Virtual Star Party (VSP)

Virtual Star Party atau VSP merupakan satu usaha peminat astronomi amatur dan profesional dunia. Membawa konsep cerapan malam atau star party ke internet. Menggunakan teknologi video live streaming, imej yang terhasil daripada teleskop akan dipaparkan terus menerusi Google+ Hangout.

Ia diilhamkan oleh Fraser Cain (UniverseToday.com) dan mula mendapat perhatian peminat astronomi dunia kerana konsepnya yang unik.

Alhamdulillah, saya telah beberapa kali berpeluang menyertai kumpulan VSP ini dan telah menyiarkan secara langsung paparan dari teleskop di balai cerap SGO di sini. Disebabkan zon waktu yang berlainan, ketika kebanyakan ahli VSP sedang mengalami malam, di Malaysia selalunya jatuh pada hari Isnin pagi (sekitar jam 10 dan 11 am).

Maka, kebanyakan video yang saya pancarkan ialah matahari, bulan serta planet Zuhrah dan Utarid.

Pengalaman ini cukup menarik dan nama Malaysia telah disebut beberapa kali di dalam iklan promosi VSP di bawah:

Senarai berikutnya merupakan siri-siri Virtual Star Party yang mana saya telah terlibat secara langsung. Selamat menonton!


 

Virtual Star Party – May 4, 2014: It’s Galaxy Season!


Virtual Star Party – February 16, 2014: Fighting Crime while Transiting Jupiter!


Virtual Star Party – January 12, 2014: The Planetary Show!


Virtual Star Party – January 5, 2014: Jupiter in Opposition and 6 Telescopes


Virtual Star Party – February 23, 2014 – Nebulae, Sunspots, and Planet “X”?!?


Virtual Star Party – April 6, 2014: Saturn Rising


Virtual Star Party – January 19, 2014: We Discovered a Supernova?

Skip to toolbar