Falsafah Falak Online

Selamat datang ke Falak Online, satu-satunya laman web Astronomi yang bak kata orang puteh, “By Amateur Astronomer For Amateur Astronomers”

Dibangunkan sejak 1999 lagi (pada ketika itu ia dikenali sebagai Falak-Net), portal ini bermula sebagai sebuah laman web peribadi saya, tempat untuk berkongsi minat dan pengalaman kepada dunia internet yang tengah boom ketika itu!.

Sejak itu, Falak Online telah berkembang dengan pesat, dan secara tidak langsung menjadi portal kegemaran bagi peminat-peminat Astronomi di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, saya berazam untuk menjadikan Falak Online ini sebagai pemangkin atau catalyst kepada sebuah ilmu yang tidak asing lagi di mata dunia, namun masih berada di tahap sederhana jika dilihat di Malaysia.

Saya yakin, berbekalkan pengetahuan yang betul, serta tunjuk ajar yang tepat dan datang daripada seorang practising astronomer (bukan setakat tahu teori sahaja), InsyaAllah ilmu Astronomi di rantau ini akan lebih maju, dan mampu menyumbang lebih aktif kepada komuniti Astronomi di negara dan benua lain.

Falak Online, atau nama manjanya FO, semakin ligat tersebar apabila ia mula menjejakkan kakinya ke laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Google+.

InsyaAllah, selagi hayat dikandung badan, selagi kudrat masih ada, FO akan terus bersama anda  sebagai teman setia, diwaktu susah senang, diwaktu penuh kontroversi, terus menerus memaparkan jawapan kepada persoalan asas dunia Astronomi.

Tagline FO tahun 2013 ini “Solusi Persoalan Astronomi Anda”

Skip to toolbar