7 langkah mudah untuk mengira Hari Tanpa Bayang

Rujukan, Peralatan & Perisian

Baru-baru ini telah berlakunya fenomena Ekuinoks bulan Mac, yang mana tepat pada 21 Mac 2015, jam 6.45 pagi waktu Malaysia, kedudukan matahari di langit bumi sudah melintas garisan Khatulistiwa bergerak dari kiri (selatan) ke kanan (utara) kawasan langit.

Laman timeanddate.com ada menerangkan fenomena ekuinoks bulan Mac ini dengan jelas dan mudah difaham.

Ketika berlaku ekuinoks, bagi anda yang berada tepat di atas garisan Khatulistiwa, akan mendapatikan sebarang benda yang tegak dan terletak di atas tanah yang rata, akan kelihatan seperti tiada bayang-bayang. Ini berlaku kerana pada saat itu, matahari berada tepat 90 darjah di atas.

Fenomena HARI TANPA BAYANG (HTB) ini selalunya popular ketika berlaku saat Ekuinoks.

Namun persoalannya, jika kita berada di kawasan jauh sedikit daripada Khatulistiwa, BILAKAH berlakunya saat TANPA BAYANG ini? Adakah ia berlaku pada waktu dan tarikh yang sama?  Adakah lain tempat lain waktunya? Jika tidak bagaimana cara untuk mengiranya?

Artikel ini ditulis bertujuan untuk memberi sedikit panduan untuk anda yang ingin tahu SAAT SEBENAR berlakunya HARI TANPA BAYANG (HTB), di LOKASI MASING-MASING.

Ia berdasarkan congakan yang saya lakukan 2 tahun lepas. Jika anda mempunyai cara atau sumber yang berlainan, yang lebih baik, saya alu-alukan perkongsian tersebut.


Langkah 1:

  • Buka laman web suncalc.net
  • Pada Tandaan (A) – Isi nama lokasi cerapan anda. Dalam kes ini ialah KLCC. Google Map akan dikemaskini dan menunjukkan lokasi di KLCC.
  • Perhatikan 3 garisan bewarna merah, kuning dan jingga, yang berada dalam lingkungan bulatan yang saya tandakan (B).
  • Garisan KUNING menunjukkan garisan ke arah TIMUR.
  • Garisan MERAH menunjukkan garisan ke arah BARAT.
  • Garisan JINGGA yang melengkung itu menunjukkan LALUAN matahari di langit sekitar lokasi ini.
  • KETIGA-TIGA garisan ini perlu BERTEMU/BERSILANG pada Drop Pin atau titik tandaan pilihan kita di Google Map tersebut.
  • Dalam kes di bawah, perhatikan pada tarikh 21 March 2015, tandaan (C), garisan JINGGA (yang melambangkan pergerakan matahari), TIDAK bersilang pada Drop Pin tersebut. Kita perlu set tarikh (Tandaan C) yang betul supaya KESEMUA garis bersilang.

1 - SunCalc_-_sun_position__sunlight_phases__sunrise__sunset__dusk_and_dawn_times_calculator

 

  • Jika kita gerakkan tandaan bulat pada GARISAN WAKTU  dari kiri ke kanan, kita akan dapat lihat animasi pergerakan matahari yang bergerak di sepanjang garisan JINGGA. Ia ditandakan sebagai satu lagi garisan JINGGA yang bermula dari titik Drop Pin tadi.
  • Di bawah merupakan video pergerakan matahari tadi.

https://www.youtube.com/watch?v=AhlhindncJI

 


Langkah 2

  • Seterusnya, kita perlu dapatkan dengan TEPAT koordinat Latitud Longitude lokasi cerapan kita.
  • Maklumat itu sudah pun tertera di dalam teks URL web browser kita.
  • Salin 2 nombor pertama yang dipisahkan oleh koma.
  • Dalam kes di bawah.
    • Nombor 3.1579 ialah Latitud
    • Nombor seterusnya 101.7116 ialan Longlitud
  • Salin KEDUA-DUA nombor ini terlebih dahulu.

