
Pada waktu Maghrib, Selasa, Rabu 8 Oktober 2014, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Ini merupakan gerhana bulan kali ke-2 berlaku untuk tahun 2014.
Kali terakhir ia berlaku ialah pada 15 April 2014, tetapi ia tidak dapat dilihat dari langit Malaysia.
Untuk fenomena gerhana bulan Oktober ini nanti, terdapat 2 senario berbeza untuk masyarakat di Semenanjung, dan di Sabah & Sarawak. Namun secara umumnya kita di Malaysia akan dapat melihat Bulan terbit dalam keadaan sudah bermulanya fasa gerhana.

Di bawah merupakan laluan Bulan memasuki ke kawasan bayang-bayang bumi sepanjang gerhana itu nanti.
Sumber di atas boleh dimuat turun di SINI.
Seterusnya, kita lihat fasa-fasa gerhana yang dapat dilihat di 2 bandar, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu. Semua kiraan dibuat menggunakan perisian Lunar Eclipse Maestro
Semenanjung Malaysia
Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, anda akan terlepas fasa permulaan gerhana, dan hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja.
Kiraan di bawah adalah untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014.
- 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
- 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
- 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
Jika anda berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, anda berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).
Di bawah merupakan simulasi keadaan Bulan yang sedang terbit dalam keadaan gerhana, dari Kuala Lumpur.
Sabah & Sarawak
Bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, anda lebih bernasib baik kerana Bulan terbit lebih awal. Maka, ia baru sahaja nak memasuki bayang-bayang bumi ketika ini. Oleh itu anda berpeluang menyaksikan hampir keseluruhan fasa gerhana bulan dari awal hingga akhir.
Kiraan di bawah adalah untuk bandar Kota Kinabalu.
- 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
- 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Boleh dilihat
- 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Boleh dilihat
- 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
- 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
- 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
Di bawah merupakan simulasi keadaan Bulan gerhana dari Kota Kinabalu.
Fasa-fasa Gerhana
Di bawah ialah simulasi keadaan Bulan yang lebih dekat, sepanjang fasa gerhana yang dapat dilihat dari Malaysia Timur (Sabah). Bagi anda di Kuala Lumpur, hanya dapat lihat bermula ketika di puncak gerhana, iaitu semasa Bulan sedang merah keseluruhannya, iaitu jam 6.54 pm.
Perhatikan bahawa ketika Bulan bewarna merah, ia sedang berada dalam kawasan bayang-bayang umbra.
Gerhana Bulan selepas ini
Jika anda terlepas peluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan kali ini, jangan risau kerana pada 4 April 2015 akan berlaku sekali lagi gerhana, dan kebetulan pula keadaanya sama dengan apa yang akan berlaku 10 8 Oktober nanti, iaitu Bulan sedang gerhana ketika ia terbit.
Wallahualam
bagus sgt kalau 8 oct nnti penang tak hujan dan mendung.. ada specific time utk di kawasan utara tak?
Sama macam KL
hebat
silap hari tu En Shahrin.. 🙂
Melaka boleh nampak x? Area Pantai Klebang..
en Shahrin, jam 7.24 tu masih nampak lg ker gerhana penuh? boleh bg penjelasan ckit…
Di semenanjung, hanya akan nampak gerhana bermula ketika ia dah pun gelap.. dan semakin terang kembali. Kita tak akan dapat lihat dari awal (kerana masa tu bulan belum terbit)
Takut cuaca buruk dah 5 hari mendung di Sabah 🙁
Boleh dilihat dengan mata kasar? Tak perlu guna apa-apa cermin khas?
area tawau d liputi jerebu…so blh nmpk ka dgn jelas…tq..
Kawasan di Johor Bahru boleh nampak tak gerhana bulan ini..nak dirikan solat gerhana bulan.
boleh
Terjadinya gerhana merupakan kekuasaan Allah Ta`ala semata, dalam rangka agar para hamba takut dan kembali kepada Nya, sebagai mana sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam, “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan ayat dan tanda dari tanda kebesaran Allah Ta`ala, tidaklah terjadi suatu gerhana dikarenakan wafat atau hidup nya seseorang, akan tetapi Allah Ta`ala menakuti para hamba Nya dengan keduanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Sholat gerhana adalah WAJIB menurut pendapat yang ditegaskan oleh Abu Awwanah dalam kitab shohih nya, sebagai mana diriwayatkan pula dari imam Abu Hanifah, dan imam Malik memberlakukan sebagai mana hukum sholat jumat, dan pendapat ini dikuatkan oleh imam Ibnu Qoyyim, serta di rojihkan Syeikh Muhammad bin sholih Al Utsaimin rohimahullahu, dikarenakan Nabi sallallahu alaihi wa sallam telah memerintahkan agar melaksanakan sholat ini dan Nabi keluar dari rumah dalam keadaan takut dan khawatir seraya bergegas menuju masjid.
