shahgazer

Zuhrah kembali menghampiri Bumi

Zuhrah kembali menghampiri Bumi

Planet Zuhrah agak unik. Selain daripada mempunyai saiz fizikal yang hampir sama besar dengan Bumi, ia juga merupakan objek ketiga paling cerah di langit, selepas Matahari dan Bulan. Ia juga sentiasa berada tidak jauh daripada matahari, yakni, kemunculannya sentiasa berada di ufuk barat waktu senja atau ufuk timur di waktu subuh. Mustahil ia berada di […]

 shahgazer

Musytari melintas Zuhrah 27-28 Ogos 2016

Musytari melintas Zuhrah 27-28 Ogos 2016

Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Sekali lagi 2 buah planet tercerah di langit, Zuhrah dan Musytari akan melintasi antara satu sama lain pada Maghrib, 27 dan 28 Ogos 2016 nanti. Kali terakhir kedua-dua objek ini melintasi seperti ini ialah pada bulan Julai dan Oktober 2015. Disebabkan keduanya sangat cerah, ia mudah dilihat dengan mata kasar. […]

 shahgazer

Akatsuki mengintai bahagian malam Zuhrah

Akatsuki mengintai bahagian malam Zuhrah

Akatsuki mengintai Zuhrah di sebelah malam … Dan hasilnya cukup menakjubkan. Foto terbaru planet Zuhrah yang dirakam oleh kapal angkasa dari Jepun, Akatsuki, sememangnya layak diberi ekspresi “terkejut badak!”. Cuba lihat sendiri foto di atas. Jalur-jalur putih yang berlingkar-lingkar tu sebenarnya lapisan awan yang sedang bergelojak di atmosfera planet tersebut pada waktu malam.! Ia dirakam […]

 shahgazer

Imbasan misi-misi angkasa sepanjang 2015

Imbasan misi-misi angkasa sepanjang 2015

Tahun 2015 bukan sahaja merupakan tahun kita kali pertama dapat melihat permukaan Pluto dari jarak dekat. Terdapat beberapa lagi misi angkasa yang telah mencapai milestone yang amat penting, serta beberapa penemuan baru yang menarik bagi dunia sains. DAWN Misi DAWN telah memasuki ke dalam orbit planet kerdil Ceres pada 6 Mac 2015. Setelah mengembara selama […]

 shahgazer

Zuhrah dan Musytari bertemu jua

Zuhrah dan Musytari bertemu jua

Bagai pinang dibelah dua, begitulah mungkin yang dapat dikatakan mengenai pasangan dua buah planet terang, Zuhrah dan Musytari, yang kini sedang mendominasi pandangan kita di langit barat, sebaik sahaja azan Maghrib bergema. Setelah beberapa bulan menanti, ‘pertemuan’ dua planet yang masing-masingnya unik dalam cara tersendiri, sampai ke kemuncak. Pada petang nanti, 30 Jun 2015, apabila […]

 shahgazer

Menjejaki Utarid berpandukan Zuhrah

Menjejaki Utarid berpandukan Zuhrah

Semalam, setelah sekian lama, langit di barat selepas Maghrib, agak baik  dengan suasana awan sedikit dan tidak berlapis-lapis. Alhamdulillah berjaya juga melihat planet Zuhrah (atau dikenali juga sebagai Venus). Ia kelihatan seperti sebutir ‘bintang’ yang cerah di arah BARAT, lebih kurang 2 jengkal tapak tangan dari paras kaki langit arah Barat/Barat Daya, selepas azan Maghrib. […]

 shahgazer

Saksikan himpunan Bulan, Musytari dan Zuhrah pula! 23-24 Ogos 2014

Saksikan himpunan Bulan, Musytari dan Zuhrah pula! 23-24 Ogos 2014

Langit pada waktu Subuh sekarang, PENUH dengan planet-planet yang cerah, bulan serta buruj-buruj popular seperti Orion dan juga bintang tercerah Sirius. Semenjak minggu lepas, kebanyakan daripada kita pasti sudahpun memerhatikan gelagat Zuhrah dan Musytari, yang menari-nari di ufuk timur, selain bertukar-tukar posisi di langit, sehinggalah kemuncaknya pada 18 Ogos lepas yang mana keduanya berada paling hampir antara […]

 shahgazer

Subuh, 18 Ogos 2014 – Zuhrah dan Musytari kembali berkembar!

Subuh, 18 Ogos 2014 – Zuhrah dan Musytari kembali berkembar!

Pada sekitar waktu Subuh, hari Isnin hadapan, 18 Ogos 2014, renunglah ke arah langit ufuk sebelah Timur. Kita akan dapat menyaksikan susunan indah 2 buah planet terang, seolah-olah seperti pasangan ‘bintang berkembar’. Planet-planet itu ialah Zuhrah dan Musytari. Bagi anda yang pernah mengikuti perkembangan pergerakan planet-planet ini, pasti akan perasan, sebelum ini planet Musytari telah pun […]

 shahgazer

Travelog: Expedisi menjejak fenomena Bulan menyentuh (sikit) planet Zuhrah

Travelog: Expedisi menjejak fenomena Bulan menyentuh (sikit) planet Zuhrah

Perjalanan jauh dari Kuala Lumpur ke Perlis, di dalam suasana kepanasan yang agak melampau, yang sedang dialami Semenanjung Malaysia minggu lepas, akhirnya membuahkan hasil. Pada asalnya, saya tidak terfikir untuk merancang sebarang expedisi untuk melihat fenomena grazing occultation planet Zuhrah. Namun, setelah berbalas mesej dan twitter dengan penulis laman web UniverseToday, +David Dickinson , saya pun mengambil […]

 shahgazer

Peluang mencari Zuhrah di siang hari berpandukan Bulan pada 26 Feb 2014

Peluang mencari Zuhrah di siang hari berpandukan Bulan pada 26 Feb 2014

Pada awal Subuh, 26 Februari 2014 nanti, sekali lagi Bulan akan berada berhampiran dengan planet Zuhrah. Kedua-duanya akan kelihatan indah bersinar di sebelah langit timur. Kebetulan pula Bulan merupakan objek semula jadi yang kedua dan Zuhrah yang ketiga tercerah di langit (selepas matahari). Masih ingatkan fenomena yang hampir serupa bulan lepas? Pada 29 Jan lalu, […]