Istiwa Adzam 28 Mei & 16 Julai – Saat dan ketika kedudukan matahari boleh dijadikan panduan mencari arah kiblat

Fenomena Himpunan Samawi Rujukan, Peralatan & Perisian

khana_kaabah_wallpaper_32-1024x768

Pada petang 28 Mei setiap tahun, tepat jam 5.16 petang, (dan 16 Julai, jam 5.28 petang),  matahari akan berada amat-amat hampir tegak di atas bangunan Kaabah, di Masjidil Haram, Mekah.

(Nota:Artikel ini diterbitkan pada 2014 dan telah dikemaskini pada 25 Mei 2015. Ia boleh digunapakai untuk tahun-tahun yang lain) 

Apabila sesuatu benda tepat berada di atas sesuatu benda lain yang kita tak nampak, kita boleh gunakan benda tandaan tadi sebagai panduan untuk mencari benda yang tak nampak itu tadi.

Samalah kes-nya pada 28hb Mei ini (dan juga 16 Julai), disebabkan Kaabah itu sendiri, secara fizikalnya tidak dapat dilihat dengan mata dari Malaysia, nak guna kompas pun tak pandai nak cari azimuth “290 darjah”, atau was-was terhadap sejauh mana betul dan tepatnya kompas itu, maka kita gunalah satu-satunya objek di langit yang mana kita boleh gunakan dengan mudah sebagai rujukan dan panduan arah, iaitu matahari.

hunting4panstarrs-1mar2013
Bangunan Kaabah yang mustahil dilihat dari Malaysia, maka gunalah peluang Istiwa Adzam ini dengan bantuan daripada matahari untuk mencari arahnya.

Umum semua mengetahui, matahari tidak semestinya terbenam di titik barat. Sepanjang 365 hari dalam setahun, ia akan terbenam di dalam lingkungan 23.4 darjah ke KIRI dari titik Barat, ataupun 23.4 darjah ke KANANnya.

Ini disebabkan paksi putaran bumi yang senget 23.4 darjah.

Okay, yang itu semua faham. Kemudian, masih ingatkah “Hari Tanpa Bayang”? Satu hari di mana ketika matahari berada tepat atas kepala 90 darjah, ia akan menyebabkan objek yang didirikan tegak (seperti kayu atau tiang) akan kelihatan seperti tiada bayang-bayang.

Paling popular fenomena ini berlaku di Pontianak, Indonesia, yang mana pada tarikh 21 Mac dan 23 Sep setiap tahun, penduduk di sana akan menyambut seperti sebuah pesta.

Di bandar-bandar lain pun ia akan mengalami “Hari Tanpa Bayang” ini, cuma kena buat kiraan falak sikit untuk tahu tarikh yang bersesuaian yang bandar tersebut.

Baiklah, apa yang saya cuba tekankan di sini ialah, pada saat “Hari Tanpa Bayang” itu, disebabkan matahari berada tegak atas kepala, maka sesiapa yang berada jauh di negara lain akan dapat menggunakan matahari sebagai panduan untuk mencari ARAH di mana lokasi fenomena itu berlaku.

screen 2014-05-26 at 4.55.52 PM

Faham kan?

Okay, apabila kita lihat apa yang berlaku pada 5.16pm waktu Malaysia, pada tanggal 28 Mei 2014 nanti dan juga 16 Julai 2014, 5.28 petang waktu Malaysia  , di lokasi Mekah, bagi sesiapa yang berada di Mekah sana (ketika itu waktu tempatan di Mekah iaah 12.16pm) akan turut dapat menyaksikan fenomena “Hari Tanpa Bayang”, kerana pada saat itu matahari berada sangat-sangat hampir tegak diatas bangunan Kaabah.

Maka, kita ni yang berada di kawasan dan negara lain secara tidak langsung, akan berpeluang menggunakan matahari pada waktu tersebut, untuk mencari ARAH Kabaah, iaitu arah kiblat kita.

Mudah bukan?

Saya berpendapat cara ini amat efektif dan InsyaAllah tiada ralat, kerana kedudukan matahari di langit itu (yang berperanan seperti jarum kompas) tidak akan di pesong oleh gangguan-gangguan seperti besi, yang mana ia boleh menyebabkan jarum kompas magnetik kita ini terpesong jauh dari arah sebenar.

Kita juga TIDAK PERLU tercari-cari nilai 292 darjah (kalau di KL), kerana menerusi kaedah ini kita bukannya menggunakan kompas, tetapi menggunakan kedudukan matahari secara terus.

screen 2014-05-26 at 4.56.04 PM


Cara

Cara yang paling mudah untuk mencari arah kiblat pada waktu tersebut ialah:

  1. Pacakkan kayu atau tiang, atau tepi dinding bangunan yang tegak tepat 90 darjah
  2. Pada jam 5.16 am 28 Mei 2014, atau 16 Julai 2014 nanti, perhatikan bayang-bayang yang terhasil oleh objek tadi.
  3. Lukiskan garisan selari dengan bayang-bayang tadi. Arah Kiblat kita akan berada menuju ke arah matahari di langit barat.

Sila klik pada foto di bawah untuk dokumen lengkap yang saya pernah tulis pada tahun 2007 lepas yang menunjukkan cara tersebut.

screen 2014-05-26 at 4.19.43 PM

 


Adakah tarikhnya sama setiap tahun?

Tarikh Istiwa azam umumnya berlaku pada TARIKH YANG SAMA SETIAP TAHUN, iaitu 28 Mei dan 16 Julai. Jika tahun tersebut berlaku tahun lompat, ia jatuh pada tarikh 29 Mei dan 17 Julai.


Adakah arah kiblat sudah berubah?

Soalan ini ramai yang bertanya saban tahun. Jawapannya ialah TIDAK. Semakan yang dibuat pada 2 tarikh berlakunya Istiwa Adzam ini, 28 Mei 5.16pm dan 16 Julai, 5.28 pm , adalah semata-mata untuk pastikan TANDAAN arah kiblat yang berada di rumah, pejabat atau sekolah kita itu masih lagi tepat.

Tandaan Kiblat mungkin terjatuh atau terpasang secara salah. Gambar hiasan

Maklumlah dalam masa setahun yang lalu, mungkin tandaan itu terubah ke, tercabut dari siling ke, dan apabila ditampal kembali mungkin jauh tersasar dari arah sebenar.

Selain itu, fenomena ini ada baiknya kerana ia melatihkan orang awam, untuk berjinak-jinak dengan objek-objek di langit dan tahu kebaikan dan peranan objek tersebut dalam proses ibadah kita setiap hari.

aliimran190

(190) Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

 

aliimran191 (191) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.”

(Ali-Imran:190-191)

 

Wallahualam

 

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Bunga Anggun

Kalau disabah guna waktu yg sama ka?

Mok Fadil

jika di singapura, ikut sama waktu ? atau lebih baik ikut waktu di mekah dan convert ? 🙂 .. jazakallahu khair ..

mae rusli

Salam Tuan. Terima kasih atas info tersebut.

Tapi saya ingin bertanya, pohon pencerahan. Saya rasa, disebabkan gerakan plate tectonic Bumi yg berterusan, adalah tidak mustahil utk arah qiblat utk berganjak sedikit demi sedikit setiap tahun. Ini kerana, secara relatifnya arah dan kedudukan garis lurus terpendek antara Malaysia dan Kaabah barangkali akan sedikit berubah (pada bearing/azimut kompas), bukan begitu?

Harap dpt penjelasan Tuan. Terima kasih.