Awal pagi tadi, Alhamdulillah berjaya juga merakam lintasan asteroid 2012 DA14 dari Balai Cerap Baitul Hilal Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Cuaca yang pada awalnya berawan, mula cerah sekitar jam 2.30 pagi, dan memberi cukup masa untuk saya membuat persiapan alat rakaman dan
Foto di atas menunjukkan trail yang dibuat oleh pergerakan asteroid itu, menerusi rakaman exposure selama 30 saat. Foto ini dirakam pada jam 3.22 AM waktu Malaysia…. 3 minit sebelum ia berada pada titik paling hampir dengan Bumi.
Untuk membayangkan sepantas mana pergerakan asteroid ini, saya letakkan sekali foto bulan penuh sebagai perbandingan. Jadi boleh dikatakan, ia bergerak selebar bulan dalam hanya 30 saat sahaja!
Screenshot di atas diambil pada permulaan sesi rakaman, yang menunjukkan betapa kelamnya asteroid ini menerusi skrin kamera DSLR. Malah ada ketika itu, saya hampir-hampir terlepas pandang.
Umumnya, asteroid ini memang agak kelam berbanding apa yang saya jangkakan. Tidak mungkin ia dapat dirakam dan dilihat dengan mudah menerusi kamera DSLR dan lens kamera biasa. Saya pun terpaksa menggunakan teleskop di balaicerap untuk merakamnya seperti di atas.
Foto di atas, saya zoom ke arah asteroid itu sendiri, yang juga menunjukkan dengan jelas pergerakannya. Foto ini diambil pada 3.23 AM.
Tunggu laporan selanjut selepas saya selongkar balik foto-foto RAW yang ada ini!
abang ada lagi tak gambaq asteroid tu??