2 - SunCalc_-_sun_position__sunlight_phases__sunrise__sunset__dusk_and_dawn_times_calculator 2


 

Langkah 3

  • Untuk mendapatkan ANGGARAN KASAR tarikh di mana garisan JINGGA akan tepat BERSILANG atau lalu di atas Drop Pin tadi, pilih tarikh lain di dalam kotak tarikh tandaan A seperti di bawah.
  • Apabila kalendar keluar, klik (seperti tandaan B) pada tarikh pilihan anda.
  • Perhatikan (tandaan C), LALUAN garisan JINGGA akan berubah-ubah berdasarkan tarikh yang dipilih.
  • Ulangi langkah di atas, sehingga kita dapat lihat secara kasar garisan JINGGA itu sudah berada di atas Drop Pin. Tidak perlu begitu tepat, anggaran biasa sudah memadai.
  • Ingat atau salin tarikh tersebut. Dalam contoh ini ialah 28 March 2015.

4 - SunCalc_-_sun_position__sunlight_phases__sunrise__sunset__dusk_and_dawn_times_calculator 4


 

Langkah 4

  • Untuk langkah 4 ini, anda perlu buka satu lagi web browser lain, ke alamat www.calsky.com (Tandaan A)
  • Klik pada pautan bernama Intro (Tandaan B)

https___www_calsky_com

  • Anda akan dibawa ke sebuah page Intro tersebut.
  • Letakkan browser SunCalc.net tadi bersebelahan dengan Calsky.com (seperti rajah di bawah)
  • Dalam langkah ini, nilai Latitud (tandaan A) dan Longitude (tandaan B) yang telah kita salin dalam Langkah 2 tadi, perlu disalin dan dimasukkan ke dalam kotak ruangan yang tertulis Latitude dan Longitude di laman CalSky.com itu tadi.
  • Setelah pastikan nombor yang disalin itu betul, klik pada pautan yang tertulis “Click Here to use this location” pada laman Calsky.com

5 - Setup_and_General_Info_at_CalSky_and_SunCalc_-_sun_position__sunlight_phases__sunrise__sunset__dusk_and_dawn_times_calculator_and_screenshots_and_The_Sun___Rise_and_Set

  • Anda akan diarahkan ke bahagian untuk set Timezone, seperti tandaan A dalam rajah di bawah. Jika ia sudah tertulis “Automatic selection (recommended), dan Currently selected: Asia/Kuala_Lumpur (automatically selected), biarkan sahaja.
  • Jika ia tulis selain dari Timezone yang sebenar, anda perlu membuat pilihan sendiri. Untuk maklumat lanjut mengenai Timezone (atau Zon Waktu), laman timeanddate.com ada panduannya.

6 - Setup_and_General_Info_at_CalSky 2

  • Seterusnya, anda WAJIB tekan butang tertulis Go (rajah bawah tandaan A) di bahagian bawah sekali.
  • Ini penting supaya kiraan kita tidak tersilap.

7 - Setup_and_General_Info_at_CalSky 3


 

Langkah 5

  • Klik pautan bernama Sun (Tandaan A)
  • Kemudian setelah page itu refresh, klik pautan bernama Rise and Set (Tandaan B)
  • Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh semak kembali koordinat Latitude dan Longitude lokasi cerapan pilihan tadi, sepertimana dalam tandaan C.
  • Seterusnya, set tarikh kiraan (tandaan D) berhampitan dengan tarikh yang kita sudah kenalpasti dalam Langkah 3 tadi. Saya selalunya akan set tarikh SEMINGGU SEBELUM tarikh yang dikira tadi.
  • Sebagai contoh, dalam kes kita ini, tarikh dalam Langkah 3 ialah 28 Mac. Maka saya set-kan tarikh kiraan di sini kepada 22 Mac. 
  • Kemudian set julat masa kiraannya, dalam ruangan tertulis Select duration seperti Tandaan E1 Month sudah memadai.
  • Set pula Select interval kepada nilai 1 Day. (Tandaan F)
  • Akhir sekali, klik butang Go! (Tandaan G) untuk memulakan kiraan.

