Rosetta – sikit lagi nak sampai!

Berita Misi Angkasa Sistem Solar

Pada petang nanti, bermula jam 4 pm waktu Malaysia, pihak ESA akan memancarkan secara langsung saat-saat ketibaan probe angkasa Rosetta di dalam orbit mengelilingi Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko (atau lebih senang nak sebut, Komet 67P).

Klik foto di bawah untuk mencapai pautan tersebut.

screen 2014-08-06 at 9.01.05 AM

Ini merupakan saat bersejarah di dalam penerokaan sistem suria, yang mana belum pernah ada sebuah kapal angkasa yang memasuki orbit sebuah komet, dan selepas itu akan turut bergerak bersama-samanya menuju ke arah matahari.

Pembetulan (6 Ogos 2014: 9.56am) : Sebenarnya graviti Komet 67P terlalu lemah dan tidak membolehkan Rosetta mengorbitnya. Maka apa yang para jurutera ESA akan buat ialah mereka akan bertukar arah setiap 3-4 hari dengan tujahan bahan api, membentuk laluan berbentuk tiga segi!

Semalam, foto terbaru pada jarak hanya 234 km menunjukkan lebih banyak ciri-ciri menarik di permukaan komet tersebut.

 

Menurut laporan Emily Lakdawalla menerusi blog beliau, berikut merupakan timeline penting yang akan berlaku bermula petang nanti. Nota: Waktu kejadian ialah di dalam waktu Malaysia

      • 4pm: New Norcia tracking station begins tracking Rosetta
  • 4pm: Livestream begins
  • 5pm: Rosetta begins 6.5-minute orbit entry maneuver
  • 5.22 pm: Start of thruster burn confirmed on the ground (one-way light time is 22.5 minutes)
  • 5.29 pm: End of thruster burn confirmed on the ground
  • 9pm: Press briefing at the European Space Operations Centre (will be Livestreamed)

Antara fakta menarik untuk diketahui ialah isyarat dari Rosetta terpaksa mengambil masa 22.5 minit untuk sampai di Bumi! Maknanya Komet 67P ini berada begitu jauh dari bumi, dan buat masa ini tidak dapat dilihat di langit kita.

Foto komposit di bawah (yang disediakan oleh Phil Stooke) dirakam menerusi kamera OSIRIS dan NavCam di atas probe angkasa Rosetta, sepanjang Julai dan Ogos yang lalu.

20140805_comet_composite
ESA / Rosetta / NavCam / MPS for OSIRIS Team MPS / UPD / LAM / IAA / SSO / INTA / UPM / DASP / IDA / Phil Stooke

  InsyaAllah, follow saya menerusi twitter FalakOnline, yang mana saya akan usaha menyampaikan ulasan terbaru misi Rosetta ini dari semasa ke semasa.  

Semoga semuanya berjalan lancar! Penantian dan perjalanan selama 10 tahun menuju ke Komet 67P ini bakal memberi kita ilmu baru berkaitan jasad yang digelar sebagai komet.

 

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments