Berada lebih 300km di atas permukaan bumi, dengan bekalan oksigen yang berkurangan, stesyen-stesyen angkasa yang rosak, sistem komunikasi yang terputus dan tiada hubungan dengan penduduk di bumi. Bagaimana caranya untuk pulang?
Saya tidak pernah memberi sebarang review berkenaan mana-mana filem di panggung wayang sebelum ini, terutama yang berkaitan dengan angkasa lepas. Namun, setelah menonton filem Gravity yang sedang ditayangkan sekarang, saya rasa terpaksa dan terpanggil untuk memecah tradisi.
Filem ini sungguh awesome!
Pengarahnya, Alfonso Cuaron, telah membawa satu pengembaraan angkasa lepas menerusi lensa kamera yang tidak pernah terjangkau di pemikiran kita sebelum ini! Selalunya filem-filem akan dipotong-potong dan disusun menjadi satu scene yang lengkap dan seolah-olah benar. Namun, Alfonso telah melakukan sesuatu diluar norma, malah saya rasa belum pernah mana-mana filem yang telah lakukan cara yang sama.
Apa yang saya maksudkan ialah, bagaimana selama hampir 15 minit pertama di awal filem ini, kita telah dibawa terapung-apung di atas bumi, kemudian dari satu sudut langit, muncul kapal angkasa Space Shuttle yang pada mulanya kelihatan seperti titik di langit, lama kelamaan semakin besar dan memenuhi skrin. Kemudian kamera akan zoom kepada angkasawan-angkasawan (dilakoni oleh Sandra Bullock and George Clooney) yang sedang melakukan kerja-kerja baikpulih terhadap Hubble Space Telescope. Tanpa ada scene yang kelihatan ‘terputus’, kamera terus berpusing-pusing mengelilingi mereka, dari sejauh-jauh pandangan hinggalah masuk ke dalam helmet Sandra Bullock!
Kesemuanya dilakukan dalam satu susun atur yang begitu indah dan seamless sekali!
Itu baru scene awal. Saya belum lagi ceritakan scene yang lain, seperti bagaimana watak Sandra Bullock cuba mencari jalan pulang, bermula dari ISS hinggalah ke stesyen angkasa China, Tiangong! Kekecohan di angkasa ini berlaku hasil serpihan sebuah satelit Rusia yang hancur dan berterbangan dalam kelajuan ribuan km sejam mengelilingi bumi dan berada dalam collision course dengannya!
Saya rasa cukup teruja melihat rupa bentuk ISS dari ‘dekat’, walaupun ia hanya CGI, namun ia cukup kelihatan real. Stesyen angkasa negara China, Tiangong, pun dipaparkan dalam keadaan yang lengkap sudah dipasang keseluruhannya (walaupun ia masih belum siap sekarang).
Plot cerita ini agak ringkas, tetapi cara penggarapan pengarah dari sudut fotografi, dan gabungannya dengan CGI yang begitu cantik, serta lakonan Sandar Bullock yang berkesan, telah memberikan filem Gravity ini mendapat pujian ramai terutama dari pengkritik-pengkiritik filem.
Saya boleh letakkan filem ini setaraf dengan filem Contact (1997), lakonan Jodie Foster. Majoriti filem-filem ini meletakkan realism dari sudut fakta sebagai nombor 1 (walaupun terdapat beberapa fakta, dari sudut konsep fizik di angkasa lepas, yang tidak begitu tepat, namun ia boleh dimaafkan), dan tidak menokok tambah yang melampau-lampau.
Ia jelas menggambarkan angkasa lepas ini bukanlah sebuah tempat yang selesa dan boleh bersenang-lenang. Begitu banyak bahaya yang mengancam dan boleh muncul secara tiba-tiba. Sekurang-kurangnya kita boleh appreciate tugas angkasawan-angkasawan yang berada di luar sana yang sedang melakukan tugasan.
Gravity merupakan filem yang anda patut tontoni, terutama dari panggung wayang IMAX. Saya telah tontoninya sekali, dan bercadang untuk kali kedua, semata-mata untuk absorb dan hayati betapa indahnya bumi dari angkasa lepas namun betapa bahayanya hidup di angkasa lepas tanpa perlindungan bumi.
Sudah menontonnya? Adakah anda fikir filem ini mampu membawa kita bersama-sama terapung-apung di angkasa lepas dalam suasana yang menggerunkan? Jom kongsi pendapat anda.
semalam saya hampi2 nak tengok versi IMAX 3D, belum lagi tengok versi biasa. Kebanyakan filem 3D hollywood, kesan 3D gangat cikai tiada WOW! factor langsung malah memeningkan kepala.
amazing movie
Translated?