Adapun waktu pelaksanaan sholat gerhana dimulai disaat terjadinya gerhana hingga selesai gerhana, sebagai mana sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam, “Jikalau kalian melihat sesuatu dari gerhana maka lakukanlah sholat hingga gerhana tersebut menghilang.” (HR. Muslim).
Tata cara mengerjakan sholat gerhana yaitu dengan :
1. Melakukan sholat dua rakaat,
2. Dalam rakaat pertama dengan membaca Al Fatihah dan surat panjang dan mengeraskan bacaan, baik terjadi gerhana disiang maupun malam hari,
3. Kemudian rukuk dengan waktu yang panjang,
4. Kemudian bangkit dari rukuk dan kembali membaca surat Al Fatihah dan surat yang panjang, akan tetapi lebih pendek dari bacaan surat yang pertama,
5. Kemudian rukuk yang panjang dan bangkit dari rukuk,
6. Kemudian sujud dengan dua kali sujud yang panjang dan duduk di antara dua sujud, dan
7. Bangkit menuju rakaat kedua melakukan seperti dalam rakaat pertama dengan membaca bacaan panjang dan kemudian melakukan duduk tahiyat membaca tasyahud dan salam.
Sebagai mana hal ini diriwayatkan oleh sahabat Jabir radhiyallahu`anhu yang tercantum dalam shohih Muslim.
Dan di sunnahkan bagi imam agar memberikan mauidzoh kepada para manusia setelah mengerjakan sholat gerhana, memperingatkan kepada mereka agar tidak lalai dan tertipu dengan kehidupan dunia dan urusan urusan nya, dan menganjurkan agar banyak ber istighfar dan taubat dan doa, sebagai mana diriwayatkan dari Nabi sallallahu alaihi wa sallam dalam sabda nya, ” Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan tanda kebesaran Allah Ta`ala, tidak terjadi lantaran hidup dan mati nya seseorang, jikalau kalian menjumpai gerhana maka berdoa lah kepada Allah Ta`ala dan perbanyaklah bertakbir, sholat dan bersedekah.”(HR. Bukhari).
Jikalau telah selesai sholat gerhana namun belum selesai gerhana maka tidak dianjurkan untuk mengulang sholat gerhana, akan tetapi memperbanyak dzikir dan berdoa, sebagai mana pula jikalau gerhana telah selesai tatkala mengerjakan sholat maka tidak boleh memutus dan menghentikan sholat, akan tetapi menyempurnakan sholat nya hingga selesai. ( Al Fikih Al Mayassar 131).
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Alhamdullilah… ana kongsi atas infonya …
Sebagai seorang Muslim, dalam asyik melihat Gerhana Bulan jangan lupa kepada tuntutan syarak. Mari kita beramai2 lakukan solat sunat gerhana, zikir dan berdoa. Sebagai panduan antum boleh lihat Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan) di sini… http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-khusuf-gerhana-bulan-2/
Jazakallahu Khairan Kathiran…
Assalamualaikum ?
Terima kasih atas segala info . Saya baru tahu yang kita wajib menunaikan solat gerhana bulan . Mungkin pada akan datang saya akan tunaikan . In Shaa Allah ..
Malam 23 ogos 2020 lebih kurag pukul 8 ke 9 malam saya dapat klik pic di langit melalui Phone je.. Tak jelas pic tersebut.. Kelihatan 2 cahaya 1 biru 1 Orange..klihatan sprti ada 2 planet lain bdekatan bumi.. jauh dari jarak bulan.. Kalau tengok depan mata kasar memang terpinga jadinya
Bagus Sangat Artikelnya.
Bagi Saudara yang butuh pelajaran Falak, silahkan coba lihat Situs ini
Pengantar Ilmu Falak