Apa? Ceres ada piramid? Apakah!?

Berita Misi Angkasa Penemuan Terkini

Disebalik kesibukan mengendap Zuhrah dan Musytari hampir setiap hari, kadang-kadang tak tahu bila peluang nak mencelah berita-berita lain dunia astronomi.

Sekali sekala imbas tweet berkenaan misi DAWN, berlambak cerita dan penemuan baru telah berlaku!

Saya cuba ringkaskan di bawah


Piramid or not?

Foto di atas agak ‘mengejutkan’ ramai pihak. Sekali imbas nampak seperti piramid (bahagian tengah dan ke kanan sikit). Rupanya, ia adalah sebuah gunung tinggi di permukaan planet kerdil Ceres. Yang peliknya ialah, gunung ini berada di kawasan yang agak rata disekelilingnya.

“Dia sorang je yang tinggi”

Gunung itu mempunyai ketinggian sekitar 5 km dan 20 km lebar. Ia lebih tinggi daripada Gunung Kinabalu kita tu!

Foto ini dirakam lebih kurang 2 minggu lepas pada jarak 4400 km.

Buat masa ini, ahli astronomi masih lagi tidak pasti apakah yang menyebabkan kewujudan gunung tersebut. Adakah gunung ini terbentuk serupa seperti gunung berapi di bumi? atau adakah ia disebabkan hentaman asteroid lain? Pergerakan plate tectonic? Masih banyak lagi kajian diperlukan.

Foto di atas merupakan pandangan dari sudut lain sikit. Gunung tu ialah bonjolan yang berada di bahagian tengah dan ke atas sikit gambar ini.

CeresMountain_Dawn_960

Laman web APOD (atas) memaparkan foto dari sudut tepi. Jelas kelihatan gunung ini tinggi daripada permukaan lain di kelilingnya.

CeresMountain_Dawn_960_PI

Foto di atas, saya ambil dari sumber asal di APOD, dan melakukan sedikit post-processing bagi menampakkan lebih jelas gunung tersebut.


Kawah sana sini

Selain daripada gunung tadi, didapati juga permukaan Ceres ini dipenuhi dengan kawah pelbagai saiz. Ia kelihatan serupa dengan permukaan bulan kita ni.

Jelas kelihatan Ceres pun tidak terkecuali dihentam asteroid dan meteoroid dari ruang angkasa, jutaan tahun dahulu. Semuanya gara-gara tidak ada atmosfera yang boleh ‘menepis’ habuk-habuk angkasa itu.

Alhamdulillah bumi ini ada atmosfera!


Lampu misteri … masih misteri

 

Mesti ramai yang tertanya-tanya (termasuk juga saya sendiri) apo ko bondo titik-titik putih di Ceres, yang mula kelihatan beberapa bulan lepas.

Masalahnya, sampai ler ni kita masih tak pasti punca sebenar cahaya itu!

Walaupun beberapa siri gambar baru telah menunjukkan 2 titik besar itu sebenarnya terdiri daripada sebuah titik besar dan gabungan 8 titik-titik kecil lain, dan kesemua titik ini terletak di dalam sebuah kawah bersaiz 90 km, tetapi kapal angkasa DAWN masih terlalu jauh untuk mendapat sebarang kepastian.

Gambar terbaru di atas itu menunjukkan saiz titik-titik kecil itu sendiri pun sekitar 9 km lebar!

Teori terkuat buat masa ini ialah ia terdiri daripada ais dan garam, namun ahli saintis masih mencari kemungkinan lain.


Ada lagi Spot baru tu!

 

Siapa sangka, rupa-rupanya ada lagi titik putih baru di Ceres!

Titik yang diberi gelaran Spot 1 ini dirakam pada 6 Jun 2015 lepas pada jarak 4400 km. Ia kelihatan seolah-olah sesuatu telah terpecik di keliling sebuah kawah, besar kemungkinan bahan-bahan bawah tanah yang terbongkar keluar apabila dihentam oleh asteroid lain suatu ketika dahulu.

Nampak gayanya kita kena tunggu sehingga DAWN selesai beralih orbit ke kawasan yang lebih hampir dengan Ceres, sekitar 1500km, untuk memahami lebih lanjut misteri nusantara planet kerdil DAWN ini.

Sabar bro! 🙂

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
afzan pinot

Asmkm.saudara Saya. Bminat dgn ilmu falak.ermm adakah sebarang khusus y dianjurkan oleh shahgazer?
Saya hanyalah suri rumah.Saya amat kagum..setiap mlm akan mjengah langit….Dan sayaa ingun mencetus minat ilmu falak Ni kpd generasi muda.trtama anak saya 5/6 tahun.
Kita bangga dgn AlQurañ.sayangg Dan kagum ilmu Allah….
Puan Afzan.

Faris Azaki

terbaik