 datang menjenguk Bumi hujung bulan nanti

Pada 1 November 2015 nanti, sebuah lagi asteroid bakal melintasi berhampiran dengan Bumi, dan buat beberapa ketika boleh dilihat menerusi teleskop-teleskop amatur dan juga profesional. Dikenali dengan nama 2015 TB 145, ia akan berada pada kedudukan 1.3 kali ganda jarak ke Bulan, iaitu lebih kurang pada jarak 480,000 km sahaja. Kira dekat lah tu! Walaupun […]

 shahgazer

Asteroid bergelang Chariklo

Asteroid bergelang Chariklo

Pada suatu ketika dahulu, kita sering diajar mengenai satu-satunya planet yang mempunyai gelang di sekelilingnya, iaitu planet Zuhal. Pada tahun 1977, sekumpulan ahli astronomi telah menemui gelang di planet Uranus pula! Ia telah disahkan oleh kapal angkasa Voyager 2 pada tahun 1986. Kemudian pada 1979, apabila kapal angkasa Voyager 1 melewati planet Musytari, ia terjumpa […]

 shahgazer

20 Mac nanti , bintang Regulus akan lenyap selama 14 saat!

20 Mac nanti , bintang Regulus akan lenyap selama 14 saat!

Awas! Sesuatu yang pelik akan berlaku esok, 20 Mac 2014! Bintang Regulus, yang juga merupakan bintang tercerah di dalam buruj Leo akan lenyap dan hilang selama 14 saat! Apakah yang berlaku? Ia meletup ke? Kena langgar dengan komet ke? Rupa-rupanya apa yang akan berlaku ialah, sebuah asteroid bernama  asteroid (163) Erigone akan bergerak betul-betul di hadapan bintang Regulus […]

 shahgazer

Asteroid 2012 DA14 berjaya dirakam di Baitul Hilal Teluk Kemang, Negeri Sembilan

Asteroid 2012 DA14 berjaya dirakam di Baitul Hilal Teluk Kemang, Negeri Sembilan

Awal pagi tadi, Alhamdulillah berjaya juga merakam lintasan asteroid 2012 DA14 dari Balai Cerap Baitul Hilal Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Cuaca yang pada awalnya berawan, mula cerah sekitar jam 2.30 pagi, dan memberi cukup masa untuk saya membuat persiapan alat rakaman dan Foto di atas menunjukkan trail yang dibuat oleh pergerakan asteroid itu, menerusi rakaman […]

 shahgazer

FAQ: Asteroid 2012 DA14

FAQ: Asteroid 2012 DA14

Pada awal pagi esok (16 Feb 2013 di Malaysia), asteroid 2012 DA14 akan melintasi Bumi. Sepertimana saya telah hebahkan dalam artikel SINI , asteroid ini tidak akan berlanggar dengan Bumi. Cuma yang menariknya ialah ia berada AMAT hampir dengan Bumi ketika lintasannya. Di bawah merupakan antara FAQ yang mungkin berlegar-legar dalam fikiran peminat astronomi tempatan. Saya cuba […]

 shahgazer

Wow! Sebuah asteroid akan melintasi AMAT hampir dengan Bumi pada 15 Feb 2013 nanti

Wow! Sebuah asteroid akan melintasi AMAT hampir dengan Bumi pada 15 Feb 2013 nanti

Ramai yang bertanya, maka saya pun menulis. Pada 15 Feb 2013 nanti, sebuah asteroid sebesar separuh saiz padang bola, akan melintasi Bumi pada jarak hanya 27,680km sahaja. Cuba bandingkan dengan jarak purata Bumi ke Bulan iaitu 384,400 km! (Ilustrasi menunjukkan lintasan asteroid 2012 DA14) Apa yang menarik perhatian para saintis ialah, sejak projek pemantauan (Near Earth Object […]