8 - The_Sun___Rise_and_Set


 

Langkah 6

  • Setelah kiraan selesai, paparan seterusnya akan tertulis Daily Almanac. Ia menunjukkan waktu terbit matahari (Rise), waktu terbenam (Set), waktu ia melintas garisan utara-selatan dan berada paling tinggi di langit (Transit) dan lain-lain maklumat.
  • Maklumat yang penting di sini ialah waktu Transit (Rajah bawah: Tandaan A, yang berada dalam kotak-kotak merah).
  • Maklumat di sinilah yang perlu kita KAJI dan PERHATI untuk mendapatkan TARIKH dan WAKTU di mana matahari berada TEGAK di atas kepala.

9 - The_Sun___Rise_and_Set 2


 

Langkah 7

  • Jika anda scroll ke bawah, perhatikan nilai Altitude, yang dipadankan bersama dengan maklumat Transit itu tadi.
  • Supaya Matahari berada TEGAK di atas KEPALA, kita perlu CARI nilai YANG PALING SAMA atau HAMPIR dengan 90 darjah.
  • Jika kita lihat contoh dalam rajah di bawah, bermula pada tarikh kiraan 22 Mac 2015, nilai Altitude semakin bertambah (bulatan hijau).
  • Apabila ia sampai ke tarikh 29 Mac 2015 (Tandaan B) , nilai Altitude-nya mencecah 89.9 darjah. tandaan A berwarna KUNING
  • Selepas tarikh 29 Mac 2015, nilai Altitude-nya semakin menurun/mengecil.

Maka, WAKTU DAN TARIKH di mana Matahari berada TEGAK di atas kepala, lalu menghasilkan HARI TANPA BAYANG bagi lokasi di Menara Berkembar Petronas di KLCC, jatuh pada

  • TARIKH: 29 Mac 2015
  • WAKTU: 13h19m00s atau bersamaan 1.19 PM

 

10 - The_Sun___Rise_and_Set 3


Kesimpulan

Kaedah di atas merupakan hanya satu daripada banyak cari lain untuk mengirakan tarikh dan waktu matahari berada tepat di atas kepala. Apabila ini berlaku, sebarang objek yang ditegakkan di atas permukaan rata, akan kelihatan seolah-olah ‘hilang’ bayang-bayangnya.

Saya yakin mesti ada banyak lagi cara yang lebih mudah dan lebih sesuai digunakan.

Namun, jelas di sini fenomena Hari Tanpa Bayang ini, walaupun ia sering dikaitkan dengan saat berlakunya Ekuinoks (bulan Mac dan September), namun ia sebenarnya TIDAK SAMA untuk LOKASI-LOKASI YANG BERLAINAN.

Mengapa bandar Pontianak, di Indonesia sering popular pada tarikh 21 Mac ini? Ini ialah kerana koordinatnya TEPAT berada di garisan KHATULISTIWA, maka suasana Hari Tanpa Bayang jatuh tepat pada tarikh Ekuinoks. Tetapi untuk bandar-bandar lain, ia berlaku pada tarikh yang berlainan.

Itulah sebabnya, berdasarkan hebahan yang saya buat menerusi FB Falak Online pada 21 Mac lepas, ramai yang akan mendapati bayang-bayang TIDAK HILANG SEPENUHNYA pada waktu tengahari ketika itu.

Oleh itu, saya mengajak anda cuba dapatkan tarikh Hari Tanpa Bayang di lokasi masing-masing, dan cubalah ekperimen yang sama pada saat ia berlaku.

Semoga bermanfaat. Jika ada kesilapan mohon tegur dan bimbing saya.

 

Wallahu a’lam

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments