Talk Show Astronomy

Saya juga menyediakan perkhidmatan beberapa siri ceramah pengisian berkaitan dengan keindahan Alam Semesta kepada sesiapa yang berminat. Ketika ini kebanyakan permintaan datang daripada pihak sekolah, universiti, kolej, jabatan dan agensi kerajaan serta komuniti setempat.

Sejarah dan senarai penuh sesi ceramah yang telah saya lakukan boleh di lihat di portfolio saya.

Servis Syarahan Astronomi Serba Awesome

me-at-hari-falak-melaka

(Atas:Foto kredit Jabatan Mufti Negeri Melaka)

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saya terlebih dahulu menerusi email saya di shahgazer@gmail.com. Dari situ kita boleh lanjutkan perbincangan sama ada menerusi perjumpaan atau telepon.

me-tengah-minumFalsafah saya ketika menyampaikan ceramah ialah MUDAH DAN SANTAI, kerana saya percaya di dalam usaha menarik minat masyarakat terhadap ilmu Astronomi yang serba luas ini, adalah lebih efisyen menyampaikannya di dalam bentuk yang orang mudah faham. Tidak ada gunanya saya berpeluh-peluh menyampaikan syarahan tetapi hanya 1 daripada 10 orang sahaja yang faham!

 

 

 

Skip to toolbar