Cara elak bintang-bintang jadi lonjong! – 600 Rule

Rujukan, Peralatan & Perisian

Pernahkah anda cuba merakam gambar bintang di waktu malam, tetapi apabila diperhatikan hasilnya dengan lebih dekat, anda akan dapati bintangnya berbentuk ‘bujur’ dan ‘panjang’.

Jika niat anda hendak mengambil star trails, itu tidak menjadi masalah kerana sememangnya bentuk ‘panjang’ itulah yang diinginkan.

kandos

Atas: Antara astrofoto saya yang terawal. Rakaman selama 93 saat yang mula menunjukkan kesan lonjong atau trailing pada bintang-bintang di langit.

kandos copy

Atas: Kesan trailing yang jelas kelihatan

Tetapi bagi anda yang mahu merakam rupa bentuk bintang dan buruj paling hampir dan sama dengan apa yang dilihat dengan mata, ini akan memberi masalah besar.

Jangan risau, terdapat sebuah tips yang telah digunakan oleh ramai astrofotographer tersohor dunia, yang membolehkah anda mengelakkan ‘masalah’ ini.

Tips ini dipanggil “Rule 600” . Anda boleh google berkenaan dengan tips ini untuk maklumat lanjut. Namun di sini saya cuba terangkan di dalam bahasa yang mudah faham.

Untuk Siapa?

Kaedah ini adalah untuk landscape astrophotography, iaitu bagi anda yang menggunakan kamera DSLR dan tripod kamera yang statik.

Objektik tips ini?

Langit dan segala-gala di dalamnya bergerak dari timur ke barat. Oleh itu jika anda set waktu dedahan kamera dengan agak panjang, bintang-bintang di langit akan membetuk garisan atau trailing. Cara ini adalah untuk MENGELAKKAN bintang daripada terbentuk demikian.

Apakah 600 Rule ini akan cuba memberitahu kepada anda?

Ia akan memberitahu waktu dedahan (exposure time) paling lama yang boleh digunakan SEBELUM bintang-bintang di dalam foto tersebut menunjukkan kesan trailing.

Langkah 1: Dapatkan nilai TRUE focal length

Apakah yang dimaksudkan TRUE focal length.

i. Jika anda menggunakan kamera Full Frame 

TRUE focal length = focal length lens yang digunakan

Contoh: Jika anda menggunakan lens 50mm, maka

TRUE focal length = 50mm

ii. Jika anda menggunakan kamera yang BUKAN Full Frame.

Ada 2 senario yang berlainan untuk kamera Canon dan Nikon

Senario 1 untuk kamera Canon 

(Jika anda menggunakan 50mm)

TRUE Focal Length = 50 x 1.6 = 80

Senario 2 untuk kamera Nikon 

(Jika anda menggunakan 50mm)

TRUE Focal Length = 50 x 1.5 = 75

Langkah 2: Kirakan Waktu Dedahan Maksimum

Formulanya?

Bahagikan 600 dengan TRUE focal length lensa kamera yang sedang digunakan (setelah dikira dalam Langkah 1 di atas)

Waktu Dedahan Maksimum = 600 / TRUE focal length lens.

Sebagai contoh: 

Jika anda menggunakan kamera Canon bersama-sama lens 50mm

TRUE Focal Length = 50 X 1.6 = 80

Waktu Dedahan Maksimum = 600/80 = 7.5 saat

Ini bermakna, anda hanya boleh set waktu dedahan yang paling panjang selama 7.5 saat sahaja.

Jika anda set lebih dari itu, seperti 10 saat atau 30 saat, bintang-bintang akan mula menunjukkan bentuk trailing.

Contoh-contoh lain

Lens 8mm

Full frame camera = 75 saat
Canon crop sensor (1.6) = 46.88 saat
Nikon crop sensor (1.5) = 50 saat

Lens 75mm

Full frame camera = 8 saat
Canon crop sensor (1.6) = 5 saat
Nikon crop sensor (1.5) = 5.33 saat

Lens 300mm

Full frame camera = 2 saat
Canon crop sensor (1.6) = 1.25 saat
Nikon crop sensor (1.5) = 1.33 saat

Untuk dapatkan jadual dan contoh lebih banyak, boleh rujuk

orion

Atas: Waktu dedahan yang pendek serta aperture lens yang luas, amat membantu menghasilkan bintang-bintang yang berbentuk ‘normal’

500 Rule?

Sedikit tambahan berdasarkan beberapa feedback dari photographer di laman sosial FO. Ada juga yang berpendapat perlu bahagikan 500 (berbanding 600) untuk dapatkan Waktu Dedahan Maksimum.

Ini akan memberi sedikit breathing space dan tidak terlalu hampir dengan had kemampuan sesebuah lens.

Kaedah ini juga boleh digunapakai. Terpulanglah mengikut citarasa masing-masing. Saya berpendapat kedua-duanya pun OK.

Rumusannya

  1. Tips ini membantu anda merakam bintang-bintang pada waktu malam tanpa ada kesan trailing
  2. Ia untuk anda yang menggunakan kamera DSLR dan tripod kamera biasa.
  3. Maaf, saya tiada maklumat untuk kamera selain dari Canon dan Nikon (buat masa ini).
  4. Tips ini adalah untuk waktu dedahan sahaja (exposure time).
  5. Anda perlu ekperimen dengan setting ISO dan aperture untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Semoga bermanfaat.

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments