shahgazer

Musytari melintas Zuhrah 27-28 Ogos 2016

Musytari melintas Zuhrah 27-28 Ogos 2016

Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Sekali lagi 2 buah planet tercerah di langit, Zuhrah dan Musytari akan melintasi antara satu sama lain pada Maghrib, 27 dan 28 Ogos 2016 nanti. Kali terakhir kedua-dua objek ini melintasi seperti ini ialah pada bulan Julai dan Oktober 2015. Disebabkan keduanya sangat cerah, ia mudah dilihat dengan mata kasar. […]

 shahgazer

Zuhrah dan Musytari bertemu jua

Zuhrah dan Musytari bertemu jua

Bagai pinang dibelah dua, begitulah mungkin yang dapat dikatakan mengenai pasangan dua buah planet terang, Zuhrah dan Musytari, yang kini sedang mendominasi pandangan kita di langit barat, sebaik sahaja azan Maghrib bergema. Setelah beberapa bulan menanti, ‘pertemuan’ dua planet yang masing-masingnya unik dalam cara tersendiri, sampai ke kemuncak. Pada petang nanti, 30 Jun 2015, apabila […]

 shahgazer

Musim Musytari Menggegar

Musim Musytari Menggegar

Pada tepat jam 2 pagi, 7 Feb 2015 nanti, Musytari akan berada pada kedudukan bersetentang dengan matahari. Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila pusingan orbit Bumi, membawa kita ‘memotong’ pergerakan planet Musytari yang lebih perlahan. Masih ingatkan, orbit Bumi ini lebih kecil dan dekat dengan matahari, maka pergerakannya lebih laju, berbanding orbit Musytari yang lebih besar tetapi […]

 shahgazer

Saksikan himpunan Bulan, Musytari dan Zuhrah pula! 23-24 Ogos 2014

Saksikan himpunan Bulan, Musytari dan Zuhrah pula! 23-24 Ogos 2014

Langit pada waktu Subuh sekarang, PENUH dengan planet-planet yang cerah, bulan serta buruj-buruj popular seperti Orion dan juga bintang tercerah Sirius. Semenjak minggu lepas, kebanyakan daripada kita pasti sudahpun memerhatikan gelagat Zuhrah dan Musytari, yang menari-nari di ufuk timur, selain bertukar-tukar posisi di langit, sehinggalah kemuncaknya pada 18 Ogos lepas yang mana keduanya berada paling hampir antara […]

 shahgazer

Subuh, 18 Ogos 2014 – Zuhrah dan Musytari kembali berkembar!

Subuh, 18 Ogos 2014 – Zuhrah dan Musytari kembali berkembar!

Pada sekitar waktu Subuh, hari Isnin hadapan, 18 Ogos 2014, renunglah ke arah langit ufuk sebelah Timur. Kita akan dapat menyaksikan susunan indah 2 buah planet terang, seolah-olah seperti pasangan ‘bintang berkembar’. Planet-planet itu ialah Zuhrah dan Musytari. Bagi anda yang pernah mengikuti perkembangan pergerakan planet-planet ini, pasti akan perasan, sebelum ini planet Musytari telah pun […]

 shahgazer

Istiqbal Musytari pada 6 Jan 2014

Istiqbal Musytari pada 6 Jan 2014

Pada jam hari Isnin 6 Jan 2014 jam 5 am waktu Malaysia, giliran planet Musytari pula berada di kedudukan istiqbal. Ketika ini ia akan berada sebaris bersama-sama dengan Bumi dan Matahari. Ia akan terbit di langit sebelah timur, sebaik sahaja matahari terbenam di barat. Dalam istilah bahasa Inggerisnya ialah Opposition.   Di langit, planet ini merupakan […]

 shahgazer

Juno selamat melintasi Bumi semalam

Juno selamat melintasi Bumi semalam

Sementara itu, misi angkasa ke planet Musytari, yang digelar Juno (di bawah kendalian NASA) telah berjaya melakukan orbit slingshot dengan Bumi semalam (9 Oktober). Orbit slingshot ini merupakan satu kaedah di mana kapal-kapal angkasa menggunakan atau ‘meminjam’ tenaga graviti sesebuah planet, dengan tujuan untuk menambahkan kelajuan ke destinasi yang dituju. (Rajah atas menunjukkan laluan Juno […]

 shahgazer

Bulan kembali menyendeng ke Musytari malam ini, 21 Jan 2013

Bulan kembali menyendeng ke Musytari malam ini, 21 Jan 2013

Bila? Sekitar Isya Tengok dengan apa? Mata pun OK Arah Mana? Cari je Bulan Kawasan mana boleh tengok? Di mana jua anda berada di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Pada malam ini, 21 Jan 2013, jeling-jelinglah ke arah Bulan. Ketika itu, berhampiran dengan Bulan, akan kelihatan sebutir ‘bintang’ yang cerah. Bagi yang dah tau, itu sebenarnya […]

 shahgazer

Animasi putaran planet Musytari 29 Dis 2012

Animasi putaran planet Musytari 29 Dis 2012

Pada tengah malam semalam, langit agak OK untuk lakukan sedikit cerapan. Walaupun Bulan sedang terang benderang di langit, namun untuk melakukan cerapan terhadap planet, tidak menjadi masalah. Saya mengambil keputusan untuk mencuba kumpul beberapa siri video planet Musytari untuk menunjukkan putaran planet ini. Di bawah merupakan hasil daripada 5 buah frame. Setiap frame ialah gabungan […]

 shahgazer

Hasil astrofoto planet Musytari paling memuaskan setakat ini

Hasil astrofoto planet Musytari paling memuaskan setakat ini

Kadangkala peluang yang tidak disangka-sangka muncul. Dalam kes pengimejan planet Musytari ini, saya tidak pernah dapat saat baik, yang mana cuacanya elok, seeing bagis, transparency pun bagus. Namun, pada 21 Dis 2012 lepas, hati saya tergerak untuk mencuba sekali lagi. Dengan pemasangan yang agak ringkas, tanpa pautan kepada EQMOD atau MaximDL, saya hanya menggunakan Handpad […]